Bukan mudah untuk membesarkan anak baik lelaki mahupun perempuan. Banyak hal yang perlu dititikberatkan. Perkongsian terbaru Aidid Marcelo tentang anak sulungnya cukup menyentuh hati.
Perkongsian itu sempena meraikan ulangtahun kelahiran, Alyea Nai Lina, anak perempuannya itu yang ke-14 pada 7 Januari lalu.
Aku dan @norziepwc kahwin 2005. Berkat nikah malam Jumaat 😝 rezeki Allah bagi kat kitorang seorang puteri 7.1.2006 lahir ke dunia bernama Alyea Nai Lina. Budak ni lah yang banyak ajar aku dan isteri istilah kehidupan sebenar, maksud kesabaran & limpahan rezeki yang meluas, Alhamdulillah. . 2007, berkat rezeki, dia ikut aku dan isteri ke tanah haram, demam 14 hari kat Mekah, mmg spend masa jaga dia jer kat sana, masyaAllah. . Kalau drive time baby, asyik muntah macam waterfall siap kena bawak bekas plastic 😭🤦♂️.
Ads
Tapi Alhamdulillah, aku syukur sangat dengan dia sebab awal2 tanpa paksaan, dia dah faham apa peranan & tanggungjawab dia sebagai seorang gadis muslim yang soon bergelar wanita. Tapi, biasalah depa ni… makin besaq makin banyak pe’el, yelah… dah makin bijak… sebab tu rasanya nak kena letak gambaq depa masa baby, pakai pampers kat bilik depa sebab nak bagi depa selalu ingat pengorbanan kita.
Apapun, aku dah bgtau kat dia. Aku x pernah paksa dia utk dapat straight A dlm belajar, tapi cukuplah sekadar dia tau balancekan ilmu sekolah, manage herself & ilmu agama. . Untuk Ana, daddy just nak bgtau yg daddy sayang sangat2 kat ana dan sentiasa doakan Ana menjadi anak yang solehah yang selalu dijaga kearah jalan yang benar. . Susah ooo nak bela anak dara ni, pening kepala hahahaha .
Ads
Saya percaya hampa pun mesti ada cerita anak pompuan hampa, cuba share. Antara yang saya rasa sama. Mandi berejam / adjust tudung sampai pecah cermin / iron baju lama gila / asyik singgah kedai skin care 🤦♂️ / takut matahari dan lain2 hahahaha Bye Ana… jangan marah… tatatititutu . Selamat hari lahir yang ke-14 🎉 🎂 🍰 🎁 . #aididmarcellofamily#aididitmyway#happybirthday
Sebelum Kepulangannya ke sisi Yang Maha Pencipta, beliau telah meninggalkan nama dalam dunia pendidikan, ilmu hasil dari penulisannya sendiri untuk manfaat orang ramai dan Negara.
Keperibadiannya amat mementingkan pendidikan, sentiasa memberi motivasi, bimbingan dan harapan bahawa semua boleh berjaya dengan adanya ilmu dan pendidikan. Demikian sisi hebat figura bernama Professor Dato’ Dr. Hussein bin Haji Ahmad.
Perjalanan terakhir arwah Professor Dato’ Dr. Hussein sebelum menemui Yang Maha Esa diceritakan oleh dua orang anaknya, Hamizah Farhana dan Haliza.
Hamizah (baju merah) bersama kakaknya Haliza
“Waktu itu, kami ingat tidak ada yang serius, malah ayah sempat menyambut hari lahir yang ke 75 dan juga melancarkan Memoir Pendakian Seorang Pendidik dengan mempamerkan buku-buku penulisan beliau sepanjang hidupnya di Dewan Serbaguna, Masjid Kampung Tunku. Waktu sambutan Hari raya Aidilfitri 2017 juga tiada sebarang petanda.
Cuma, arwah ayah lebih banyak berehat di rumah, kurang aktiviti berziarah, kurang menonton televisyen, lebih banyak ke masjid terutamanya waktu subuh dan menghadiri mesyuarat Pakatan Islam Kampung Tunku. Dalam masa yang sama, arwah selalu bangun awal pagi mengerjakan solat tahajud dan membaca al-Quran.
“Sehinggalah Ogos yang lalu, ayah demam, tak lalu makan dan sangat lemah. Waktu ini, kami adik-beradik memujuknya ke hospital tetapi ayah enggan. Sehinggkan kami terpaksa mendapatkan Pakar Kardiologi Kanan, University Malaya Specialist Centre untuk memujuk ayah ke hospital. Kebetulan doktor pakar tersebut merupakan anak kepada kawan baik ayah. Doktor tersebut juga adalah sepupu sebelah suami. Begitu cantik perancangan Allah, urusan ayah dipermudahkan kerana adanya doktor ini.
