“Buka Pintu Satu Rumah Bau Najis. Tak Tahan Baunya. Kasihan Makcik Ini.” Ebit Lew Santuni Warga Emas, Buat Netizen Sebak!

Share

Siapa yang tak kenal dengan Pendakwah terkenal, Ebit Lew. Cukup aktif dalam aktiviti dakwah dan juga membantu orang yang memerlukan.

Setiap hari pasti ada sahaja berita atau perkongsian aktiviti kebajikan yang di muat naik sebagai salah satu inspirasi kepada orang lain.

Baru-baru ini, beliau telah menceritakan perihal kisah seorang warga emas yang tinggal sebatang kara tanpa dan hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Hidup begini 15 tahun selepas kematian suami.

Terkejut pagi ini bila sampai dekat rumah makcik ini hidup begini 15 tahun selepas kematian suami. Seorang Rela kak Ros ni baik hati. Selalu hantar makanan pada makcik ini. Rumah ini macam takde orang. Terkejut sekali buka pintu satu rumah bau najis. Semua tak tahan baunya. Kasihan makcik ini. Setahun ini dah kurang ingatan. Saya cuba tanya nak bawa rumah kebajikan. Makcik ni tak nak.

Penuh najis dan kotoran. Makcik tak buka pintu jika orang datang. Rumah semua takde air. Tangki tersumbat. Dah lama tak mandi. Dah takde sesiapa. Ya Allah sedihnya hati ini. Makcik ni orang minang. Suami dah meninggal lama.

Makcik cuma minta selipar jer. Sedihnya

Berbual dengan saya baik elok jer. InsyaAllah Kak Ros Rela ini dah ajak beberapa orang jiran nak bersihkan sekarang. Syukur jiran-jiran semuanya membantu. Saya tengah cari nak pergi beli tangki, katil , tilam, lampu mentol, peti ais, dan panggil skuad nyah kuman datang. Nak belikan barang mandi. Makcik tu cuma minta selipar jer. Sedihnya. Ya Allah. Kasihannya makcik ini. Sekarang kami uruskan semuanya.

Tak sangka ada manusia hidup begini. Betul-betul terbiar. Ya Allah maafkan kami semua. Terima kaseh Kak Ros Rela dan jiran-jiran yang membantu dan memaklumkan dan bersama membantu.

Dimandikan, dirapikan kuku dan rambut

Justeru, Ebit Lew dengan bantuan penduduk membersihkan rumah warga emas tersebut. Selain itu, beliau turut  menyediakan sambungan air dan bekalan elektrik bagi kegunaannya.Malah,  Warga emas tersebut juga dimandikan oleh seorang anggota Rela dan dirapikan kuku serta rambutnya.

Senyum menangis tengok semua baru

Ya Allah syukur. Sebak selesai tugas dalam masa beberapa jam. Bergegas ganti tangki air dan paip baru. Supaya air laju dan bersih. Bersihkan rumah sampai wangi. Belikan peti ais baru. Katil baru tilam cadar baru semua. Meja dan kerusi baru. Rice cooker dan cerek baru. Senyum menangis makcik ini tengok semua baru-baru.

Tiba-tiba nak berwuduk nak solat

Kak Ros Rela mandikan makcik ini. Potong kuku dan wangikan. Guntingkan rambut. Cantik sangat dah. Senyum lebar makcik ini. Makcik tiba-tiba nak berwuduk nak solat. Terkejut dengar.

Jemput kami raya rumah. Masa pakai selipar baru senyum. Satu selipar lagi simpan pakai hari raya kata makciknya. Syahdu dengar. Ni baju raya makcik. Masak rendang untuk saya makcik. Makcik tak pandai masak rendang katanya.

Ya Allah terima kasih ubati hati ini

Terima kaseh semua jiran yang dekat yang membantu. Sebab makcik ini memang tak buka pintu orang datang. Berkat doa syukur makcik ok jer kita buat semua tu.

Makcik ini berbual macam biasa. Sihat jer. Ya Allah. Suka bergambar makcik ini. Juta kali berbeza dari pagi tadi. Ya Allah terima kaseh ubati hati ini setelah duka tadi. Senyuman makcik ini ubat hati saya.

Semoga Allah terima semuanya

Jiran-jiran terutama Kak Ros rela akan gilir-gilir membantu makcik ini. Kami dah ganti tombol supaya Ros boleh sentiasa tengok keadaan makcik ini.

Senang keluar masuk rumah. Terima kaseh semua yang terlibat. Semoga Allah terima semuanya-ebitlew

Saudaraku, disebalik ujian ada rahmat
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376

Sumber : Ebit Lew