Berita

Bukan Biasa-Biasa! SMK Merbau, RnR Machap Raih Anugerah ‘Toilet of The Year’ 2024

Share

Siapa sangka tandas pun ada pertandingan! Memang luar biasa bila kebersihan dan kemudahan awam diberi perhatian sampai ke tahap ini. Anugerah ‘Toilet of The Year’ (TOTYA’24) ini bukan saja unik, tapi juga langkah bijak untuk galakkan semua pihak terus jaga standard kebersihan yang terbaik. Kagum betul dengan inisiatif macam ni!

Penganjuran pertandingan seperti Anugerah ‘Toilet of The Year’ (TOTYA’24) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) benar-benar mencerminkan usaha yang luar biasa untuk meningkatkan standard kebersihan dan kemudahan awam di negara ini.

Dengan 625 penyertaan dari seluruh negara, anugerah ini membuktikan bahawa kepentingan kebersihan di pelbagai sektor seperti hotel, pusat membeli-belah, lebuh raya, stesen minyak, restoran, sekolah, dan PBT mampu menjadi inspirasi untuk transformasi lebih besar. Tahniah buat KPKT atas inisiatif yang penuh visi ini!

Anugerah ini merangkumi tujuh kategori utama yang dipertandingkan, termasuk industri hotel, pusat membeli-belah, konsesi lebuh raya, stesen minyak, restoran, sekolah, serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

Berikut merupakan senarai pemenang TOTYA’24 mengikut kategori:

Kategori hotel: Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Kategori kawasan rehat dan rawat (RnR): Machap Arah Utara

Kategori stesen minyak: BHPetrol Ladang Bikam, Perak

Kategori restoran: Andaman Seafood Village, Kuala Lumpur

Kategori PBT: Tandas Awam MITC Melaka

Kategori pusat beli-belah: Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang

Kategori sekolah: SMK Merbau, Miri, Sarawak

Memetik laporan Sinar Harian, pemenang setiap kategori membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta piala iringan dan sijil penghargaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kebersihan tandas awam bukan sahaja penting bagi memberikan keselesaan kepada rakyat, malah ia mampu meningkatkan imej negara sebagai persiapan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Anugerah ini telah mencetuskan pelbagai komen daripada netizen, dengan ramai yang kagum dan menyambut baik penganjurannya.

Selain itu, ada juga yang memuji pemilihan pemenang dan menyatakan minat untuk melihat sendiri tandas-tandas yang mendapat pengiktirafan tersebut.

 

 

 

BHPetrol Ladang Bikam, Perak
SMK Merbau, Sarawak
SMK Merbau, Sarawak

Tahniah kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)! Inisiatif sebegini bukan sahaja kreatif, malah memberi impak besar dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan dan standard tandas awam. Syabas atas usaha yang luar biasa ini!

Sumber: Sinar Harian & @IzzraifHarz