Baik dewasa mahupun kanak-kanak, cukup menyayangi dan hormat dengan Tuanku berdua, termasuklah anakanda pasangan DiRaja ini.
Manakan tidak, setiap kali rakyat ditimpang masalah, pasti kelibat tuanku berdua tidak ketinggalan menghulurkan bantuan.
Sejak dahulu lagi Agong sudah terkenal dengan sikapnya yang berjiwa rakyat. Sifat itu dikongsikan bersama belahan jiwanya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sering menjadi tumpuan rakyat jelata.
Rata-rata kagum dengan sifat keperibadian pasangan diraja tersebut. Terbaru, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun menterjemahkan rasa kasih dan hormat pada Tuanku Agong dan Permaisuri dengan menghadiahkan lukisan serta surat yang cukup comel dimata Tuanku berdua.
Kisah tersebut di muat naik oleh Tuanku Permaisuri menerusi laman instagramnya.
terima kasih @ifarahahmad …. cantek sangat n the cute letter … tuanku agong suka sangat !
Demikian kapsyen yang ditulis Tunku Azizah berserta gambar bersama Tuanku Agong yang memegang surat serta lukisan hadiah daripada kanak-kanak tersebut.
Rata-rata rakyat yang membaca perkongsian tersebut melahirkan rasa terharu atas penghargaan Tuanku berdua selain turut bersetuju dengan apa yang dikongsikan kanak-kanak berkenaan.
budak2 pun syg tuanku..apetah lagi kami❤️
Sumber: airtangan_tunkuazizah