Asid folik yang juga dikenali sebagai folat, ialah vitamin B-kompleks – vitamin B9. Vitamin ini amat penting untuk tubuh mencipta sel-sel baru, membina DNA baru serta membaiki DNA yang telah rosak.
Folat juga diketahui dan dikenali akan peranannya dalam mencegah kecacatan kelahiran, kelahiran pramatang dan banyak lagi masalah kesihatan kelahiran yang lain.
Pun begitu, fakta yang ramai individu tidak tahu adalah asid folik juga sebenarnya boleh membantu meningkatkan kesuburan.
National Institute of Health menyarankan pengambilan kira-kira 400 mikrogram folat pada setiap hari untuk kebanyakan individu dewasa. Walau bagaimanapun, jika anda sedang dalam fasa mencuba untuk hamil, anda mungkin memerlukan dua kali ganda daripada jumlah ini, atau juga mungkin lebih.
Asid folik untuk apa? Folat mempunyai banyak fungsi dalam tubuh badan manusia antaranya adalah dalam membantu pertumbuhan tisu dan sel berfungsi, bekerja dengan vitamin B12 dan vitamin C untuk membantu tubuh memecah, mengguna dan membuat protein baru, membantu membentuk sel darah merah serta membantu menghasilkan DNA.
Folat juga dapat membantu mencegah pelbagai masalah kesihatan seperti anemia, diarhea dan ulser, begitu juga kondisi yang kronik seperti strok, kanser, penyakit jantung dan gangguan neurologi.
Disebabkan asid folik boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran dan kelahiran pramatang, vitamin ini juga diketahui akan kepentingannya dalam perkembangan janin.
Ads
Ia juga penting bersama-sama dengan nutrien penting lain bagi membantu seseorang individu untuk kekal sihat.
Folat boleh didapati melalui makanan seperti sayur-sayuran hijau, buah-buahan sitrus dan banyak lagi makanan yang lain.
Namun begitu, disebabkan sukar untuk mendapat cukup folat melalui makanan, ramai wanita yang sedang merancang untuk hamil perlu mendapatkan vitamin ini melalui suplemen vitamin ini.
Ads
Pengambilan jumlah asid folik yang betul sebelum dan semasa hamil dapat membantu mencegah kecacatan tiub neural, termasuklah spina bifida. Ini tujuan asid folik untuk wanita.
Malahan, pengambilan dos tinggi folat sebelum kehamilan dan semasa trimester pertama juga dapat membantu mengurangkan risiko anda mengalami keguguran. Ini menjawab persoalan asid folik untuk apa.
Makanan tinggi asid folik
Paling utama, asid folik untuk wanita boleh didapati dalam sayur-sayuran hijau seperti bayam serta buah-buahan sitrus seperti oren.
Ads
Selain itu, U.S. Food and Drug Administration juga telah menyatakan dan menyarankan anda untuk mengambil makanan yang mempunyai kandungan folat yang tinggi seperti berikut:
Bila sakit kepala menyerang, memang satu kerja pun tak menjadi dibuatnya. Terasa serba serbi tak selesa dan kadang kala mengundang rasa marah pun ada. Jadi cara paling mudah untuk legakannya, kita akan makan ubat untuk tahan sakit. Betul bukan?
Namun, ada cara atau petua yang boleh dipraktiskan untuk legakan sakit kepala tanpa makan ubat yang kita patut tahu.
PETUA HILANGKAN SAKIT KEPALA YANG ANDA HARUS TAHU
Pernahkah anda mengalami sakit kepala teramat sangat? Akibat stres, migraine, ada banyak masalah dan sebagainya. Bagaimana hendak atasi dengan mudah di rumah?
Berikut adalah beberapa petua untuk melegakan sakit kepala:
1.Tutup mata dan berehatlah.
Ini adalah rawatan sakit kepala yang berkesan untuk sakit kepala seperti migrain, dan dapat membantu meredakan sakit kepala. Duduklah di dalam bilik yang tenang dan gelap dengan mata anda ditutup dan cubalah berehat seketika. Jika perlu, tidur sebentar.
2.Urut leher dan kepala anda.
Menggosok dan mengurut-urut bahagian leher dan kepala anda dapat memperbaiki aliran darah dan menenangkan sakit kepala. Ini sangat membantu untuk sesiapa sahaja. Dapatkan bantuan daripada rakan dan ahli keluarga,
3.Hangat atau sejukkan leher anda
Cuba letakkan pad suam atau kain hangat di leher anda untuk mengurangkan sakit kepala akibat ketegangan otot dan sebagainya. Jika itu tidak membantu, anda boleh menggunakan pek ais jika ia membantu anda melegakan sakit kepala.
4.Bersantai dan rileks
Luangkan masa untuk diri anda, bernafas dalam-dalam, dan cuba untuk membayangkan imej yang damai dan tenang. Pelbagai ’relaxation techniques’ boleh membantu pesakit yang mengalami masalah sakit kepala.
5.Kurangkan stres dan tekanan.
Sekiranya anda mengalami sakit kepala yang teruk, cuba elakkan dari tekanan. Jauhkan diri dari persekitaran yang bising, pulang bekerja lebih awal sekiranya anda boleh, atau minta rakan atau ahli keluarga membantu mana yang boleh.
6.Lihat semula apa yang anda makan dan minum.