“Ayah akhirnya mengalah dan bersetuju untuk pergi ke hospital. Keadaan ayah waktu itu, sangat lemah kerana terdapat komplikasi dalaman yang serius. Doktor yang merawat ayah tidak mengalah walaupun pakar organ dalaman yang lain sudah menyerah kalah dan mengatakan tidak mampu berbuat apa-apa.
“Setiap hari, doa anak-anak yang tidak pernah putus menemani ayah bertarung melawan penyakitnya. Semasa ayah sakit, kami turut sakit, semasa ayah bertarung, kami juga berjuang sehabisnya. Kami berusaha sebaik mungkin lebih daripada pakar-pakar di Hospital, kami menjaga ayah lebih daripada jururawat yang menjaga ayah, kami berdoa lebih dari ustaz-ustaz dan alim ulama.
Pertarungan ayah adalah pertarungan kami semua. Kami bergilir-ganti menemani ayah dan memastikan surah-surah pilihan sentiasa dibacakan kepada ayah bersertakan zikir-zikir mudah untuk diikuti ayah.
“Keadaan ayah yang semakin lemah menyukarkan percakapan. Kadang kala ayah lebih banyak tidur dari sedar. Setiap kali ayah sedar, dia memberikan isyarat untuk kami menyempurnakan hajat-hajatnya.
“Walaupun susah untuk memahami kehendak ayah kerana percakapan ayah juga terganggu kerana keadaannya, kami percaya Allah memberikan kemudahan dalam melalui ujian Allah ini. Intuisi dan gerak hati antara ayah dengan kami sangat kuat.
Kami juga memahami ayah seolah-olah mahu kami menyempurnakan hajat-hajatnya yang lain yang telah dirancang sebelum ini. Satu persatu berjaya kami rungkai dan kami sempurnakan semua hajat-hajatnya secepat mungkin.
Permintaan terakhir
Setiap hari ada cabarannya, kondisi Dr. Hussein tidak menentu. Dalam situasi kesihatan yang semakin menurun, ayah pula menyuarakan kehendak untuk pulang ke rumah.
Sebagai anak, kami berada dalam keadaan yang sangat hiba, keliru dan penuh dilema sama ada ingin berusaha sedaya upaya dan selagi boleh bersama-sama doktor yang mahu menyelamatkan ayah ataupun mengikut kehendak ayah untuk pulang ke rumah dan redha atas kesihatanya yang makin merosot.
“Sebagai anak, kami ingin menghormati permintaan ayah apatah lagi tatkala melihat mata ayah yang seolah-olah merayu untuk dibawa pulang, Walaubagaimanapun doktor mohon supaya kami tidak berputus asa sehingga tiada jalan keluar. Setiap hari kami berada dalam debaran menunggu jawapan dari doktor sama ada sempat atau tidak ayah berada dalam majlis yang dirancangnya sendiri.
“Sehinggalah tibanya raya Aidiladha, kami sambut dengan penuh hiba kerana walaupun sedar ayah berada didalam keadaan tenat. Kami solat subuh berjemaah bersama ayah,dimulakan dengan mengambil wudhu menggunakan renjisan air, dibisikkan niat solat ditelinganya, diimamkan oleh abang dan disudahi dengan takbir raya aidiladha bersama ayah. Kami masih menaruh harapan yang tinggi keajaiban akan terjadi, harapan supaya ayah kembali sihat seperti sediakala
“Namun, takdir mengatasi segalanya, apabila doktor memohon maaf dan mengatakan tidak mampu untuk melakukan apa-apa lagi. Keluarga diberi pilihan untuk mengekalkan ayah dihospital atau membawa pulang. Kami mengambil keputusan untuk membawa ayah pulang ke rumah pada pukul 3 pagi sebelum majlis yang dirancangnya sendiri keesokan harinya. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami’ Jelas Hamizah yang mengatakan cucu saudara ayah yang merupakan seorang jururawat PPUM menawarkan diri untuk menjaga ayah di rumah.
Koleksi al-Quran jadi ‘rebutan’
Biarpun ada yang memantau dan menjaga arwah di rumah, namun Hamizah dan adik beradik yang lain tidak pernah lekang dari sisi ayah mereka termasuklah membantu urusan memandikan dan membersihkan insan kesayangan mereka itu.
