Bukan Dihantar Dengan Kereta, Pelajar MRSM Ini Tarik Perhatian Warganet.

Share

Siapa yang tak bangga apabila anak berjaya menempatkan diri di sekolah asrama penuh.

Anak ini menjadi harapan buat keluarga. Menarik dengan perkongsian ini, tular apabila seorang pelajar dari keluarga biasa-biasa telah dihantar oleh  bapanya hanya menaiki motorsikal berbanding kebanyakan ibu bapa lain mampu memiliki kenderaan pacuan empat roda.

Anak ini tanpa rasa rendah diri berbangga ayahnya sangguo menghantarnya. Malah perkongsian ini menarik perhatian warganet.

__________

Pelajar pertama tingkatan satu mendaftar di Mrsm Muar bersama ayahnya hanya menaiki motorsikal comel.

Sebak bercampur kagum menyaksikan semangat si ayah membawa anaknya mendaftar dengan raut wajah ceria si anak tanpa sedikitpun rasa malu walaupun pelajar-pelajar lain dihantar dengan kereta.

Semoga pelajar ini terus cemerlang menjadi insan hebat akademik dan akhlaknya di Mrsm Muar.

 

 

Sumber: Musa Muhamad Ali