Tidak dinafikan mendidik anak-anak bukan suatu yang mudah supaya menjadi seorang anak yang soleh serta mendengar cakap ibu bapa.
Ramai yang mengakui cabaran lebih sukar apabila banyak pengaruh daripada media massa termasuk media elektronik.
Namun, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih, jika ada pengawasan yang baik dan asuhan yang betul sejak kecil, pastinya ia tidak sukar.
Bak kata perpatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya begitu juga dengan pendidikan kepada anak-anak.
Ini jelas dilihat daripada perkongsian pelakon, Saharul Ridzwan bapa kepada dua orang cahaya mata terkesima melihat anak sulungnya, Muhammad Luth Ali atau panggilan manja Ali bermain sambil berselawat.
Bukan calang-calang nak didik anak yang asyik bermain, sambil bibirnya berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Tahniah kepada Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir dalam mendidik anak-anak.
Terbaru perkongsian beliau dibuat menerusi akaun Instagramnya yang telah menarik perhatian warganet.
___________________________
ALI SAMBIL MAIN SAMBIL SELAWAT
“Semoga selawat ini terus menitip di bibir mu sampai bila2 wahai anak ku sayang. Amin Ya Rabb
Salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad dan keluargannya,”
Dalam pada itu, warganet teruja cara pasangan ini mendidik anaknya hingga bermain pun bibir mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan mendoakan menjadi anak yang soleh. Antaranya:
“Allah…anak soleh ni.
“Alhamdulillah.. semoga Muhammad Luth Ali menjadi anak yang soleh. Amin Ya Rabb comel sangat dia geramm.
“Alhamdulillah.. same with my kids.. even play, selawat main di bibir..
Sumber: Instagram saharulridzwan