Buka Peti Sejuk, Keluar Bau Busuk! Letak Benda Ni Je, Hilang Masalah Bau Tak Menyenangkan

Share

Pernah tak alami kalau buka peti sejuk je, ada bau yang tak menyenangkan? Punya lah cari punca, rupanya dari makanan yang tak habis kita simpan. Bukan takat makanan tu, tetapi makanan lain juga yang elok mengeluarkan bau dan semuanya berkumpul sekali.

Bila dah keluarkan punca bau bermasalah tu, baunya tetap ada! Nak cuci satu peti sejuk dah makan masa dah. Nak tahu cara mudah untuk hilangkan bau busuk tadi tanpa perlu bersusah payah keluarkan semua barang dalam peti sejuk? Ini caranya yang mudah dari seorang pengguna TikTok @jason_jezi telah berkongsi bagaimana nak buangkan bau busuk.

CARA HILANGKAN BAU BUSUK DALAM PETI AIS

Tak perlu risau, sebenarnya ada cara menghilangkan bau peti sejuk ini dengan hanya menggunakan bahan semulajadi tanpa menjejaskan bau dan rasa pada makanan yang disimpan. Caranya adalah dengan membeli tisu gulung dan letakkan ke dalam peti sejuk!

Kenapa pula nak guna tisu? Tisu di percayai menjadi agen yang boleh menyerap bau busuk dalam peti ais yang berbau. Oleh itu, walaupun bau sudah tiada, jangan lupa pula nak cuci peti ais. Jangan biarkan peti ais kita dicemari dengan kuman.

@jason_jezi Peti sejuk tak busuk lagi😘 betul2, share kpd kawan2 #TikTokGuru #learnontiktok
#jezismart #tips #jombelajar #viral ♬ original sound – Forgotten_supermodel

Meninjau di ruangan komen, ada yang baru tahu tentang cara mudah hilangkan bau ini. Malah, ada juga yang berkongsi cara lain juga yang berkesan untuk hilangkan bau tak menyenangkan ini.

Sumber : @jason_jezi