“Buka ‘Mini Market’, Latih Anak Buat Kerja Rumah.” Ibu Ni Kongsi Aktiviti Bersama Anak Tanpa Gajet Waktu PKP. Kreatif!

Share

Ada anak-anak yang mungkin asyik dengan gajet sepanjang berada di rumah bagi mengisi masa lapang mereka. Tapi sebenarnya ada pelbagai cara yang ibu bapa boleh lakukan bersama anak-anak sepanjang PKP ni, apa lagi inilah peluang untuk mengeratkan hubungan sementelah sebelum ini masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri.

Pendekatan yang diambil oleh puan  Syahirah Hanie  cukup kreatif dan bagus. Selain mengelakkan anak-anaka syik dengan gajet, ini juga salah satu cara melatih mereka membuat kerja rumah. Dalam masa yang sama, anak-anak akan rasa dihargai apabila diberi upah atas apa yang mereka lakukan. Jom kita cuba sendiri di rumah, pasti seronok kan.

Aktiviti Bersama anak anak tanpa gajet sepanjang PKP.

Hye. Akak nak cerita sikit aktiviti 3 Powerpuff girl di dalam rumah sepanjang PKP.


Idea ni dari oversea. Menarik juga la. Sambil Bantu Umi dia Dan dapat duit ganjaran.

Satu petang akak pergi beli biskut,air kotak,sedikit keropok,roti. Semua no faveret anak anak.
Hari pertama diorang bangun pagi. Dan akak tunjukan mini market dalam petak almari.

Diorang memang exsaited. Tapi no no no. Bukan semua boleh terus makan. So akak tunjukan aktiviti sepanjang berada di dalam rumah. Dan tunjuk berapa ganjaran sorang boleh dapat.

Disebabkan akak Tak de duit saidina dalam rumah . Akak tukarkan stiker sebagai duit

Hari pertama memang rajin semuanya. Berebut nak buat. Tapi akak agihkan semua kerja. Buat biar setimpal yang diterima. Bukan basuh pinggan Dua keping je baru dapat. Tapi bukan. Akak saje kumpulkan banyak. Berbaloi sikit. Tak de la sewenang nak bagi🤣

Cara macam ni memang senang dari sebelum ni. Puas la suruh tolong Umi dia kemas rumah.
Bila suruh sidai baju. Ada yang Tak puas hati suruh tolong sama. Bila Tak tolong , sorang geram Dan membebel . Ni perangai sikembar la. Mesti kene panggil sama juga kalau nak buat kerja.

Kedai mini ni akak buka setiap pukul 5 hingga 7malam. So sehari sekali je buka. Tapi Hari ketiga akak buka malam. Sebab diorang lapar. Dan bila solat 5 waktu dapat kumpul banyak ganjaran. Akak bagi waktu lepas isya. Tu yang buka malam je sekarang ni.

Sepanjang 4 Hari buat ni. Wafa sayang nak belanja duit dia sendiri.sampai rm500 lebih baru la dia nak membeli secara sikit.
Yang si kembar setiap Hari membeli.

Selama 5 Hari buat aktiviti ni. Diorang jarang minta hp nak tengok 5 minute craft. Bila akak offer. Nak tengok Tak. Dia kata Tak nak. Nanti duit ganjaran abis.

Sebenarnya Ada banyak aktiviti yang lain. Tapi akak Tak sempat nak ambil gambar basuh pinggan,lipat baju.

Terima kasih sudi baca akak punya aktiviti
Bersama anak sepanjang pkp. Korang buat la macam ni dekat anak anak. Memang berbaloi. Masih banyak Masa Kita buat aktiviti ni bersama anak anak. Wafa sendiri cakap. Abis pkp nanti sambung la aktiviti ni ye Umi. Ok Umi onz je🥰

Boleh SHARE jika memberi manfaat kepada semua ibu ibu yang lain.

#pkp
#aktivitipkp
#rmo
#aktivitiwww


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster