Bukan Hanya Buah, Daun Durian Belanda Pun Banyak Khasiatnya! Salah Satunya Rawat Sakit Pinggang

Share

Selain di makan sahaja, buah durian belanda juga enak dibuat jus! Lebih-lebih lagi bila buat dengan pekat, rasa masam manis berlemak itu buatkan tak sedar boleh habis segelas!

Tak dinafikan, buah durian belanda mempunyai khasiat yang banyak untuk tubuh badan, bahkan bukan hanya itu, daunnya juga mempunyai peranan yang sama untuk kesihatan diri kita.

Sebagaimana perkongsian cerita dari Puan Leha Yusuf, yang juga baru mengetahui khasiat daun daripada tanaman buahan ini. Mari lihat 7 senarai di bawah.

7 PETUA GUNA DAUN DURIAN BELANDA

Buah durian belanda memang sedap rasanya, masam-masam manis begitu. Buah pun banyak khasiat. Khasiat dekat daun ini baru Kak Ya tahu.

Mari baca 7 khasiat dan petua guna daun durian belanda. Boleh cuba minum siapa yang ada masalah macam dekat bawah ini. Korang boleh cuba tapi ubat doktor jangan skip ye. Jiran depan rumah tanam memang subur pokoknya. Ini petua simple dari Kak Ya.

1. MENCEGAH DAN MENGUBATI KANSER

-Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua.
-Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air yang bersih.
-Tunggu sehingga mendidih sehingga menjadi segelas air sahaja.
-Minum air yang di masak tadi sebanyak dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu semakin sembuh.

2. MERAWAT SAKIT PINGGANG

-Ambillah 20 helai daun durian belanda.
-Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air.
-Biarkan sehingga mendidih dan tinggal dalam 3 gelas sahaja.
-Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.
-Amalkan sehingga sakit pinggang sembuh.

3. MENGUATKAN DAYA KETAHANAN TUBUH BADAN (SISTEM IMUN)

Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh badan.

-Ambil 5 helai daun durian belanda.
-Rebus dengan sukatan 4 gelas air.
-Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.
-Amalkan meminum sekali dalam sehari untuk ketahanan imun badan.

4. MENGATASI PENYAKIT DIABETIS (KENCING MANIS)

Khasiat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah. Bagi mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis:

-Ambil 20 helai daun belanda dan rebus dengan 4 gelas air.
-Masak sehingga menjadi 1 gelas air.
-Minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil.

5. MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI (HIGH BLOOOD PRESSURE)

Hipertensi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok. Penyakit strok adalah gangguan fungsi otak akibat aliran darah ke dalam otak mengalami gangguan atau berkurang.

Sekiranya anda menghidap tanda-tanda penyakit tersebut, segeralah minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.

6. MENGATASI SEMBELIT ATAU BUASIR

Bagi mengatasi masalah buasir:

-Ambil 10 helai daun durian belanda tua.
-Kemudian rebus dengan 3 gelas air.
-Didihkan sehingga menjadi 1 gelas sahaja.
-Setelah air suam, amalkan meminum sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

7. MENGUBATI SAKIT URAT ATAU SARAF

Khasiat daun durian belanda juga mampu membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.

-Rebus 10 helai daun durian belanda yang tua, tetapi warnanya masih hijau pekat dan sihat.
-Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air.
-Masak hingga mendidih dan biarkan menjadi 1 gelas.
-Amalkan meminum dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.

Sumber: Facebook Leha Yusuf