Baik dewasa mahupun kanak-kanak, cukup menyayangi dan hormat dengan Tuanku berdua, termasuklah anakanda pasangan DiRaja ini.
Manakan tidak, setiap kali rakyat ditimpang masalah, pasti kelibat tuanku berdua tidak ketinggalan menghulurkan bantuan.
Sejak dahulu lagi Agong sudah terkenal dengan sikapnya yang berjiwa rakyat. Sifat itu dikongsikan bersama belahan jiwanya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sering menjadi tumpuan rakyat jelata.
Rata-rata kagum dengan sifat keperibadian pasangan diraja tersebut. Terbaru, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun menterjemahkan rasa kasih dan hormat pada Tuanku Agong dan Permaisuri dengan menghadiahkan lukisan serta surat yang cukup comel dimata Tuanku berdua.
Ads
Kisah tersebut di muat naik oleh Tuanku Permaisuri menerusi laman instagramnya.
terima kasih @ifarahahmad …. cantek sangat n the cute letter … tuanku agong suka sangat !
Ads
Demikian kapsyen yang ditulis Tunku Azizah berserta gambar bersama Tuanku Agong yang memegang surat serta lukisan hadiah daripada kanak-kanak tersebut.
Rata-rata rakyat yang membaca perkongsian tersebut melahirkan rasa terharu atas penghargaan Tuanku berdua selain turut bersetuju dengan apa yang dikongsikan kanak-kanak berkenaan.
budak2 pun syg tuanku..apetah lagi kami❤️
khair2468 Ya Tuanku… rakyat Malaysia memang teramat sayang kepada Tuanku..❤️❤️❤️
Hasil tidak pernah menghiati usaha. Ungkapan ini seakan kita biasa mendengarnya, apatah lagi untuk memotivasikan orang lain bahkan diri sendiri juga.
Begitu juga dengan peribahasa sediakan payung sebelum hujan, sering dicanang agar kita sentiasa ada perancangan dan usaha untuk menghadapi sesuatu keadaan yang tak terduga.
Begitu juga apa yang telah dilakukan oleh seorang warga emas yang tinggal di Kampung Tebak, Terengganu telah membuat persiapan untuk berdepan dengan musim tengkujuh yang umumnya melanda negara setiap hujung tahun.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Kisahnya mempersiapkan seisi keluarganya dengan membina rumah terapung, pernah viral dan mendapat liputan media sebelum ini.
Difahamkan A Bakar Che Ahmad, 67 menggunakan usaha dan kreativiti sendiri dalam membina sebuah rumah terapung sebagai persiapan menghadapi banjir.
Dikatakan juga dia telah menggunakan sebanyak 69 biji tong plastik yang bertindak sebagai pelambung bagi memastikan rumah yang mempunyai lima bilik tersebut terapung jika banjir berlaku.
Manakala menyentuh tentang kos pembinaan rumah terapung tersebut, itu memakan perbelanjaan kira-kira RM47,000 dengan sokongan daripada tujuh orang anaknya.
Meskipun usahanya ini menerima pelbagai reaksi dan kritikan berkenaan keupayaan rumah tersebut terapung jika berlaku banjir, namun siapa sangka banjir teruk yang berlaku kini membuktikan rumah tersebut terapung dan berfungsi sepenuhnya sebagaimana yang diharapkan oleh A Bakar Che Ahmad sekeluarga.
“alhamdulillah terapung jugak rumah nie… “
Terbaharu, bekas pemandu lori itu mampu mengukir senyuman apabila rumahnya kini terapung di mana saat ini banjir sedang melanda di kampungnya terletak di Kampung Tebak, Air Putih, Kemaman, Terengganu.
Ia dapat dilihat menerusi hantaran dikongsikan oleh salah seorang anaknya di platform TikTok.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana masing-masing teruja dan kagum dengan hasil yang diusahakan oleh warga emas bersama anak-anaknya itu.
“Ayah awak seorg yang bertanggungjawab & berkat awk adikberadik kerjasama chip in utk kos buat rumah ni. alhamdulillah. definisi usaha+tawaka yg sebenar.”
“Hebat harini sudah berhasil terapung👍👍👍”
“Perghhh..tinggi air naik boh…umoh sbeloh napok tgkat ats je…bru pah tgk vdeo baru tu…mantap boh..”
Ada orang melihat nilai RM2000 itu cukup mudah untuk diadakan di depan mata, bila-bila masa diperlukan sudah tersedia di tangan. Namun berbeza sekali buat keluarga Nur Amalin Syaffah Saman, 19 tahun ini.
Baginya seakan mustahil untuk mengumpulkan wang sebanyak itu bagi tujuan melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun begitu, dia tidak duduk diam sahaja bahkan terus berusaha mencari wang dengan menoreh getah bersama ibu dan ayahnya. Sanggup meredah kebun getah dan kelapa sawit sejauh 30 kilometer (km) pergi dan balik demi mencari wang persediaan ke universiti.
Ini sepertimana memetik berita yang dilaporkan di myMetro, dengan hanya bermotosikal yang serba daif, Nur Amalin Syaffah Saman, 19, bersama bapa, Saman Mohd Din, 40, dan ibu, Azilina Zakaria, 35, melalui jalan berlecak dan berbukit untuk ke lokasi menoreh getah yang mengambil masa 30 minit perjalanan dari rumahnya di Kampung Bukit Tandak, di sini.
