
Rata-rata warga net kecoh dan merindui perkongsian dari Baginda dan Puteri-Puterinya. Sikap Raja Permaisuri Agong yang cukup humble dan bersahaja cukup disenangi rakyat jelata.
Bukan hanya ketika dikhalayak ramai, bahkan baginda juga aktif di media sosial. Tidak hairanlah, baginda rajin melayani dan mengulang kicau selain turut memberikan komen tentang apa yang dimuatnaik oleh warga net.
Disebabkan itu, ramai dikalangan warga net teruja dan senang dengan sikap humble keluarga Diraja ini. Namun, semalam heboh di media sosial mengenai akuan twitter Tuanku Permaisuri Agong tidak lagi aktif.
Justeru ramai di kalangan netizen yang berteka-teki tentang perkara ini. Malah pagi ini tanda palang #AmpunTuanku dan #PermaisuriAgong trending di laman twitter.
Rata-rata warga twitter menzahirkan perasaan sedih dan rindu akan caption serta gelagat mencuit hati yang sering baginda tampilkan.
Sedih Tunku Azizah deactive twitter
Kami akan rindukan Tunku Azizah
Mak buat akaun twitter semata-mata nak follow Permaisuri Agong
tolonglah ‘kembalikan’ Baginda semula
Kami berharap Tuanku akan kembali bersama kami di twitter semula
Baginda bukan hanya permaisuri tetapi ‘ibu’ kepada kita semua
Sungguh ramai di kalangan rakyat yang terkesan dengan sifat mulia Baginda sehingga mereka terasa begitu dekat dengan keluarga Diraja ini.
Sumber: Twiter
Rumah Atas Nama Suami, Apa Hak Isteri Andai Suami Meninggal Dunia? Pakar Ni Jelaskan.

Memikirkan tentang masa depan, macam-macam kebarangkalian boleh terjadi. Begitu juga halnya tentang rezeki, ajal dan maut.
Sungguh, biasanya kita sering merancang yang indah-indah dengan pasangan. Namun terlupa untuk menyentuh andai terjadi pasangan dijemput Ilahi terlebih dahulu. Bagaimana kehidupan pasangan yang ditinggalkan, anak-anak adakah semakin susah hidup mereka?
Oleh itu, apa kata kita cuba fahami dalam bab rumah yang dibeli atas nama suami, dan diandaikan dia pergi dahulu, apa terjadi pada yang masih hidup.
Ikuti perkongsian ini agar jelas semuanya.
RUMAH ATAS NAMA SUAMI, APABILA SUAMI MENINGGAL DUNIA, RUMAH AKAN JADI MILIK SIAPA?
Kebiasaanya, apabila suami meninggal dunia, rumah yang di atas nama suami perlu akan mengikut faraid.
Jika suami sudah tiada mak ayah, dan tiada anak lelaki .Maka warisnya ialah isteri serta adik beradik si suami
Jika rumah berharga RM300,000
(Harga mesti mengikut harga pasaran)
Bagaimana perbahagian dibuat?
1/4 milik isteri, Selebihnya adalah milik adik beradik si suami
Jika proses dibawa ke Pejabat Pesaka Kecil
Semua waris akan berbincang, bagaimana ingin agihkan
DUA SITUASI MUNGKIN BERLAKU
PERTAMA
Jika mereka setuju untuk melepaskan hak, semua 100% milik si isteri. Alhamdulilah proses akan menjadi mudah.
KEDUA
Jika waris lain menuntut hak Si isteri hendaklah berikannya dalam bentuk wang.
Jika bahagian adik beradik RM100,000
Si isteri hendaklah membayar sejumlah itu.
Tapi kalau tiada duit?Apa perlu buat?
Situasi yang berlaku ialah rumah itu akan dijual. Duit akan diagih ikut faraid
Rumah yang dibina sekian lama, terpaksa dijual kerana tiada wang. Kasihan isteri
Bagaimana elakkan perkara ini berlaku?
