Rahsia keintiman rumah tangga bukan sekadar memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang langsing, tetapi bagaimana cara menjaga dalaman diri supaya pasangan sentiasa mahu dekat dengan kita.
Nak cantik dan sihat tidak perlu keluar belanja yang banyak. Jom cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Mira Baharin ini.
Selain dapat membuang angin dalam badan, minuman berkhasiat ini juga membantu dalam mengatasi masalah bau badan serta memecahkan lemak di perut.
Bagi wanita yang sudah berkahwin atau yang masih bujang pun boleh cuba air jamu ini kerana ia sangat bagus untuk cuci rahim selepas habis haid bagi mencegah lebihan darah haid yang kotor dan tersumbat.
Cukup mudah, bahan-bahannya juga murah dan menjimatkan. Anda boleh peroleh dari dapur saja yang mana khasiatnya tidak perlu kerana sangat berkesan.
Jom sama-sama kita amalkan AIR JAMU “CUCI RAHIM” ni.
RESEPI AIR JAMU “CUCI RAHIM”:
Bahan-Bahan:
2 inci kunyit hidup dihiris atau ditumbuk.
Ads
2 inci halia dihiris atau ditumbuk.
2 batang serai dihiris atau ditumbuk.
2 helai daun pandan
Gula batu atau madu.
3 cawan air putih.
Ads
Tips 1: Jika yang dah berkahwin boleh tambahkan 2 biji manjakani untuk merapatkan faraj (Tidak sesuai untuk yang belom berkahwin)
Tips 2: Bagi yang ada masalah keputihan boleh ditambah 2 helai daun sireh.
Cara-caranya:
Ads
1. Basuh semua bahan-bahan dan terpulang sama ada nak hiris atau tumbuk. Jika nak rasa lagi power sila tumbuk ye.
2. Seterusnya masukkan 3 cawan air ke dalam periuk dan masukkan semua bahan-bahan.
3. Rebus sehingga menjadi 1 cawan air. apabila siap, tutup api dan tunggu sehingga suam boleh terus minum!
NOTA: Cukup hanya sebulan sekali sahaja minum air jamu ini. Janganlah risau tak pahit tau wangi adalah bau dia.
Cuma jika ditambah dengan manjakani akan rasa sedikit pahit tapi tidak lah terlalu pahit sangat.. ngam-ngam jer rasa dia.
Selamat mencuba!
sumber: Mira Baharin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapat bercuti bersama keluarga, itu akan menjadi momen yang cukup menyeronokkan.
Apatah lagi jika percutian tersebut kita dapat dengan tawaran harga yang murah. Pasti puas hati dibuatnya.
Tapi ada ke tawaran istimewa seperti itu ketika ini?
Jawapannya, mestilah ada dan ianya khusus untuk mereka yang berkerja sebagai penjawat awam.
Gambar hiasan
Ini sebagaimana apa yang diwar-warkan oleh Tourism Malaysia.
PELANCARAN PAKEJ ISTIMEWA PENJAWAT AWAM ANJURAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA LPPM DAN CUEPACS
KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER 2020 – Tourism Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM) dan kolaborasi bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah melancarkan pakej istimewa sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia khas untuk penjawat awam.
Pelancaran pakej ini merupakan inisiatif jangka masa pendek untuk meningkatkan usaha promosi pelancongan domestik di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.
“Kempen ini juga berperanan sebagai salah satu ‘teaser’ yang diusahakan oleh MOTAC melalui Tourism Malaysia dalam usaha mempergiatkan lagi promosi yang dijalankan untuk menarik seberapa ramai penjawat awam melancong dalam negara. Adalah diharapkan agar ahli-ahli CUEPACS menjadi duta kecil pelancongan yang berperanan untuk menyakinkan rakyat bahawa Malaysia adalah destinasi selamat untuk dilawati dengan mengamalkan norma baharu seperti yang di tetapkan oleh kerajaan,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran yang berlangsung di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) hari ini.
