Bukan Biasa-Biasa Aje Bawa Anak Jalan-Jalan. Perkongsian Bapa Sungguh Bermanfaat

Share

Rupanya bergelar ibu bapa bukan mudah. Pelbagai perkara kena tahu untuk mendidik anak supaya menjadi orang yang berguna kepada keluarga dan masyarakat. Bagi yang mempunyai anak yang masih kecil, jangan lupa bawa anak-anak jalan-jalan walaupun disekitar rumah. Nampak biasa-biasa aje tetapi beri kesan kepada personaliti anak itu.

Ikuti perkongsian Mohd Fhais mengenai kebaikkan jika membawa anak berjalan disekitar rumah.


Bawa anak jalan-jalan tu wajib

Ini rutin saya setiap hari. Kalau tak dapat petang, saya akan bawa mereka jalan-jalan belah pagi. Alah tak jauh pun, depan rumah je. Jadilah tengok kucing, ayam dan burung-burung.

Sebenarnya jalan ke mana tu tak penting. Ada binatang atau tak pun tak penting. Yang penting ialah “bonding” ayah-anak tu. Tak usah lama, 5-10 minit sehari pun dah cukup.

Kadang tu ada ayah bukan tak ada masa, tapi sebenarnya tak ada “hati” nak luang 5 minit dengan anak. Ada je alasan penat la, sibuk la, banyak kerja la.

Banyak kebaikan untuk perkembangan anak-anak ni bila bonding ayah dan anak tu kuat.

Antaranya,

1 – Semakin kuat bonding semakin rapat hubungan ayah dan anak tu.

2 – Ada kajian mengatakan anak yang rapat dengan ayah ni self-confidence mereka lebih tinggi berbanding anak yang kurang rapat dengan ayah.

3 – Anak ayah biasanya kurang agresif. Kalau nampak anak tu agresif atau kasar mungkin sebab “tabung emosi” mereka tidak berisi. Bila tabung emosi kosong mereka akan mula menagih perhatian mak ayah dengan cara yang negatif.

4 – Ada juga kajian menunjuk anak yang rapat dengan ayah ni pandai bersosial. Dia mudah bergaul, dan perwatakan mereka digemari kawan-kawan di sekolah.

5 – Anak yang anggap ayah sebagai “kawan baik” ni boleh bina self-esteem tinggi dalam diri anak. Dia jadi tak mudah terpengaruh dengan gejala negatif kawan-kawan nanti.

Selain daripada ini sebenarnya perkara yang paling berharga bila ayah banyak luangkan masa dengan anak ialah “memori” gembira bersama tu.

Anak-anak ni kecil sekali sahaja. Sekejap je mereka akan besar dan lupa kita.

Masa anak kecil la kita kena “ada” dalam hidup mereka, nanti mereka dah besar baru kita “ada” dalam ingatan mereka.

Mohd Fhais
Sehari memang ada 24 jam, tak luak pun 5-10 minit jalan-jalan dengan anak tu.

p/s : Tolong sampaikan juga pada orang lain yang selalu sibuk tu ye supaya mereka pun tahu pentingnya bonding ayah-anak ni.

p/s : Saya selalu juga berkongsi ilmu kekeluargaan dan parenting dalam telegram. Ajak pasangan belajar sekali ye.
Klik sini ? t.me/CoretanFhais