Bukan calang-calang gadis manis bertudung litup ini. Redup matanya seindah wajah manis dipandang mata hanya luaran sahaja namun jiwanya mempunyai semangat wajar.
Begitulah hebatnya Leftenan Madya Puteri Shazwani Binti Megat Ahmad Shariman, 26 (Bekas Pelajar MRSM Parit, Perak), pegawai wanita TLDM pertama yang mempunyai kepakaran juruteknik peluru dan explosive ordnance pada tahun 2021.
Hakikatnya untuk menceburi kerjaya sebagai tentɛra pastinya memerlukan kekuatan fizikal mɛntal yang kṳat, pengorbanan yang tinggi dan perlu mempunyai keberanian kerana pelbagai cabaran bakal ditempuh dalam kerjaya ini.
Sebuah perkongsian yang sungguh inspirasi untuk kita menjana jati diri kepada anak-anak untuk menjadi generasi yang gemilang.
Menerusi perkongsian daripada Dr. Zulkifli Hussain yang merupakan KPP Bhgn Pendidikan Menengah MARA ini sungguh bermanfaat dan menyuntik semangat kepada anak-anak muda serta ibubapa.
Saya tanya kepada Puteri Shazwani, mencabar tak bagi seorang wanita untuk bergelar sebagai Leftenan Muda TLDM?
Beliau menjawab; “Sudah pasti. Bidang tentera ini luas. Bidang Perubatan, Kejuruteraan, Logistik, Juruterbang, Perisikan, Polis Tentera, Public Relation, Seni/Muzik, Kulinari dan banyak lagi”.
“Being in the male dominated field, saya perlu belajar untuk cepat menyesuaikan diri dan bersedia untuk berdepan dgn sebarang situasi”. Puteri Shazwani.
“Peranan wanita juga penting dalam ketenteraan. Saya tak nafikan golongan wanita ada limitasi daya kekuatan fizikal berbanding dengan lelaki. Namun wanita tiada limitasi dari aspek kekuatan mental, Ilmu pengetahuan, kebijaksanaan dan personality”.
“Jadi golongan wanita pun boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki sekiranya mereka ada kelebihan itu”.
Saya tanya lagi, kenapa memilih kerjaya Tentera?
Ads
“Saya seorang yang sukakan cabaran dan mencuba sesuatu yang baru bagi menguji kemampuan diri. Bidang tentera telah membuka banyak peluang kepada cabaran dan mengasahkan bakat di dalam diri”.
Siapa Puteri Shazwani?
Dilahir di Kuala Lumpur dan membesar di Ipoh, Perak. Merupakan anak kedua daripada lima adik beradik. Aktif dalam sukan Triathlon (Berenang, Berlari & Berbasikal) dan Boling. Pada masa lapang, beliau suka membaca buku dan Bermain Alat Muzik (Gitar/Piano).
Memdapat pendidikan di SK Raja Perempuan Ipoh, SMK Raja Perempuan Ipoh (F1-F3) dan MRSM Parit (F4 & F5) 2012.
Kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (2014 – 2019) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan. Dalam masa yang sama diserap masuk ke UPNM sebagai Pegawai Kadet Laut.
Alhamdulillah.. Tamat pengajian di UPNM pada tahun 2018. Beliau ditauliahkan dan dikurniakan pangkat Leftenan Muda TLDM pada tahun 2019. Mula berkhidmat di Markas Tentera Laut, Bahagian Materiel pada tahun 2021.
Seterusnya menghadiri Kursus Pegawai Kejuruteraan Peluru selama 8 Bulan di Kem Mempaga, Bentong. Kini, diperjawatkan sebagai Pegawai Laksana di Depot Peluru dan Bahan Letupan Wilayah Laut 1.
Ads
Pencapaian
Naib Johan World Miss University Malaysia pada tahun 2018. Menghadiri International Leadership Conference di United States Military Academy pada tahun 2018. Perenang Rentas Selat Dinding 10km pada tahun 2019. Merupakan Pegawai Wanita TLDM pertama yang mempunyai kepakaran Juruteknik Peluru dan Explosive Ordnance pada tahun 2021.
Tahniah sekali lagi buat Puteri Shazwani binti Megat Ahmad Shariman atas kejayaan yang amat membanggakan. Semoga terus diberi kekuatan untuk berbakti kepada negara, bangsa dan agama.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat ibu bapa dan anak-anak.
Mungkin bagi follower figura kewangan Syafieqah A’lya ini sudah cukup sebati dengan setiap posting fbnya. Penuh dengan perkongsian tip kewangan yang cukup bermanfaat dan mengujakan.
Postingnya sering menjadi viral, dan salah satunya adalah bila mana beliau dapat membeli rumah 5 bilik dan 5 bilik air, serta mempunyai kereta Subaru dalam usia yang muda! Kisahnya cukup memberi inspirasi dan pastinya wanita ini cukup hebat merancang perbelanjaan wang gajinya.
Untuk itu, jom kita ketahui antara tip kewangan yang dipraktikkan oleh icon kewangan ini.
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan ‘bekal’ untuk kita mengurus kewangan dengan lebih bijak di tahun 2018 yang dikatakan lebih mencabar!
TIP KEWANGAN CARA SYAFIEQAH A’LYA
1. Hari pertama dapat gaji, mula buat kira-kira. Tolak Komitmen yang wajib dibayar dan lebihkan bayaran sekiranya mempunyai lebihan.
