Hasrat seorang kanak-kanak yang ingin membantu ibunya yang berniaga makanan untuk menghantar makanan yang dipesan kepada pelanggan bertukar tragedi apabila dia diserang oleh seekor anjing milik jirannya.
Kanak-kanak malang itu cuba berlari semula ke rumahnya sebelum terjatuh di jalan dan diserang anjing berkenaan.
Insiden itu berjaya dirakamkan menerusi kamera papan pemuka (dashcam) kereta milik seorang saksi yang secara kebetulan berada di lokasi kejadian.
Tindakan pemandu kereta itu membunyikan hon secara bertalu-talu bagi menakut-nakutkan anjing berkenaan akhirnya menyelamatkan mangsa daripada terus diserang, sebelum haiwan itu beredar.
Menurut ibu kepada kanak-kanak malang itu, anak perempuannya yang berusia 10 tahun masih dalam keadaan trauma sejak insiden itu berlaku dekat rumahnya di Kulai, Johor.
“Sejak kejadian, anak tak nak keluar sendiri lagi. Kadang-kadang dia mengigau masa tidur malam. Anak terpekik minta tolong macam masa kejadian.”
Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini
@cikmel84Kesian anak ibu, walaupun dah sebulan lebih berlalu, dia masih trauma & xnak lalu situ lagi…. kadang tidur malam pon ngigau mintak tolong 😭😭😭😭
Mengimbas kembali mengenai kejadian, wanita berusia 38 tahun itu tanpa berfikir panjang terus bergegas membawa anaknya yang mengalami luka ke klinik.
“Tapi dua klinik tak nak buat sebab lukanya agak besar dan dalam. Jadi, saya terus bawa anak ke hospital dekat Kempas untuk rawatan lanjut.
“Anak terpaksa dimasukkan ke wad sebab kalau ikut video tu, anak jatuh terhentak. Doktor bimbang jika ada keretakan tulang,” katanya sambil memberitahu bahawa anaknya terlantar di hospital selama tiga hari.
Zuraidah yang dikenali sebagai Kak Omel dalam kalangan pelanggannya berkata, mengikut laporan doktor, dia bersyukur kerana tiada sebarang tulang retak atau patah pada anaknya.
“Cuma ada luka di kedua-kedua lutut akibat terjatuh, sedikit di tangan kesan cakaran, dan belakang badan ada kesan benam kuku,” katanya sambil menambah kejadian itu mendapat perhatian Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) susulan rakaman video yang tular.
Ibu kepada dua anak yang berasal dari Johor Bahru ini kesal dengan sikap jirannya yang lepas tangan selain membiarkan pintu pagar rumah terbuka pada hari kejadian sehingga anjing mereka bertindak ganas terhadap anaknya.
“Dah tahu salah, datanglah berjumpa minta maaf. (Sebaliknya) dia cakap bukan anak you mati pun kan! Biadab tak? Dia kata anjingnya bukan serang tapi sekadar bergurau, bermain.
Dalam pada itu, Zuraidah yang berniaga makanan sejak awal tahun berterima kasih kepada pemandu yang merakamkan kejadian yang juga merupakan pelanggannya.
“Pelanggan tu baru lepas beli kuih masa tu. Kalau dia tak hon, anjing tu mungkin lebih mengganas. Tapi jangan salah faham kenapa dia tak turun tolong.
“Pelanggan saya tu warga emas, baru je balik dari buat dialisis di hospital. Itu saja yang dia mampu tolong. Kena faham dia orang tua dan sakit,” katanya.
Sumber : Mstar
Mesti Baca :
- Betul Ke Saf Terputus Kalau Bercampur Dengan Budak Belum Akil Baligh?
- Amalan Untuk Mengelakkan Penyakit Ain
- Amalan Yang Harus Dilakukan Ibubapa Untuk Anak Bijak
- Doa Agar Anak Tidak Kencing Malam
- Tip Dapat Anak Kembar
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club