Pakej yang dibangunkan oleh Tourism Malaysia dan menyasarkan penjawat awam ini dilancarkan bagi menghargai usaha dan perkhidmatan penjawat awam di seluruh Malaysia dengan memberikan tawaran istimewa dan diskaun terbaik eksklusif buat penjawat awam dan keluarga. Selain itu, penjawat awam juga adalah golongan yang paling kurang terkesan dari pelaksanaan PKP dan mempunyai pendapatan boleh belanja (disposable income) yang lebih tinggi berbanding golongan lain. Kempen ini mampu menggalakkan penjawat awam melancong dalam negara serta mendukung hasrat kerajaan untuk melonjakkan semula ekonomi negara.
Kerjasama dengan CUEPACS ini dilihat sebagai platform yang terbaik untuk mendekati kumpulan sasaran memandangkan kongres ini merupakan gabungan kesatuan yang mewakili penjawat awam di Malaysia dengan keahlian seramai 1.2 juta penjawat awam daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam yang merangkumi pelbagai agensi dan sektor kerajaan.
Gambar hiasan
#PakejCutiPenjawatAwam ini dibangunkan bersama agensi pelancongan, hotel serta operator pelancongan yang memberi tumpuan kepada produk-produk pelancongan sekitar ibu kota. Sebanyak 11 agensi pelancongan yang mengambil bahagian mempromosikan pakej percutian 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam yang melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bintang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Hinglands dengan menawarkan harga pakej serendah RM120 seorang.
Di samping tawaran penginapan, penjawat awam dapat menikmati pakej yang menampilkan produk-produk pelancongan yang menarik untukpengunjung harian (walk in tourist) dengan tawaran diskaun harga tiket sehingga 30 peratus. Antara produk pelancongan yang tersenarai ialah; Putrajaya tour, Bangi Wonderland, I-City Shah Alam, Farm In The City, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Farm Tour UPM Serdang, Sunway Lagoon, Wet World Shah Alam, Aquaria KLCC, Muzium Kesenian Islam, MAEPS dan banyak lagi.
Gambar hiasan
Pembeli turut ditawarkan nilai tambahan termasuk 5,000 tiket lawatan bandaraya KL dengan menaiki bas Hop On Hop Off secara percuma, penginapan di hotel serta bayaran masuk produk pelancongan yang ditawarkan pada harga diskaun antara 20 sehingga 60 peratus. Tempoh tempahan pakej ialah sehingga 30 September 2020 manakala tempoh sah lawatan ialah sehingga 31 Disember 2020.
Pakej permulaan yang ditawarkan merangkumi produk-produk pelancongan di sekitar Lembah Klang dan ianya akan diperluaskan ke negeri-negeri lain untuk fasa yang akan datang.
Penjawat awam digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk memanfaatkan pakej-pakej yang ditawarkan kerana terdapat pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga 31 Disember 2021 susulan pengumuman pakej rangsangan PENJANA.
Penjawat awam boleh mendapatkan pakej-pakej ini dengan hanya menggunakan pas pekerja penjawat awam di agensi-agensi pelancongan yang terpilih. Pakej istimewa ini boleh dilayari di laman sesawang Tourism Malaysia www.malaysia.travel
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nasi tomato adalah antara menu yang sering menjadi pilihan untuk hidangan potluck atau open house.
Bagi yang bercadang membuat nasi tomato untuk potluck di pejabat, apa kata guna sukatan resipi ini.
Jadi tak perlu risau bagi yang tak biasa masak dalam jumlah yang banyak, boleh cuba ikut resipi ni.
BEGINI SUKATAN BUAT NASI TOMATO UNTUK 20 ORANG MAKAN
CARA MASA NASI TOMATO
8 cawan beras basmathi direndam 30 minit 9 cawan air 1 cawan susu cair 1 biji bwg merah besar saiz sederhana dicincang 6 ulas bwg putih dicincang 2 inci halia dititik 4 sudu besar sos tomato 1/2 tin tomato puree 1 kiub ayam 1 biji tomato di potong dadu 1 batang serai dititik 4 sekawan kayu manis/ bunga lawang/ bunga cengkih/ buah pelaga Minyak sapi/ butter/ majerin untuk menumis Daun pandan/ ketumbar Kismis Garam dan gula
Cara masak nasi Tumiskan 4 sekawan, serai, halia, daun pandan hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih.. Bawang dah kekuningan masukan sos tomato, tomato puree, kiub ayam dan tomato yg dah dipotong dadu. Bila semua dah sebati boleh la masukkan beras dan kacau @goreng selama 5 minit lebih kurang.
