Penggunaan media sosial diakui menjadi keutamaan bagi kita semua dan sering dianggap penting sebagai medium untuk berkongsi cerita apa yang berlaku di dalam kehidupan sehari-harian.
Bahkan bila dilihat senario masa kini, hingga ada yang berlebih menunjuk-menunjuk kemewahan, kekayaan dan harta yang dimiliki di media sosial. Trend ini dilihat tidak sihat dan atas sebab itu terpanggil untuk Peguam Nor Zabetha berkongsi pandangan dan pengalamannnya yang diharapkan dapat memberi pengajaran untuk kita semua.
Budaya ‘Fit In’ Jadi Ikutan
Macam-macam cara orang gunakan untuk ‘fit in’. Hendak sesuaikan diri atau juga hendak menjadi ‘champion’ atau hebat di mata masyarakat. Tambah pula zaman media sosial ini. Sebab itu wujud budaya seperti ‘flex’. Barangkali juga untuk mendapat perhatian dan ‘respect’ orang ramai.
Cumanya, kalau terlalu diikutkan sangat ‘trend’, lama-kelamaan mengundang rasa marah, benci atau kecaman orang awam. Niat asalnya, kita hendak orang lihat dan nampak kita hebat.
Berpada-pada. Sudah cukup baik. Melihat video seperti influencer menunjukkan koleksi jamnya, “Oh! Ini tak mahal sangat. Ini harganya berapa ratus ribu je”.
“Takkan saya hendak tunjuk kaya saya sehingga saya hendak tunjuk duit berjuta dalam peti besi tu”.
Ada juga influencer yang tercabar bila diperli asetnya masih dalam pinjaman bank, untuk membuktikan dia susun duit-duit dalam peti di rumahnya dan menceritakan bahawa ada jutaan ringgit lagi.
Saya selalu terfikir apa tujuan perbuatan yang begini. Untuk dilihat hebat? Untuk disanjung? Jika itu tujuannya, di ruang komen yang saya baca bukan kata-kata pujian tetapi sebaliknya.
Yang Kecil Pun Tahu Membanding Jenama
Budaya begini sudah menjadi ikutan pula dalam masyarakat kita. Malahan menjadi ikutan remaja-remaja dan generasi baru. Yang kecil pun sudah tahu membandingkan jenama.
Kalau ke sekolah berbag Smiggle itu pastinya hebat. Jenama mengambarkan status antara mereka dan menyebabkan rasa penting dan hebat anak-anak ini.
Siapa yang tidak pernah melalui zaman yang tidak ‘terikut-ikut’ waktu remaja ini. Majoriti kita, sudah tentu pernah. Kita hendak ‘fit in’ supaya tidak terasa terasing dari kawan-kawan. Supaya nampak sama-sama hebat.
Ads
Teringat kisah sendiri, waktu mula-mula di Universiti dulu. Saya ini pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan di taman perumahan, ibu saya sewaktu membesarkan kami adalah seorang kerani. Jadi kami tidak mewah.
Kalau disebutkan segala jenama barangan mahal memang tidak tahu. Secret Recipe atau kedai yang lebih kurang sama, belum pernah jejak kaki sehinggalah mula bekerja sendiri. Kalau ada makan di Universiti pun, kawan-kawan yang belanja. Waktu menbesar, makanan seperti KFC dan McDonald pun sekali-sekala.
Jadi apabila ke Universiti, latar belakangnya berbeza-beza. Kehidupan baru buat saya dan mengenali manusia baru. Ada beberapa kawan yang saya kenali sangat peka dan ambil tahu tentang jenama. Kadangkala bila bersembang jenuh kepala saya menangkap apa yang disebut.
Selalunya saya tidak menyampuk dan diam sahaja bila masuk topik begini. Perkara saya tidak tahu, jangan tunjuk pandai. Waktu ini usia saya baru 18 tahun. Telefon paling canggih waktu ini Nokia 3310. Tidak sama macam telefon Android atau Iphone sekarang. Kalau tidak tahu, kita terus Google sahaja.
“Beth pernah pergi Kinokuniya?”
Satu hari, seorang rakan rancak bercerita. Nama-nama restoran yang ada di Mall, kedai itu dan kedai ini. Tiba-tiba dia tanya soalan “Beth pernah pergi Kinokuniya?”. Saya terdiam dan tergamam. Aduh! Waktu ini hendak jujur atau kita kena cuba ‘fit in’ supaya kelihatan ‘cool’.
Ads
Tidak sempat buat keputusan. Masa hanya tinggal beberapa saat untuk menjawab. Baik! Saya ‘fit in’. Dengan yakinnya saya jawab “Tak pernah makan lagi dekat restaurant Jepun. Sedap ke?”.
Maka terdiamlah kawan yang bertanyakan soalan. Hendak dia ketawakan biadap. Seorang lagi pun terdiam. Kami terdiam beberapa saat.
Sambil rakan saya itu, kelihatan jelas hendak mematahkan jawapan yang paling ‘innocent’ dan betapa dia tidak sampai hati menjelaskan Kinokuniya adalah sebuah kedai buku yang terletak di KLCC. Kami semua diam.
Sejak itu, saya lebih peka dan ambil tahu tentang hal-hal begini. Cuma patutnya waktu itu, jika saya tidak tahu, eloklah saya jujur sahaja. Barangkali jiwa remaja dan tidak mahu ketinggalan selepas masuk ke dunia baru iaitu Universiti.
Alhamdulillah, apabila mula bekerja dan kehidupan yang lebih bagus. Rezeki juga murah dan diberikan kelapangan untuk mencuba segalanya.
Beberapa perkara yang saya belajar tentang kehidupan. Jika hendak dihormati tidak sepertinya dengan menayangkan atau membuktikan apa yang kita ada. Biarlah kejayaan kita ‘bercakap’ sendiri. ‘Action speak louder than words’.
Ads
Paling utama ‘Just be yourself’. Hendak cuba ‘fit in’. Hendak jadi orang lain yang bukan diri sendiri, sangat memenatkan sebenarnya kerana kita hidup untuk memuaskan anggapan orang lain. Penat untuk puaskan hati manusia kerana tidak pernah puas.
Kalau bukan diri kita, mengaku sahaja bukan. Orang lebih sayang dan suka dengan manusia yang jenis merendah diri dan jujur. Menjadi manusia begini hatinya tenang dan tidak memenatkan.
Jadi diri sendiri dan ada dengan mereka yang boleh menerima kita seadanya.
mengasingkan tempat tidur anak dengan ibu bapa memerlukan kaedah yang terbaik, kerana ada antara anak yang sukar berbuat demikian.
Lebih-lebih lagi mereka semakin membesar, jadi tidka elok dibiarkan tidur bersama ibu bapa lagi.
Demikian juga dengan pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang baru-baru ini cuba melatih anak mereka, Yusof Iskandar supaya tidur di katil sendiri.
Menurut Hanis, ia berikutan dirinya yang mengalami masalah saikit belakang. Menerusi catatannya di instagram, Hanis memuji sikap Yusof yang tidak membantah apabila diminta berbuat demikian.
Yusuf dah betul-betul tidur dekat katil dia and tak meleser dekat Mommy Daddy dah. Semuanya terjadi apabila, ingat tak lower back pain Keknis alami hari tu, yang suspected sciatica tu? Ya Allah sakit dia sampai nak jejak kaki ke lantai pun nangis2 mintak tolong suami. Tapi lepas dapat banyak cadangan, bila jumpa doctor dia recommended buat physio.
“Di samping tu kita cari alternatif lain dan look into chiropractor. Chiropractor ni yang lipat lipat badan kita pastu crack crack kan tulang tu lol. Memang macam scary tapi lagi scary kalau sepanjang pregnancy takleh jalan jadi ku gagahi jua. Tak semua chiropractor buat untuk wanita mengandung jadi kena call and ask.
Menurut Hanis, awalnya Yusof seakan merajuk aoabila diterangkan oleh Hairul supaya tidak tidur berdekatan ibunya, namun dia tidak membantah. Sebaliknya Yusof hanya mendiamkan diri.
So back to Yusuf, waktu Mommy sakit sangat tu, Daddy explain dekat dia dengan nada yang sangat sangat tegas, “Yusuf Mommy is in pain. You cannot touch her. You cannot sleep close to her ok?”. Dia macam termerajuk tapi dia tak berani nak ekk atau nak ukk bila Daddy dia yang cakap ?
Mulai dari hari tu terus bila dia nak tidur sekatil je Mommy akan cakap “Yusuf, Mommy is in pain”. Dia pun terus baring diam diam kat katil dia. Sambil ditemani Bujibu. Setiap malam. Pastu Mommy pun dah baik padahal buat satu sesi je, baguslah chiropractor, bila buat tak seram and complicated pun sebenarnya.