Dia yang tidak menghiraukan bau busuk getah sekerap atau luka di tangan akibat pisau toreh terus gigih mencari rezeki sebagai usaha mengumpul wang agar dapat menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.
Perlu Sediakan RM2000
“Saya pada awalnya mahu melupakan hasrat untuk menyambung pelajaran kerana sedar berasal daripada keluarga yang tidak berkemampuan, namun sebaik dinasihati ayah saya bersemangat untuk meneruskan pengajian demi mengubah kehidupan yang lebih baik.
“Setiap hari, bermula 7 pagi sehingga 11 pagi, saya ke kebun untuk menoreh dan disambung pula di sebelah petang pada 4.30 petang sehingga 5.30 petang. Masa saya seharian lebih banyak dihabiskan di kebun untuk membantu ibu serta ayah.
“Saya perlu menyediakan yuran pendaftaran sebanyak RM2,000, walaupun jumlah berkenaan agak mustahil untuk saya cari, sekurang-kurangnya saya berusaha,” katanya yang juga bekas pelajar Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.71.
Semalam, keluarga anak gadis berkenaan dikunjungi wakil Yayasan Raja Shamri (YRS),Tuan Zaimah Raja Omar, yang turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan kewangan selain berjanji membantu Nur Amalin untuk ke menara gading.
Nur Amalin yang juga anak sulong daripada lima adik beradik berkata, dia sudah biasa hidup dalam kesusahan malah kediamanya tidak pernah mempunyai tenaga elektrik sendiri sebaliknya menumpang elektrik di rumah saudara.
Jelasnya, selama setahun di KMKt, dia tidak mempunyai komputer riba yang biasa menjadi kewajipan seorang pelajar dan hanya menggunakan telefon bimbit selain terpaksa menebalkan muka meminjam komputer riba rakan untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
“Alhamdulillah, bagaimanapun, saya telah memperoleh keputusan cemerlang untuk dihadiahkan kepada ibu bapa dan berharap agar dapat mengekalkan kecemerlangan ini di UniSZA nanti.
“Jika tercapai hasrat saya untuk menyambung pelajaran, saya berjanji akan berusaha sebaiknya supaya mendapat keputusan cemerlang setiap semester sekali gus, memperoleh kerjaya idaman untuk membantu keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan.
“Biarlah saya berbusuk dengan getah sekerap, ‘berperang’ dengan nyamuk di hutan dan menghabiskan masa dengan bekerja demi mencapai cita-cita ke universiti,” katanya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Pelakon cantik manis ini sering berkongsi gambar dan kisah anak-anaknya di laman instagram. Terbaru, Rita Rudaini memuat naik gambar dua putera kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang selesai menunaikan solat sunat terawih pertama malam tadi.
Di dalam perkongsian tersebut, anak kelahiran Perlis ini memanjatkan kesyukuran kerana masih berpeluang menyambut ramadan dan berharap mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Dalam pada itu, dia mengakui bersyukur walaupun anaknya masih kecil, namun sudah mampu menjadi imam buat keluarga kecil mereka.
Imam terawikh kami mlm ni ajak selfie 😂 alhamdulillah..mlm ramadhan pertama utk kita smua moga di beri keberkatan…di setiap kejadian ada hikmah…selamat berpuasa smua…jgn lupa baca niat posa 😊❤️
Perkongsian Rita Rudaini itu mendapat pujian netizen. Rata-rata mengakui terharu dan gembira melihat anak-anak pelakon tersebut sudah menampakkan minat mempelajari al-Quran.
el_cavalieriSejuk mata memandang… semoga Imam kecil tu menjadi anak yang bakal menempah syurga buat Rita..❤️❤️
noraini803 Alhamdulillah rezeki rita dpt anakanda yang minat dgn Al Quran dan rajin solat…bukan semua org dpt rezeki macam ni
bielasanusi Kecik2 boleh pimpin solat jemaah keluarga.. 👏 Mabruk dunia akhirat.. Smoga Allah jauhkn dri prkara yg lalai.
sayangku_salmah Meltingnya. Semoga anak2 menjadi yg terbaik untuk Mommy.
Malah, ada yang mengakui walaupun bergelar ibu tunggal, namun Rita Rudaini berjaya mendidik zuriatnya menjadi anak-anak soleh.
Didikan ibu yang sangat baik
yus_myraaYa Allah.. Untungnya kak rita… Moga terus istiqomah dan moga kak rita sekeluarga dilindungi Allah selalu kak.. Salam ramadhan😘
meen28_2020 Allahuakbar. Rezeki yg paling berharga sis. Allah tarik sesuatu tapi Dia bagi yg lebih berharga. Tahniah sis dpt mendidik anak2 moga terus jd anak2 soleh ye abg2 encem huhu
zdhere Subahanallah, beruntungnya ada anak2 soleh. Didikan Ibubyang sangat baik. InShaa Allah balasan syurgaNya
Mak ayah jangan ajar anak minta duit raya walaupun anggap gurauan. Sudah menjadi kebiasaan ketika menjelang Hari Raya, selepas sesi kunjung-mengunjung dan bermaafan, kanak-kanak akan menerima duit raya sebagai tanda keceriaan menyambut bulan yang mulia ini.