Bubur Cha Cha Homamade. Wanita Ni Kongsi Idea Guna Bakul Je Tak Perlu Alatan Tradisional Pun Jadi Bentuknya. Mudah Sangat!

Share

Hidangan pencuci mulut bubur cha cha ini sejak zaman berzaman memang enak rasanya. Sesuai dijamu untuk dinikmati ketika waktu petang bersama seisi keluarga. Biasanya untuk membuat bubur cha cha atau ada juga yang menamakannya sebagai bubur gandum, kita akan membeli tepung cha cha yang segera.

Namun sebenarnya kita boleh sahaja membuatnya sendiri dengan cara dan teknik yang cukup mudah seperti yang dikongsikan oleh Cahaya Jannah dengan menggunakan resipi dari arwah Toknya.

Jadi tidak perlulah tiba-tiba perlu pergi ke kedai untuk membeli tepung cha cha segera andai tiba-tiba terasa teringin menikmati bubur yang enak ini.

Nak tahu resipi dan langkah untuk membuatnya, ini perkongsian penuh daripada Cahaya Jannah. Selamat mencuba.

Nak share dengan korang… Bubur caca Terengganu atau nama lain bubur gandum. Resepi ni dari arwah Tok saya. Kita tak ada tapisan traditional nak buat bentuk bubur ni, so kita ambil sahaja bakul yang ada dekat rumah ni sahaja. Asal boleh.

Resepi :
2 cawan gandum
1 sudu teh kapur
Air
(Campur semua bahan tu, adunan lebih kurang nak buat jemput-jemput jangan terlalu cair atau pekat..agak-agak sahaja)

Cara Buat :

  1. Guna bakul ni nak tekan-tekan adunan tadi untuk jadi bentuk bubur caca tu.

2. Bubur yang dah ditekan tu kita masukkan dalam air panas yang mendidih. Bubur ni akan timbul bila sudah masak.


3. Tadaaa…. Sejat dalam bakul dulu.


4. Masak santan dan gula melaka atau nissang. Masukkan daun pandan jugak untuk harum mewangikan dia. Dan siap!

Sumber : Cahaya Jannah via MAHN