
Teh apabila dicampur susu akan menjadi minuman yang cukup digemari ramai, sama ada diminum sejuk sebagai Teh Ais atau pun diminum panas menjadi minuman Teh Tarik. Minuman ini sering menjadi pilihan khususnya bagi gulungan dewasa tiap kali menikmati hidangan di restoran, gerai malah di hotel lima bintang sekali pun.
Namun apa yang paling pasti, keenakan rasa minuman ini terletak pada lemak manisnya. Jika tidak pakar mengadun rasa, kenikmatan meneguk secawan teh tarik tidak dapat dinikmati. Dan percayalah, setiap antara kita punya cara dan petua untuk memastikan minuman teh susu ini kaw rasanya.
Ini sebagaimana perkongsian Miya Aira berkongsi petua bagaimana toknya menyediakan minuman ini dengan cara yang tersendiri. Nak tahu lanjut, jom ikuti perkongsiannya itu.
“Sapa peminat teh ais kaw2..Petua tok kami Kalau nak teh ais rasa lemak kaw2,sedap berkrim, tak payah bancuh tapi masak atas dapur”
Dan ini langkah demi lamngkah untuk menyediakannya.
1.Masukkan air kosong dalm periuk dan masak hingga mendidih (kuantiti air agak2 banyak mana awk nak)
2. Selepas itu masukkan teh ( 3 uncang) dan renihkan sehingga 5 minit.
3. Buang uncang teh tersebut.
4. Kemudian barulah tambah susu cair dan susu pekat,masak hingga berbuih dan mendidih.
5. Sesuaikan rasa dan sentiasa kacau.
6. Akhir sekali wajib tambah garam untuk rasa lemak-lemak berkrim.
sumber : Miya Aira Via MAHN
Mudah Nak Buat Agar-Agar Santan Pandan. Cepat Dan Sedap!

Memandangkan cuaca yang tengah panas sekarang,memang sedap elok la resepi agar-agar santan pandan kami berikan kepada anda untuk mencubanya. Bila dah buat, simpan dalam peti bagi sejuk, makan pada waktu panas.Aduh sangat melegakan tekak kan.
Untuk dapatkan hasil yang menarik, kami beri beberapa tips untuk anda cuba dalam resepi ini.
1: Pastikan air mendidih dan jangan campurkan apa-apa bahan selain daripada agar-agar bertali itu dulu. Kacau dan masakkan hingga semua agar-agar bertali hancur sebati bersama air barulah masukkan bahan lain seperti gula dan santan.
2: Untuk dapatkan hasil agar-agar santan yang menarik dan sekata, pastikan anda tapis dulu sukatan pada peringkat akhir sekali sebelum sejuk bekukan.
3: Untuk resepi ini ianya menggunakan perasa pandan.Jika anda mahukan gunakan kisaran pandan, kisar 6-7 helai daun pandan dan selepas itu ambil 1 cawan air pandan. 1 cawan air pandan itu ditolak daripada jumlah air yang digunakan dalam sukatan resepi.Kalau 3 1/2 cawan air kosong, jadi hanya guna 2 1/2 cawan air kosong dan 1 cawan lagi air kisaran jus pandan. Faham kan.
Untuk agar-agar jenis ini, seeloknya gunakan agar-agar jenis bertali dan bukannya serbuk agar-agar.
Bahan Resepi Agar-Agar Santan :
10 gram agar-agar bertali
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair ( 1/3 santan pekat dan 2/3 air )
1 biji telur ayam
3 1/2 cawan air
1 cawan gula
1/2 sudu teh garam
2-3 helai daun pandan
beberapa titik pewarna hijau
beberapa titik perasa pandan (pandan essence)
Cara Penyediaan Resepi Agar-Agar Pandan :
#1: Basuh bersih agar-agar bertali dan ketepikan.Didihkan air kosong sahaja dan bila mendidih, masukkan agar-agar dan kacau sebati hingga larut. Barulah tambahkan gula,daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, santan pekat .Masak hingga bahan sebati.
Sementara tu, kacau telur dengan santan cair hingga sebati. Barulah tuangkan dalam periuk tadi dan kacau hingga mendidih untuk beberapa minit. Tutup api,keluarkan daun pandan dan tapiskan dalam bekas. Sejukkan di luar dan bila dah tak panas, barulah masukkan ke dalam peti sejuk dan sejukkan lagi untuk 2-3 jam.
Bila dah siap baru lah boleh dikeluarkan dan potong ikut bentuk yang anda mahu. Memang senang je resepi agar-agar santan. Sedap betul makan waktu panas.
Selamat mencuba!
Sumber: Tuan Hasrul Danish via Resepi Kek & Puding
Letak Tepi Singki Tunggu Cair Cara Lembutkan Daging yang Beku Rupanya Salah, Boleh Undang Bakteria!

