Insiden kemalangan yang berlaku di Langkawi akibat dipandu oleh kanak-kanak berusia 6 tahun ini dikaitkan dengan unsur mistik apabila kanak-kanak itu menceritakan bahawa bukan dirinya yang memandu kereta tersebut sebaliknya terdapat ramai individu lain yang berada di dalam kereta.
Antara yang disebut adalah Tok Wan, Pak Lang dan Pak Cik. Ketika ditanya kenapa dia mengikut mereka, kanak-kanak itu mengatakan bahawa mereka mengajak dia bermain ‘game’
.Menurut laporan Sinar Harian, meskipun tidak dapat dipastikan kesahihan kisah berkenaan, namun rakaman audio perbualan suara kanak-kanak itu menceritakan kejadian tersebut kini tular di media sosial sejak malam Rabu.
Menurut cerita kanak-kanak itu, individu yang dipanggil ‘tok wan’ menerusi ceritanya dikatakan tidak kacak, badan berbulu dan mempunyai suhu badan yang panas.
“Tidak ‘handsome’, badan dia panas dan ada bulu. Pak Lang tak ada bulu, dia bawa gajah handsome juga. Pak cik dok (duduk) depan,” katanya.
Dalam rakaman sama yang dikongsikan di TikTok @daichidontcare, seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan identitinya turut mengulas tentang kejadian berkenaan.
Dia turut hairan bagaimana kanak-kanak lelaki itu mampu untuk memandu kereta sejauh 2.5km termasuklah mengundur kereta.
Dalam screenshot yang tular itu, pihak polis dipercayai pergi ke rumah keluarga kanak-kanak itu dan mereka pun pelik bagaimana Toyota Vios yang berada di tengah-tengah antara dua kereta lain, boleh keluar daripada kawasan parkir — lebih-lebih lagi dipandu oleh seorang kanak-kanak?
Kisah itu masih terus menjadi misteri yang tidak boleh dirungkai dengan akal. Bagaimanapun ahli keluarga itu mengucapkan rasa syukur kerana kedua kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan teruk semasa kejadian berlaku.
@daichidontcare Sila dengar sampai habis #kanakkanak6tahun #3tahun #vios #terbabas #langkawi ♬ original sound – Daichi Dont Care