“Dan yang penting sleeping arrangement dah setel untuk menanti kelahiran baby. Walaupun bila bangun nampak lah Yusuf cuba nasib melepasi border tu ?? I love you my son, you’re gonna be a big brother soon,” tulis Hanis di kapsyennya.
Amboi sweetnya Haziq Hotfm sewaktu menemani isterinya yang bersalin baru-baru ini.
Haziq memuat naik satu video sebagai memberi semangat kepada isterinya, Ayunda Putri, 26, melahirkan anak kedua mereka seminggu lebih awal daripada jangkaan doktor.
Menurut Haziq, 28, Putri dijangka melahirkan bayi mereka pada 7 September depan, namun doktor menyarankan pembedahan dilakukan pada Khamis lalu.
“Doakan Putri Operate semua okay, baby dan mama selamat. 9 bulan dah berkorban sekarang inilah masanya awak berjuang. u can do it, boleh tak. Takut tak sayang… good luck sayang, i love u.
Ubi kayu antara makanan yang popular bagi masyarakat kampung. Malah ia tanaman ini juga terkenal dengan sejarah kemerdekaan yang dikaitkan dengan ‘semangat ubi kayu.
Ubi kayu ini enak di makan sama ada cara rebus, dibuat sira atau dijadikan kuih. Malah ada juga yang memasak cara mengoreng.
Nak tahu cara masak ubi kayu cara goreng, jom ikuti resipi legend ini yang disediakan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dekat rumah mak saya, kalau dia kata “Long, ada ubi goreng dekat dapur! Jamahlah sikit.” maknanya ada ubi rebus yang diperap rempah dan kemudiannya digoreng. Pernah cuba? Nak tahu resepi dia?
Ubi Rebus Goreng Berempah
Bahan-bahan: 4-6 orang makan 2 batang ubi (macam dalam gambar) 6 biji bawang merah ros 3 ulas bawang putih 2 sudu besar biji ketumbar 1 sudu besar serbuk kunyit Garam secukup rasa
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar.
Beberapa batang ubi kayu
Di Johor benda ini dipanggil ubi, singkatan kepada ubi kayu. Tempat lain, mungkin ubi tu merujuk kepada ubi kentang. Janga silap. OK, kupas kulit ubi kayu dan potong lebih kurang 4 inci.
Sementara tubggu ubi empuk, kita sediakan perapan yang digunakan untuk beri rasa lebih nikmat kepada ubi kita nanti. Hiris bawang merah ros dan bawang putih. Biji ketumbar kita tumbuk
Tumbuk pakai lesung. Letak garam secubit dua. Serbuk kunyit masuk sekali! Mohon jangan gunakan serbuk ketumbar, kerana ubi kita akan jadi gelap. Tak cantik.
Nampaknya ubi kita dah empuk. Nasib baik air tak kering semasa kita sedap menumbuk tadi. Kalau kering, alamat ubi kayu kita jadi kayu arang. Kenapa nak kena rebus dulu?
Sebab ubi rebus lebih menyerap rempah. Ubi rebus tu kita tos, rehatkan sekejap biar sejuk dan dipotong 4. Jangan kecil sangat. Ubi ni dah empuk kalau potong kecil, nanti dia mudah berderai.
Kemudian, campurkan bawang merah, bawang putih dan bumbu tumbuk tadi ke atas ubi. Kemudian, gaulkan semua bahan ni dengan tangan. Biar tangan kuning tak apa. Jangan otak kuning.
Bolehlah ni. OK biar ubi ni diperap dalam 10-20 minit. Biar ubi serap sikit rasa rempah tu. Sebenarnya, kalau kau orang nak ubi ni pedas pun boleh. Letak serbuk cili sikit.
Dah perap, maka masa untuk menggoreng! Gunakan api yang kuat. Goreng sampai ubi jadi keemasan, dan bawang jadi rangup! Oleh kerana ubi ni dah rebus, tak risau dia keras.
Lebih kurang macam ni! Saya jamin, luar rangup, tapi dalam empuk berlemak. Siap ada bau harum bawang goreng dan ketumbar. Peh! Jap kita hidang jap!
Itu dia! Tengok bawang goreng tu! Itu pelaris tu. Kadang-kadang berebut dengan orang rumah! Tak percaya? Cubalah buat dulu!
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.