“Semua urusan dipermudahkan. Majlis Aidiladha yang dirancang sebelum ini diadakan seperti biasa walaupun penuh sayu dan hiba. Ramai keluarga dan saudara mara sebelah ayah hadir. Walaupun rancangan hanya diadakan untuk keluarga sebelah ayah, rumah kami tetap dibanjiri saudara mara, sahabat handai ayah, jiran tetangga, pelajar dan kenalan-kenalan ayah.
“Kami percaya majlis yang diadakan berjalan penuh barakah. Kerana orang ramai hadir bersama doa yang tidak putus dan diiringi dengan ayat-ayat suci al-Quran. Kami bersyukur kerana segala hajat ayah ditunaikan oleh kami, adik beradik.
Bukan itu sahaja, seorang ustaz dari Syria hadir dan membacakan surah-surah terpilih dan ayat-ayat suci Al-quran iaitu Surah Yasin, Al-Waqiah, Al-Fajr dan diakhiri dengan doa-doa untuk memberikan ayah kebaikan dan dipermudahkan segala urusannya.
Ustaz tersebut mengatakan inshaAllah, ayah mendapat pengakhiran yang baik (husnul Khotimah) kerana terpilih didengarkan surah-surah dan ayat-ayat al-Quran sebelum pergi menemui Ilahi.
“Ayah juga sempat solat berjemaah maghrib yang diimamkan oleh abang walaupun ayah sangat tenat, kami tetap memastikan solatnya dibimbing. Selepas solat maghrib, nafas ayah semakin lemah. Saya mengajarnya shahadah sehingga nafasnya yang terakhir. InshaAllah saya yakin ayah mendapat pengakhiran yang baik.
Ayah diimamkan oleh anak lelakinya sendiri di masjid yang dibanjiri orang ramai, kami juga sempat khatam quran buat ayah pada hari pemergian ayah. Semua anak-anak, menantu dan cucu berada di samping arwah ketika pemergiannya.
Begitu cantik perancangan Allah dan segala aturan yang telah tertulis. Setiap satu kelemahan kami sebagai anak yang mungkin lalai tentang penyakit yang ditanggung ayah, segala kekhilafan dari pihak hospital dan faktor- faktor lain hanyalah asbab untuk ayah kembali kepada Ilahi bertepatan seperti janji Allah, tidak cepat sesaat atau terlambat walau sesaat. Kami redha dengan pemergian ayah, walaupun kami sangat merinduinya.
“Walaupun kami kehilangan ayah, namun ada juga tersirat disebaliknya, selain hubungan kami adik-beradik makin kuat dan rapat, kami juga lebih dekat dengan Allah. Mengaji, solat dan membaca al-Quran zikir dan sebagainya yang dilakukan sepanjang bersama ayah masih kami teruskan. Bahkan, barangan kesayangan ayah seperti koleksi al-Quran menjadi ‘rebutan’ kami adik-beradik dan ia seolah-olah ‘kawan baik ‘ kami kini,”.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berdepan dengan masalah pori-pori terbuka memang akan menampakkan kulit wajah tidak mulus.
Jika tidak diseluruh wajah, sering kali juga terjadi pada bahagian hidung. Hal ini sebenarnya boleh diatasi dengan menggunakan bahan-bahan yang cukup asas untuk dijadikan masker.
Ini sebagaimana yang diamalkan oleh Adilla Azizan, caranya cukup mudah iaitu menggunakan hanya dengan sebiji telur.
Nak tahu bagaimana, jom semak.
Ramai yang ada masalah pori terbuka luas ni kan? Tau tak? Putih telur ada banyak khasiat untuk kulit kita. Kadang-kadang petua dari dapur ni pun kena lah amalkan jugak.
Selain kecikkan pori, putih telur elok untuk cerahkan kulit kusam, tegangkan kulit dan haluskan kulit ala-ala baby.
MASKER BUIH TELUR ALA-ALA MOUSSE
Bahan-bahan :
Cara Penyediaan :
1. Asingkan putih telur di dalam bekas.
2. Pukul hingga menjadi berbuih dan likat seperti mousse.
2. Sapu rata diseluruh wajah.
3. Biarkan kering dan kemudian barulah dicuci bersih.
Ini hasilnya
Kulit terlihat putih berseri dan pori-pori wajah akan mengecil jika diamalkan secara konsisten.
Selamat datang ke dunia kesihatan perut yang mungkin tak pernah kita sangka betapa pentingnya untuk perkembangan anak-anak kita! Bukan sekadar nak elak sakit perut, ia adalah kunci utama untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan bijak.
Mari kita selami bagaimana menjaga perut mereka dapat mempengaruhi perkembangan keseluruhan mereka!