2. Selepas menolak komitmen, saya akan tolak duit gaji saya untuk simpanan. Dan akan segera ke bank untuk masuk kan duit ke dalam ASB/ TH/ Sijil SSP/dll
3. Sekiranya masih mempunyai lebihan sedikit, baru saya reward diri saya seperti shopping sehelai baju kerja/ makan sedap-sedap.
4. Saya hanya tinggalkan duit cukup-cukup untuk belanja harian saya + duit minyak + toll untuk tempoh satu bulan.
5. Jarang pegang cash jumlah yang banyak dalam satu masa. Cara ini mampu tahan nafsu kalau ternampak/ teringin beli pakaian baru atau membeli sesuatu bukan untuk keperluan. Tengok wallet tinggal banyak duit color biru, jangan mimpi nak shopping lagi. Cukuplah sekali.
6. Saya terhadkan perbelanjaan barang dapur contohnya RM100. Saya akan masuk kan barang-barang yang ingin dibeli Dan termasuk lah makanan yang teringin nak makan. Saya Akan buat Kira-kira sebelum ke kaunter bayaran. Sekiranya berlebihan. Saya akan keluar kan yang mana tidak perlu. Cukup kan semula jadi RM100 atau kurang.
7. Saya bukan kedekut, Inilah Cara saya berjimat. Sampai pernah over budget sebelum gaji. Saya makan biskut tiap-tiap malam.
sumber :Syafieqah A’lya
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tidak berbelah bahagi. Begitu juga si anak, baik kecil mahupun besar. Usah malu menunjukkan kasih sayang kepada ‘syurga’ anda.
Sebagai Ibu ,saya masih rasa anak-anak saya macam baby juga.. Padahal dah besar panjang.. Masih nak cium, belai dan manjakan anak-anak.. @jon_macquistan
Pada ibu-ibu yang lain, kalau uols pun ada rasa yang sama macam saya, kita geng 🙋🙋🙋
Hebat Bukan?
Demikian kapsyen yang dimuat naik Jasmin menerusi laman instagramnya baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaimu 2 ini turut bersyukur kerana anak-anaknya tidak malu mempamerkan kasih sayang walaupun sudah dewasa.
Syukur alhamdulillah… Anak -anak saya tidak malu untuk cium saya.. Anak uols suka cium uols tak?
Catatan tersebut pernah dimuat naik suatu ketika dahulu susulan anaknya menghadiahkan sejambak bunga sempena hari jadinya. Lebih istimewa lagi, bunga tersebut dibeli menggunakan duit yang dikumpulnya sendiri. Bertuah Jasmin punya anak prihatin dan penyayang.
Jasmin sebelum ini mendirikan rumahtangga bersama Ian Rashid Macquistan pada Disember 2000. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Ia Haziq selain turut mempunyai dua anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim.
Namun jodoh mereka tidak panjang dan mengambil keputusan berpisah pada Februari 2008
Dalam pada itu, pengikut di laman instagramnya bersetuju dengan kata-kata pelakon tersebut dan mengucapkan tahniah kerana pandai mendidik anaknya.
lienamummy Kita geng saya tetap cium anak lelaki saya. Walau dia dah ada anak 3. Tapi sayang cucu lagi hebat…
suriyatibakar_72Ya…ank 2syurga dunia kita…tanggungjawab kita xkan pupus…selagi kita masih brnafas….❤️
hedayatimohamedSaya pun samalh..yg kecik 16 tahun.tp knp saya tgk dia kecik lg.😊😊
Ruang dapur boleh dianggap sebagai ‘jantung’ kehidupan untuk sesebuah kediaman. Ramai yang mengatakan begitu terutamanya bagi mereka yang gemar memasak. Memandangkan di ruang inilah akan terciptanya hidangan enak dan dimasak dengan penuh kasih sayang untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta. Malah setiap hari kita sering memulakan kehidupan dengan mengisi perut yang kosong dengan menjengah ke ruang dapur sebelum pergi ke tempat kerja dan sebagainya.
Lantaran itu, sewajarnya ruang ini harus terlihat sentiasa bersih dan rapi agar dapat memberi keselesaan kepada seluruh ahli keluarga berada lebih lama di ruang ini. Namun jika tidak diberi tumpuan pada aspek kebersihan, ia seakan mustahil. Tambahan pula, apabila memasak akan boleh menyebabkan berminyak malah berjelaga pada dinding, lantai mahu pun syiling.
Pun begitu, wanita ini yang dikenali sebagai Siti Hawa Mohd Zainudin di dalam fbnya ada berkongsi cara untuk hindari masalah tersebut. Menurutnya walaupun telah menggunakan ruang dapur tersebut hampir 6 tahun lamanya, namun dinding dan syilingnya kekal putih bersih!
Nak tahu apa yang dia lakukan jom semak satu persatu.
Tip saya nak bagi dinding dan syiling tak hitam jelaga dalam masa yang sama masih kekal cantik catnya :
1. Time memasak saya suka standby span basah sambil masak sambil lap tabletop dan kain basah untuk lap lantai gitu.
2. Time memasak saya suka buka pintu dapur dan tingkap agar bau bauan dapat keluar terus
3. Time memasak saya suka pasang kipas kat dapur agar dapur tak berwap panas.
Time memasak saya suka kawal api dapur, nak nak time menumis atau menggoreng sebab api yang terlampau panas boleh jadikan dinding atau syiling berjelaga.
5. Rutin harian selepas memasak, kena rajin mengemas dan lap dapur di semua bahagian yang digunakan time memasak sebab kalau dibiarkan, kesan kotoran akan melekat terus.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.