Pengorbanannya Abang Viva tak dijangkau dek akal. Membantu mereka yang dalam kesusahan, tanpa punya apa-apa pertalian darah, jauh sekali mengenali antara satu sama lain.
Namun, naluri kemanusiaan dan juga prihatin dengan kesusahan orang lain membuatkan ‘ dia sanggup turut membantu mangsa banjir baru-baru ini.
Apa yang membuatkan ramai terharu apabila mengetahui pemilik nama sebenar Azwan Omar ini hanya berbekalkan wang RM50 daripada ibunya dan juga kenderaan perodua Viva yang turut memuatkan bot angin di atas kenderaan tersebut.
Tidak hairanlah lepas kisahnya tular di media sosial, ramai yang kagum dan mahu memberikan hadiah serta penghargaan atas bantuan yang dihulurkannya itu.
Biarpun bukan itu yang Abang Viva kejar, namun sedikit sebanyak ]dapat menghargai penat lelahnya selama ini.
Sebelum ini, dia ditawarkan sebuah kereta 4X4 dan terbaru dia diberikan hadiah sebuah motorsikal jenis Yamaha XJ65B lengkap dengan aksesori berupa topi kaledar, jaket serta sebuah beg galas oleh sebuah syarikat ICITY MOTORWORLD Sdn Bhd
Penghargaan tersebut turut mendapat reaksi ramai. Rata-rata mengakui itulah yang sepatutnya diperoleh anak kelahiran Melaka ini atas jasanya.
Ads
Terbaru, Abang Viva diraikan dalam satu majlis Anugerah NONA SUPERHERO AWARD yang dibawakan oleh Majalah Nona menerusi syarikat Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
Menerusi kenyataan pihak Majalah Nona, ‘Abang Viva’ merupakan satu kisah inspirasi yang patut dijadikan teladan buat semua. Atas dasar tersebut, dia dijemput bersama-sama ibunya untuk diraikan pada malam anugerah tersebut.
Anugerah Nona Superhero yang buat julung-julung kalinya diadakan ini bertujuan mengiktiraf kecemerlangan dan prestasi lelaki ikonik di Malaysia. Ia juga merupakan kesinambungan daripada Nona Superwoman Award.
Dengan membariskan lelaki unggul yang menjadi pencetus revolusi Malaysia sepanjang 2021, anugerah pengiktirafan itu dibahagikan kepada 21 kategori meliputi pelbagai latar belakang dan kerjaya.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika anak-anak anda jenis yang suka menu masam-masam lemak manis, cair di mulut, sejuk di perut, inilah hidangan yang ibu-ibu boleh cuba buat hujung minggu nanti.
Sebenarnya mango float adalah sejenis pencuci mulut yang cukup terkenal di Filipina. Lebih kurang macam kek batik, hidangan ini juga dilapis-lapis dengan biskut kraker dan krim. Tapi versi ini menggunakan buah mangga sebagai bahan utamanya.
Ini Mango Float siang tadi buat, jadi la dessert untuk mlm ni. Nak puasa ni selera mcm2. Siapa yang suka masam2 lemak manis, cair di mulut, sejuk diperut, ke nak tambah lemak 😂😂😂 boleh la buat, sedap jugak untuk menu berbuka puasa. Nah resepinya.
Caranya : Putar Whipping cream hingga pekat, masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi. Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil. Apabila bahan yang di putar menjadi kembang dan sebati terus dengan aktiviti berikut :
1. Rendam biskut didalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut didalam loyang. 2. Masukkan adunan cream cheese dan ratakan. 3. Kemudian aturkan hirisan mangga diatasnya. Ulang langkah 1-3 hingga habis. 4. Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan. 5. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan diatas bahan tadi. 6. Masukkan ke dalam freezer dalam 3 jam sekurang-kurangnya, dan selepas itu mango float boleh dimakan. P/s : mango float ni mudah cair ya, tak boleh terbiar dalam didalam suhu bilik. Macam ais cream.
Sesiapa pun mesti tidak suka kalau lihat dicermin dan nampak kawasan mata semakin hari semakin nampak kesan lingkaran hitam seakan mata panda.
Jadi janganlah dibiarkan masalah lebam dan bengkak mata yang anda alami ini sebaliknya rawat masalah anda dengan cara di bawah ini.
