Kalau sebut nama Ryan Bakery, semestinya ramai yang mengenali individu ini menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya momen-momen zaman kecil kita masa lalu.
Dengan sekali lafaz, Ryan sah menamatkan zaman bujang dan menjadi suami buat pasangannya, Elyia Ibrahim pada Sabtu.
Sebelum ini, ramai mengagumi sikap tunang Ryan Bakery yang sering dilihat membantunya dan menemani dia ketika terlibat dalam beberapa rancangan di kaca televisyen. Jadi melihatkan pasangan bahagia ini akhirnya disatukan membuatkan peminat begitu tumpang bahagia.
Majlis pernikahan pasangan itu dikongsikan menerusi beberapa penguna media sosial termasuk adiknya sendiri, Adam bakery.
Ryan segak mengenakan sepersalinan baju melayu putih lengkap bersongkok dan bersamping dipadankan dengan Elyia yang manis berbusana baju kurung moden.
Meninjau di ruangan komen perkongsian adiknya, rata-rata mengucapkan tahniah buat Ryan bakery dan pasangan. Malah, ada juga yang mengusik bertanyakan giliran adiknya untuk naik pelamin.
Sumber : Adam Bakery