Penyelesaiannya ada 3. Yang paling terbaik ialah cara 1
1. Buat hibah bersyarat
Hibahkan siap siap semua bahagian rumah kepada anak atau isteri. Dengan ini rumah itu sudah terkeluar dari harta pusaka.
Rumah boleh dihibahkan walaupun belum habis bayaran/atas cagaran
( Denan syarat ada MRTA/MRTT)
Kelebihan hibah ini ialah “ownership” rumah masih di atas pemberi
Oleh itu, tiada risiko rumah dijual atau rumah disita jika anak penerima hibah bercadang untuk jual atau tiba tiba jatuh bankrap.
Cara ini lebih selamat dan kos efektif jika dibandingkan kos stamp duty penukaran nama di Pejabat Tanah
Hanya satu syarikat sahaja yang membuat cara ini. Ia sudah terbukti dengan 300+ kes telah diselesaikan. Syarikat ini sahaja yang melalui Mahkamah Syariah dan mendapatkan pengesahan perintah hibah
Kos juga tidaklah begitu mahal
RM1600 sahaja untuk menghibahkan 1-3 geran rumah atau tanah. Sangat murah dan syarikat ada track record yang baik.
2. Buat hibah mutlak
Tukarkan nama atas geran kepada nama anak/isteri di Pejabat Tanah.
Di sini hanya boleh dibuat jika rumah sudah habis dibayar.
Namun kelemahan hibah mutlak ialah ia tidak boleh berpatah balik dan pemberi telah hilang “ownership” rumah tersebut.
Jika si anak tiba tiba ingin menjual, beliau ada hak untuk menjualnya.
Jika si anak jatuh bankrap, rumah itu akan disita.
Cara hibah mutlak ini ialah mengisi borang Borang 14A di Pejabat Tanah.
Kami selalu berikan panggilan HIBA untuk hibah mutlak ini. Kerana si pemberi sudah tiada permilikan apa apa
3. Ambil takaful yang jumlah pampasan meninggal sama dengan harga rumah
Apabila anda meninggal dunia, duit pampasan itulah digunakan untuk membayar hak hak waris lain
Seperti di atas, hak adik beradik lain ialah RM100,000. Jadi gunakan wang tersebut untuk bayar adik beradik yang lain
Itu pun dengan syarat mereka bersetuju.
Cara ini yang paling kurang efektif dan tinggi kosnya.
Cuba buat kiraan
Polisi bernilai RM300,000
20 tahun kemudian tetap RM300,000
Manakala rumah
Tahun demi tahun akan naik
Rumah RM300,000 sekarang
20 tahun kemudian sudah menjadi RM500,000-RM700,000
Sudah melebihi pampasan meninggal polisi. Tidak lagi relevan untuk menyelesaikan pertikaian harta pusaka
———————————————————–
Di sini penting memahami instrumen ini dalam merancang harta pusaka
REAL CASES
Satu keluarga di Kedah
Keluarga hanya ada anak perempuan sahaja. Si suami tiba tiba meninggal
Adik beradik belah si suami mula berebut ingin hak mereka di rumah tersebut
Kesudahannya, isteri yang baru kehilangan suami terpaksa menjual rumahnya kerana tiada wang untuk diberikan serta suami tidak merancang harta pusaka
Sedih kan? Inilah realiti
Orang kita, cerita tentang pengiraan faraid mengalahkan ustaz. Tapi apabila dapat duit, terus hilang entah ke mana.
Mereka lupa, hak itu datang dengan tanggungjawab berat menjaga si balu dan anak anaknya.
Hukum faraid sudah adil dan cantik, tapi si penunggang agama mempalitkan dengan kotor dan kudis
Jika risau keadaan berlaku sebegini
Merancanglah harta anda.
Tutup ruang untuk berlaku perkelahian dan orang tersayang anda dizalimi suatu hari nanti.