Makanan Sihat: Asas Pertumbuhan
Apa yang anak makan, akan menentukan bagaimana tubuh mereka berkembang. Makanan yang kaya dengan serat, vitamin, dan mineral bukan sahaja baik untuk pencernaan tetapi juga untuk pertumbuhan otot, tulang, dan fungsi otak.
Contoh makanan hebat termasuklah buah-buahan segar, sayur-sayuran, bijirin penuh, sumber protein dan SUSU! Dengan diet yang seimbang, anak-anak kita mendapat nutrisi yang mereka perlukan untuk membesar dengan sihat.
Perut Bahagia, Otak Ceria
Pernah dengar pepatah “Perut kedua otak”? Ini kerana kesihatan perut dan otak saling berkaitan. Apabila perut anak sihat, mereka akan lebih cergas dan fokus dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Makanan kaya dengan omega-3 seperti ikan salmon dan kekacang atau SUSU bukan sahaja baik untuk pencernaan tetapi juga untuk perkembangan otak yang optimum. Bayangkan anak-anak yang lebih pintar dan lebih mudah belajar; semuanya bermula dari usus!
Pilihlah Friso® Gold!
Buat apa nak susah-susah kalau anda boleh berikan semua khasiat dan kebaikan ini dengan hanya satu jenama susu? Pilihlah susu formula jenama Friso® Gold Tahukah anda, Friso® Gold adalah susu formula untuk kanak-kanak yang direka untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan mereka.
Ia diperbuat daripada susu lembu dan hanya melalui satu kali pemprosesan dengan Teknologi LocNutri™ untuk memelihara lebih daripada 90% nutrien di dalamnya.
Friso® Gold menggabungkan kebaikan semula jadi dengan sains untuk menghasilkan susu yang mudah dihadam dengan lebih daripada 50 nutrien penting yang membantu anak anda tumbuh lebih kuat dari dalam.
Friso® Gold mengandungi Susu NOVAS™ Signature yang mempunyai molekul kecil secara semula jadi dan struktur lembut serta bebas daripada perisa tambahan untuk memudahkan penghadaman. Selain itu, ia kini mengandungi 2’-FL untuk menyokong pertahanan semula jadi badan anak anda.
Kebaikan Friso® Gold Yang Perlu Anda Tahu!
DHA, AA, Omega 3 & 6 – Untuk merangsang pertumbuhan pembelajaran. DHA penting untuk perkembangan visual dan kognitif yang optimum. AA diiktiraf kerana peranannya dalam kesihatan dan perkembangan kognitif. Asid lemak Omega 3 dan 6 penting untuk perkembangan normal otak, sistem saraf, organ deria, dan kecerdasan.
Kalsium, Protein, Vitamin & Mineral – Untuk pertumbuhan otot dan tulang. Kalsium membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan tulang serta gigi. Protein penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan, dan pembaikan badan anak. Vitamin dan mineral penting untuk pertumbuhan dan metabolisme.
2′-FL, GOS, Nukleotida & Bifido Lactis – Membantu penyerapan nutrien penting & membina daya pertahanan badan yang kuat. GOS adalah prebiotik yang dapat membantu dengan sembelit dan lain-lain. Nukleotida dapat mempromosikan pertumbuhan gastrointestinal dan imunologi yang sihat pada anak.
Bifido Lactis penting untuk pencegahan cirit-birit serta pematangan imun dan usus. 2′-FL, juga dikenali sebagai 2′-fucosyllactose, bertindak sebagai prebiotik, membantu menggalakkan bakteria baik dalam mikrobioma usus anak yang sedang berkembang.
Nutrisi yang disasarkan ini penting untuk menyokong pematangan sistem imun dan sistem pencernaan anak semasa tahun-tahun awal pertumbuhan mereka.
Friso® Gold direka untuk memberikan nutrisi yang seimbang yang menyokong pertumbuhan kanak-kanak serta menjaga perlindungan usus perut mereka. Untung kalau anda belikan susu Friso® Gold sekarang! Sempena kempen “Berikan mereka kekuatan dari dalam untuk meneroka dunia luar”, Friso® Gold menawarkan promosi istimewa! Dengan setiap pembelian 2 unit Friso® Gold Langkah 3 atau 4 (900gm atau 1.2kg), anda akan dapat sebuah tumbler pintar secara percuma.
Yang bagusnya, ia didatangkan dengan paparan LED yang diperbuat daripada bahan anti-karat yang memastikan ketahanan dan keselamatan pengguna. Juga dapat mengekalkan suhu panas atau sejuk sehingga enam jam! *Cepat-cepat dapatkannya sementara stok masih ada.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...