Apa yang anda masukkan ke dalam badan anda boleh memberi impak besar kepada sakit kepala anda. cuba hadkan kafein dan alkohol dan elakkan rokok. Jadual makan juga adalah penting, terutama bagi mereka yang mendapat sakit kepala dari gula darah rendah. Jangan lewatkan makan, terutamanya sarapan pagi.
PERHATIAN : Sekiranya masalah anda tidak berkurang selepas melakukan langkah di atas, terus berjumpa doktor. Tahu punca dan rawat sewajarnya. Jangan cuba-cuba dapatkan rawatan melalui produk dan suplemen tanpa nasihat doktor dan ahli farmasi. Bahaya untuk kesihatan.
“Aduh, gatalnya tekak ni. Asyik terbatuk-batuk dibuatnya, jadi tak selesa. Puas makan ubat, tapi tak juga reda…”
Adakah anda pernah alami keadaan sepertinya ini. Penyakit batuk berlarutan hingga berminggu-minggu lamanya. Telah pelbagai jenis ubat dimakan tapi tidak juga reda. Jadi jangan putus asa. Apa kata buat cara begini pula, anda sendiri hasilkan gula-gula yang boleh meredakan batuk secara lebih natural dan selamat.
Nak tahu caranya, jom semak perkongsian ini yang cukup bermanfaat.
GULA GULA BATUK HOMEMADE
Jom kita buat gula gula batuk homemade. Senang nak telan, cara natural.
Bahan simple je. Hanya 3 bahan yang ada dekat dapo.
Bahan
Madu 1/2 cup
Halia 1 sudu teh
Lemon 2 sudu besar
Cara cara
1. Panaskan kuali, letakkan madu.
2. Letakkan jus perahan lemon dan halia yang di sagat. Baca betul betul sagat okay.
3. Kacau sehingga jadi karamel. Api sederhana.
4. Masukkan dalam acuan/kertas minyak. Sejukkan dalam peti ais.
Boleh simpan dalam bekas kedap udara. Alaaa rumah korang mesti banyak tupperware kan.
Rasa gula gula batuk homemade ni, masam pedas. Sedap tau.
Kenapa madu lebah?
Madu lebah boleh kurangkan kahak, selain menjadi antibiotik natural. Madu lain jangan, sesilap korang boleh jadi raksasa
Lemon?
Lemon kaya dengan vitamin c. Jadi cepatlah baikkan selsema dan batuk. Selain untuk meneutralkan manis madu lebah tadi.
Halia?
Halia legakan sistem pernafasan. Sifatnya yang panas boleh hilangkan lendir, yang kita rasa gatal gatal pada tekak.
Ok dah boleh buat stock dekat rumah. Tak payah nak beli gula gula batuk, yang kita tak tau kandungan gulanya setinggi klcc. Nanti penyakit lain pulak mendapat.
Makanan bergandum adalah jenis makanan yang popular yang sering menjadi hidangan untuk kita. Antaranya roti, roti canai dan sebagainya berasaskan gandum.
Namun, jika makan makanan berasaskan gandum, dipercayai akan memberikan kesan yang tidak baik untuk kesihatan. Sebagaimana perkongsian Dr Hafiz Sulaiman menyuarakan pendapatnya mengenai pengambilan roti.
Ikuti perkongsian ini.
Saya memang penggemar roti sejak kecil. Tak makan nasi pun takpe. Hari-hari mesti makan roti.
Masa muda memang takde problem. Bila usia meningkat ni, umur 30an saya dah rasa kesannya.
Alergik makin teruk. Resdung, migrain. Perut gastrik, sembelit dan cirit berganti. Kembung dan refluks kerap lepas makan. Tulang belakang problem. Lutut operate. Sendi problem sokmo macam orang tua. Pemikiran pun macam-macam fikir. Mudah stres.
BAHAYA GLUTEN DALAM MAKANAN BERGANDUM
Tahun 2012 saya didedahkan bahaya gluten dalam makanan bergandum. Bila pantang sebulan dua saja, banyak perubahan. Sihat semacam.
Fast forward lepas 8 tahun saya dalami kajian saintifik mengenai gluten..saya makin yakin.
# Roti bukanlah makanan berkhasiat dan padat nutrisi. # Makan roti hari-hari tingggikan risiko rosak perut. # Terukkan masalah angin sensitif, refluks dan gangguan mental. # Roti sebabkan perut susah serap nutrien lain. Dalamnya ada antinutrien seperti asid phytic dan penyekat enzim pencernaan.
# Roti adalah makanan tinggi protein gluten yang membebankan dan berisiko rosakkan usus. # Orang ada masalah angin macam penderita GERD, gangguan mental, autoimmune molek lah elakkan roti.
# Roti tinggi fiber bagus? Tau tak kalau orang sensitif dan angin, roti fiber lah paling tak bagus.
Fiber dalam roti ni jenis tak larut (insoluble fiber). Fiber jenis ni keras dan boleh calarkan dan lukakan usus.
Baik pilih serat larut dalam buah dan sayur yang jadi jelly dalam usus. Itu yang lancarkan pembuangan.
Saya masih makan roti. Tapi sekali sekala saja. Kami sekeluarga dah lama tak amalkan sangat makan roti.
Kami pilih makanan lebih berkualiti, lebih selamat dan padat nutrisi. Roti zaman sekarang dah ada sisa racun “Round Up”, baka hybrid pulak tu.
Baik makan nasi, makanan fitrah nenek moyang kita.
Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.