Limau Nipis
Lebihan limau nipis yang dibuat air atau masakan jangan pula dibuang. Sebaliknya simpan sahaja kulitnya dan sapulah di bawah mata yang lebam akibat tidak cukup tidur. Biarkan kering seberapa ketika kemudian barulah muka dicuci dengan air yang bersih. Lakukan ini berulang kali sehingga mata reda.
Kulit Timun
Sama seperti limau nipis, begitu juga dengan hirisan timun. Kulit timun jangan pula dibuang sebaliknya ditekan pada kawasan mata yang bengkak dan lebam. Sapukan rata dan biarkan ia menjadi kering. Kemudian barulah dicuci dengan air yang bersih. Timun yang bersifat sejuk mampu meredakan mata yang bengkak.
Telur
Petua orang-orang lama yang patut anda cuba adalah menggunakan telur. Ambil sedikit putih telur an sapukan pada bahagiabn bawah mata. Biarkan hingga ia kering dan kemudian dicuci dengan air bersih.
Ubi Kentang
Ambil sebiji ubi kentang dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit. Kemudian hiris bulat nipis dan tekapkan pada bahagian mata. Biarkan sehingga hilang rasa sejuk atau anggaran 15 minit dan kemudian dicuci bersih.
Susu
Selain susu diminum, ia juga boleh meredakan kelesuan mata dan menghilangkan kesan ‘mata panda’ dengan cara celupkan 2 keping tisu ke dalam air susu. Kemudian tekapkan di mata selama 20 minit. Lakukan secara rutin untuk kesan yang diingini.
Air sejuk & sudu
Cara ini juga berkesan dan amat mudah. Ambil secawan air sejuk dan rendamkan dengan sudu besi. Kemudian lekapkan pada bahagian mata beberapa kali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sedapnya menikmati hidangan pisang goreng bersama secawan teh o atau kopi panas. Lagi bagus jika pisang goreng itu masih panas. Terasa begitu nikmat, lebih-lebih lagi jika dijamah bersama keluarga mahu pun rakana-rakan di waktu petang begini.
Bercerita tentang perihal pisang goreng, selain rasanya yang enak dan manis menjadi sebab ia cukup digemari. Kerangupan rasa adunan tepung yang digunakan juga turut mempengaruhi keenakan total pisang yang digoreng.
Terbukti bukan semua orang boleh menyediakan hidangan pisang goreng yang sedap dan rangup. Nak tahu apa petuanya? Jom semak!
Cuba 7 petua ini untuk merangupkan pisang goreng:
1. Kapur masakan
Masukkan sejumlah kapur masakan di dalam adunan tepung. Ini dapat menjadikan ramuan tepung menjadi lebih rangup dan sekali gus menjadikan pisang goreng lebih enak dan menyelerakan.
2. Tepung beras
Bancuhan tepung gandung hendaklah dicampurkan bersama tepung beras untuk mendapatkan adunan tepung yang sempurna. Gunakan nisbah 2 cawan tepung beras dan 1 cawan tepung gandum.
3. Kelapa parut
Mungkin tidak ramai yang tahu, sebenarnya kelapa parut jika ditambah ke dalam bancuhan tepung bersama dengan telur, garam, air kapur dan serbuk kunyit boleh menjadikan adunan tepung goreng menjadi rangup dan rasanya juga lebih enak.
4. Soda bikarbonat
Baking soda atau juga dikenali dengan soda bikarbonat turut digunakan untuk tujuan rangupkan adunan tepung goreng. Caranya juga cukup mudah, satukan tepung gandum dan soda bikarbonat dan kemudian barulah ditambah bahan-bahan lain seperti air, garam dan serbuk kunyit.
5. Bijan
Tambahkan sedikit bijan bertujuan untuk memberikan kerangupan adunan tepung pisang. Jangan lupa letakkan serbuk kunyit bagi memberi warna keemasan yang cantik pada adunan terpung tersebut. Istimewanya juga bila adanya bijan ini dapat memberi rasa yang lebih enak.
6. Minyak panas
Memilih untuk menambahkan minyak yang dipanaskan ke dalam adunan tepung juga tidak menghampakan. Caranya cukup mudah namun anda perlu berhati-hati memandangkan minyak tersebut panas.
7. Tepung goreng segera
Kini terdapat pelbagai pilihan jenama tepung segera untuk menggoreng pisang. Jadi pilihlah yang mana satu sesuai dengan cita rasa anda. Cara bancuhan pula telah tersedia di bagaian bungkusan untuk memudahkan pengguna.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...