Memiliki anak istimewa adalah anugerah yang cukup indah. Biarpun hanya bergelar ibu angkat, namun selebriti bergelar pengarah, pelakon dan penerbit ini cukup sayangkan anaknya itu.
Erma Fatima antara selebriti yang rajin berkongsi kisah keluarganya di media sosial. Ini termasuklah memuat naik cerita tentang anak angkatnya, Citra yang mempunyai masalah kerosakan dalam otaknya.
Citra seorang anak gadis yang cukup periang dan sentiasa berusaha melakukan apa sahaja meskipun dengan hanya memiliki satu tangan.
Menurut Erma, disebabkan hanya ada satu tangan, anak angkatnya itu kadang-kadang dengan kaki juga menyebabkan ibu angkatnya sebak.
“Citra bukan autism, dia brain damage kerana separuh otak dia rosak ketika dalam perut emaknya akibat pengambilan ubat.
“Dalam ketidaksempurnaan dia..dia masih berusaha dan tak putus asa.
“Saya upload bukan untuk mendapat simpati..dia happy bila tengok banyak komen kat gambar dia. Dia kata dia banyak kawan baru,” tulisnya.
Perkongsian tersebut Erma sertakan bersama video Citra yang sedang melakukan kerja seninya.
Selain Citra, Erma memiliki empat anak angkat lain iaitu Syamil Ikhwan, 25, Ahmad Arir, 23, Ahmad Aifin, 21, dan Nurain, 12.
Rata-rata pengikutnya turut bersimpati dengan Citra dan mendoakan agar hidup anak itu dipermudahkan.
Sumber: IG ermafatima