“Budaya Makan Dulu Kira Kemudian Bahaya.’ Buat Bajet & Periksa Harga Baru Layan, Itu Style Orang Cina Order Seafood Di Restoran!

Share

Ikan Siakap menjadi bualan ramai apabila satu perkongsian mengenai harga yang perlu dibayar selepas  makan ikan tersebut terlalu mahal.

Pelbagai persepsi timbul selepas ikan siakap menjadi tular , ada yang mengaitkan pengusaha restoran tersebut terlalu cekik darah, tak kurang yang menyelar pengunjung tersebut yang sepatutnya memeriksa terlebih dahulu harga sebenar ikan yang dipilihnya.

Saudara Tai Zee Kin berkongsi pandangan dan cara bagaimana budaya orang Cina yang akan membuat bajet terlebih dahulu sebelum berbelanja terutama waktu makan besar.

Ini cara orang cina order seafood di restoran.

1. Akuarium tepi restoran seafood, bukan galeri atau underwater world. Dia tidak kenakan caj tiket masuk. Itu tempat kalian pilih seafood segar.

1.5 Kalau anak-anak kecil ikut makan sekali, boleh bawa jalan-jalan tepi akuarium sambil ajar anak-anak nama ikan dan jenis ketam.

2. Sudut kanan (atau kiri) akuarium ada tanda tertera dengan jelas nama seafood (di situlah ayahanda saya mengajar nama dan jenis ikan) dan harga setiap 100g, 1kg, atau sukatan yang bersesuaian.

3. Tepi akuarium ada penimbang. Kalian boleh minta tauke untuk timbang sebelum makan, atau minta dia membuat anggaran berat.

4. Kalau tiada akuarium pun, orang cina akan terus order seafood ikut berat (kalau bukan harga tetap). Contoh, kalau kami order siakap, terus bagitau nak 1.5kg. Tauke akan tengok ada tak 1.5kg. Kalau tiada, tauke akan bagi anggaran julat keberatan.

5. Peminat seafood dah ada harga seafood darab keberatan dalam kunci kira-kira minda.

Orang cina tidak suka style makan dulu kira nanti. Bila budaya makanan restoran mamak mula berbuat demikian, banyak di kalangan orang cina kurang selesa. Zaman 2000-han, kedai mamak biasa minta pelanggan makan dulu, baru dia datang kira.

Budaya orang cina selalu kena buat ‘bajeting’ sebelum ‘spending’. Makan kedai pun sama. Kalau makan besar, siap hitung dulu, buat kiraan bajet, periksa harga betul-betul, baru layan.

Tabiat ini memang sudah terpahat dalam DNA kami.

Budaya ‘makan dulu, kira kemudian’ sangat bahaya, kerana ketidakselesaan ‘caj terlampau’ adalah tanpa kesalahan mana-mana pihak, ianya cuma akibat ketidaksepadanan kehendak (dengan izin, ‘mismatch of expectation’).

Isu siakap terlampau caj ini, bagi orang cina, jarang berlaku. Kami tertanya-tanya, kenapa tidak membuat kepastian berat ikan sebelum order? Kenapa tidak sebut sahaja ‘Siakap tu, bagi 1.5kg cukup’?

Saya bila buat tempahan ketam dulu, siap tawar menawar dari segi berat ketam dengan tauke sebelum turunkan order. Tiada masalah.

Ingat tatacara ini kalian, ‘Kira dulu, order kemudian’. Tak payah segan-segan. Segan dahulu, kesal kemudian.

Dalam hal ini, pelanggan tiada salah, restoran pun tiada salah. Restoran siap bagitau harga setiap 100g awal awal. Caj pun ikut harga per 100g. Pelanggan bagi kebebasan kepada restoran untuk anggaran berat ikan.

TAI ZEE KIN

ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!