Zahirkan kasih sayang anda dengan rancang harta pusaka sekarang
Sumber : Fatihin Abshar
Banyak Mana Duit KWSP Ditinggalkan, Bukan Sederap Dapat Semua Pada Penama. Ni Kira-kiranya!

Suami adalah tempat bergantung bagi seorang isteri, tanpanya disisi hidup seakan hilang arah jadinya.
Begitulah hakikatnya bila suami ‘pergi’ buat selamanya. Bukan mudah untuk lalui hidup secara bersendirian.
Apatah lagi dengan wang peninggalan KWSP yang dirasakan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kewangan, bukan boleh dapat sederap pada isteri. Ada jalan kira-kiranya yang perlu dipatuhi dan memerlukan proses yang memakan masa.
Ini sebagaimana perkongsian lelaki ini ketika berbual dengan seorang kakak tentang wang KWSP suminya yang mencecah ratusan ribu ringgit. Jadi, bolehlah dijadikan peringatan dan sempadan untuk kita semua.
“Akak tak risau sangat kalau suami dah takda nanti. Sebab dia dah letak akak sebagai penama KWSP. Dalam KWSP dia ada RM100,000 juga lah.”
“Eh kak, penama KWSP bukan pemilik mutlak kak. Akak cuma orang yang dinamakan untuk tolong uruskan duit KWSP tu nanti.”
“Habis tu, siapa yang akan dapat duit tu?”
Terkejut akak tu.
“Hak akak 1/8 saja. Kalau 1/8 daripada RM100,000 cuma RM12,500. Tak banyak pun kak. Sebulan dua habis dah.”
“Sikit sangat tu. Biar betul kau ni. So, yang selebihnya dapat kat siapa pula?”
“Duit tu semua akan bahagi ikut faraid. Kalau ikut situasi akak, akak dapat RM12,500, ayah mertua akak dapat RM16,666, mak mertua akak dapat RM16,666, anak lelaki akak yang sorang tu dapat RM36,111, anak perempuan akak lagi sorang tu dapat RM18,055. Itu pun bukannya dapat terus duit tu.”
“Lama ke urusannya?”
“Biasa ambil masa bertahun-tahun jugalah baru setel. Itu pun depend kepada kerjasama daripada semua ahli waris faraid tu.”
“Betul lama tu. Macam mana anak nak survive dengan anak-anak still sekolah lagi. Dahlah akak ni surirumah.”
Bergenang dah air mata akak tu.
“Jangan nangis kak. Nasib baik akak tau awal pasal ni. Memang ramai orang tak tau pun kak. Selalu anggap KWSP dapat semua kat dia kalau suami letak nama dia sebagai penama.”
Untuk faraid ni setiap orang lain-lain tau. Boleh download app iFaraid Calculator. Masukkan detail keluarga kau. Nanti boleh tau % untuk setiap waris faraid kau.
Secara umum, pembahagian dia macam ni,
1) Ayah si mati: 1/6
2) Ibu si mati: 1/6
3) Isteri: 1/8
4) Baki akan dapat kat anak-anak. Anak lelaki dapat dua bahagian dan anak perempuan pula satu bahagian.
5) Kalau tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah si mati. Dan sekiranya ayah si mati tiada, maka adik beradik seibu sebapa si mati turut layak untuk dapat.
5 SENGSARA ISTERI LEPAS KEMATIAN SUAMI
1. Wang dalam akaun arwah suami, sebelum proses faraid selesai, si isteri tak boleh pakai untuk kegunaan sendiri walaupun dia tahu nombor PIN ATM. Baru tau?
2. Wang dalam KWSP suami bukan hak mutlak isteri walaupun dia adalah penama. Sebagai penama dia hanyalah Wasi untuk menguruskan wang tersebut untuk difaraidkan. Hanya 1/8 hak si isteri. Tak banyak pun kan?