Pindahkan beras tadi ke periuk nasi. Kemudian masukkan air, susu, garam, gula, kismis dah 2 tangkai daun ketumbar. Bila periuk nasi dah kee warm terus tutup suis. Ini bertujuan untuk mengelakkan nasi hangit @berkerakdi bawah. Biarkan selama 5 – 10 minit baru la bukak tudung periuk dah boleh kacau nasi pakai garpu @copstik utk elakkan nasi patah.
AYAM MASAK MERAH
1 1/2 ekor ayam (sy masak 23 ketul hr tu)
2 biji bwg besar (dikisar)
7 ulas bwg putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
1 1/2 cawan cili kisar (lebih kurang)
Sos cili
Soa tomato
Gula melaka
Gula, garam
Tomato
1 biji bwg besar utk hiasan
4 sekawan
Minyak untuk menumis
Cara memasak Gorengkan ayam. Tumiskan bwg merah, putih, serai dan halia kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga semua bahan masak dan naik minyak. Masukkan sos tomato dan kacau. Masukkan gula melaka, garam dan gula.
Masukkan ayam dah kacau dalam 10 minit lebih kurang. Biar ayam tu mesra. Last taburkan bawang dan tomato. Siap!!!
Kami tak letak susu ya dalam masak merah ni sebab tak suka dan ayam akan cepat basi..ini resepi mak mentua kami. Kalau nak buat sikit kecikkan portion. Hampa try naaa..letih taip resepi panjang berjela ni.
Pernah tak mengalami masalah pendengaran apabila menghidapi selesema. Sebenarnya ia ada kaitan dengan saluran hidung dan telinga.
Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian oleh seorang doktor pakar ENT, Dr Ezairy M.Sallih
“Doktor, kenapa setiap kali saya selesema sahaja, mesti telinga jadi tak dengar? Tak lama lepas itu, tekak pula rasa tak selesa?”
Soalan seperti ini bukanlah jarang untuk saya temui di mana-mana. Sama ada di media sosial atau di hospital. Ramai pesakit saya sering alami masalah ini. Bukan anda sahaja.
Gambar ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa tekak, leher, hidung, mulut dan telinga kita ini sebenarnya saling berhubung dan berkait antara satu sama lain.
Maknanya, sekiranya anda, pasangan atau anak anda ada alami masalah pada salah satu sistem ini, besar kemungkinan tak lama selepas itu, bahagian lain pula akan alami masalah. Ini boleh berlaku, jadi jangan jadi terlalu terkejut.
Hidung kita contohnya, ia bersambung dengan telinga melalui suatu bukaan saluran yang dipanggil sebagai ‘Eustachian tube’ (boleh rujuk pada gambar).
Oleh itu, apabila berlaku sebarang masalah atau jangkitan pada hidung, ia akan mudah untuk pergi ke telinga.
Sebab itu, apabila kita selesema atau hidung tersumbat, tak lama lepas itu telinga juga boleh jadi rasa tak dengar dan macam ‘block’.
Sebab itu juga apabila lama sangat sakit tekak dan selesema, telinga juga boleh jadi sakit lepas itu. Pernah rasa kan?
Semoga perkongsian kali ini ada sedikit manfaat untuk kalian. Sila kongsi kepada mereka yang anda sayang. InsyaAllah ada kebaikan untuk lebih ramai orang.
Ramai ibu bapa fikir bila hantar anak ke sekolah berasrama, secara automatik anak akan berubah jadi lebih rajin, lebih pandai, dan lebih berdikari. Tapi hakikatnya, asrama bukan tempat magis yang boleh ubah anak dalam sekelip mata.