3. Isteri tetap perlu wang untuk teruskan hidup bersama anak-anak sebelum proses faraid selesai. Survival mode on. Dah bersedia?
4. Isteri perlukan wang untuk pelbagai kos bagi menguruskan harta faraid tersebut seperti fee guaman, pengangkutan dan lain-lain.
5. Isteri perlukan wang bagi menebus harta daripada pihak lain yang berhak faraid ke atas harta tersebut, contohnya rumah yang tersimpan seribu kenangan bersama suami, kereta dan lain-lain. Ada dah ke duit untuk tebus harta tu?
Suami kena cerita pasal ni kat isteri masing-masing. Isteri anda bakal laluinya. Ramai betul isteri yang sengsara selepas kematian suami.
Padahal, kalau si suami sudi allocate RM40 sebulan pun dah boleh dapat buat Hibah Takaful pampasan RM50,000 kepada isteri. Kalau kematian suami sebab kemalangan, isteri akan dapat double, pampasan RM100,000.
Istimewa Hibah Takaful ni,
Pengganti gaji jika kematian suami.
Penerima hibah adalah pemilik mutlak.
Untuk langsaikan hutang.
Tiada kos guaman.
Tidak melalui proses faraid.
Sebagai contoh, komitmen bulanan RM3,000. Setahun sama dengan RM36,000.
Kalau ada Hibah Takaful pampasan RM100,000 boleh juga tampung komitmen bulanan RM3,000 tu selama 3 tahun.
Sediakanlah sedikit hibah takaful untuk mereka yang tersayang bagi memudahkan urusan mereka kelak.
Bolehlah mereka bernafas sementara nak tunggu urusan faraid tu selesai, mungkin ambil masa bertahun-tahun lamanya.
Suami outstation seminggu, bagi isteri duit belanja RM100 dah cukup. Tapi kalau suami “outstation” selama-lamanya takkan tak nak tinggalkan apa-apa, kan.
Isteri pujuklah suami masing-masing untuk buat Hibah Takaful ni selagi masih sempat.
Suami dan ayah yang baik, dia takkan tinggalkan isteri dan anak-anak melarat, merempat dan menderita.
Tinggalkan HIBAH sebelum datangnya HIBA.
Sumber : Harith Faisal
“Ini La Namanya Usaha Tanpa Alasan” – Hantar Makanan Sambil Bawa Anak, Ibu GrabFood Walker Jadi Inspirasi Ramai!

Zaman serba maju sekarang ni, tak susah nak dapatkan pekerjaan yang halal. Apa yang penting hanyalah kegigihan dan ketabahan untuk mencari rezeki tersebut. Bila kita ikhlas, insyaAllah ada jalan yang terbaik buat kita.
Misalnya kisah wanita ini yang tular di Tiktok menggunakan akaun @aisha.h_ammar.h, kegigihannnya bekerja sebagai GrabFood Walker patut dijadikan inspirasi oleh orang ramai. Lebih mencuri tumpuan orang ramai apabila dia bekerja sambil membawa dua orang anaknya menggunakan hand trolley.
“So I joined Grab, a job that I can do and bring the kids along at my own time and target. May Allah ease all of our affairs,” katanya di ruangan kapsyen.
Malah, dia yang mesra dipanggil Mummy Dee tidak menyangka video yang dimuat naik ini mendapat perhatian ramai dan dia juga menjelaskan pekerjaan ini hanyalah sekadar separuh masa sahaja. Malah, dia juga jadikan aktiviti sebagai rutin keluar bersama anak-anak dan dalam pada masa yang sama dapat peroleh duit.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji semangat ibu ini dan ideanya membawa anak-anak berjalan sambil bekerja merupakan idea yang bernas. Malah, ada juga yang menjadikan kisah ibu ini sebagai contoh untuk lebih berusaha dan mahu meniru cara ibu ini mendapatkan duit poket.
Sumber : @aisha.h_ammar.h