Kebiasaannya, bagi ibu-ibu yang bekerja, pulang sahaja ke rumah, mula menyibukkan diri di dapur. Hendak menunggu ayam dan daging lembut mengambil masa yang agak lama. Daging terutamanya mengambil masa yang agak lama untuk benar-benar lembut.
Selain mengeluarkan daging daripada tempat beku pada awal pagi, sebelum keluar bekerja, sebenarnya salah. Ini yang dikongsikan menerusi page Public Health Malaysia.
Mungkin ada yang meletakkan daging/ ayam beku di singki pada waktu pagi… dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk daging beku cair dan boleh dimasak.
Kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah , jika dibiar lama diluar adalah syurga buat kuman dan bakteria. Untuk keselamatan, letakkan daging beku di ruangan peti sejuk (bukan beku) seharian atau gunakan fungsi defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak.
Selain kaedah di atas, ada cara pantas untuk melembutkan daging ini.
Caranya:
1. Terbalikkan periuk yang pertama.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
Ektra Tip, Cara Empukkan Daging:
- Ketika memasak daging, hanya masukkan daging ke dalam periuk atau kuali tanpa air dan biarkan ia masak sendiri. Daging mengeluarkan airnya sendiri dan ia akan lebih cepat masak.
- Ketika menggoreng daging atau merebus, letakkan sedikit serbuk perasa seperti ajinomoto ke dalamnya. Sangat membantu!
- Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit. Toskannya hingga kering dan masak seperti biasa dengan api kecil.
- Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.
- Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.
- Cara lain, boleh juga carik-carikkan daun pisang dan masak sekali bersama daging.
Cipta Hubungan Mawaddah Dalam Rumah Tangga, Wanita Ni Kongsikan Rahsianya!

Membina satu rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan warohmah perlulah lebih istiqomah. Suami isteri harus sama-sama mencapai kesepatan untuk membina rumah tangga yang bahagia dan harmoni.
Kuncinya bagaimana? Wanita yang menamakan dirinya NadiaNozula HIJAB berkongsi satu tip dan rahsia yang diperolehi daripada seorang ustaz. Jom kita cuba amalkan cara yang dikongsikannya.
RAHSIA BESAR MENCIPTA HUBUNGAN MAWADDAH DI DALAM RUMAH TANGGA
Ya, rahsia besar yang tak ramai orang tahu, terutamanya pasangan suami dan isteri. Izinkan saya kongsikan sedikit RAHSIA BESAR ini. Tak lama, hanya pinjam 5 minit sahaja untuk membaca.
Baru baru ni waktu saya balik Johor, saya berpeluang bertemu dengan seorang Ustaz, iaitu Ustaz Sadini.
Ustaz Sadini merupakan seorang bekas doktor dan berkahwin dengan anak dari Mufti Brunei. Tutur kata memang begitu menenangkan jiwa yang mendengar setiap tazkirah yang keluar dari mulut nya.
Sempat saya bertanya pada dia,
“Macamana nak buatkan suami mendengar nasihat dan pendapat isteri? Sebab macam yang kita tahu, ramai suami diluar sana yang meletakkan ego di depan sekali bila buat apa apa keputusan di dalam rumah tangga”
Ustaz Sadini jawab,
“Sebelum tu saya nak tanya, pernah tak kamu mendoakan angota badan suami kamu?”
Ustaz Sadini pandang semua yang hadir,dan tanya lagi pada yang lain,
“Ada doakan anggota badan suami? Suami pulak, ada doakan untuk anggota badan isteri?”
Ustaz Sadini pandang saya semula, menunggu jawapan. Ahhh sudah! Apa nak jawab? Sebab saya tak paham maksud soalan tu.
Tapi saya jawab juga, “Saya biasa doakan suami saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat, minta supaya ALLAH permudahkan setiap usaha suami mencari rezeki, menjadi suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab”
Ustaz Sadini :
“Baik. Saya tak cakap benda tu salah yer. Cuma kurang betul. Kurang betul sebab pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara 1 sama lain. Tapi tak ramai pasangan buat perkara ni. Sebab tu kurangnya hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga”
Persoalannya,bagaimana nak mendoakan anggota tubuh badan pasangan secara specific?
Di sini saya kongsi kan yerrr.
1. Pegang tangan suami/isteri kita,usap tangan nya sambil baca
Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a’zabannar,
Habis baca sambung,
YA ALLAH, BERKATI TANGAN SUAMI/ISTERIKU AGAR DIGUNAKAN KE JALAN YANG BAIK, DI HARAMKAN DARI API NERAKA
Pelik? Yer, kami semua yang hadir pun tercengang. Doa makan? Itu yang Ustaz Sadini bagitau, ramai ingat doa makan di baca ketika makan sahaja. Sedangkan banyak fungsi doa makan tu, untuk minta apa saja yang kita ada diberkati ALLAH.
2. Ulang perkara yang sama di setiap anggota badan pasangan kita.
3. Ketika isteri hamil, baca kan juga doa tersebut, sambil lekapkan tapak tangan di perut isteri.
4. Ketika sedang bersama, lekapkan tapak tangan di dada suami/isteri dan bacakan doa tersebut, minta hatinya di berkati ALLAH dan tidak terpikir langsung untuk berbuat perkara yang tidak di sukai. Minta diharamkan hatinya dari api neraka.
ALLAHUUU, saya yakin ramaiiiii sangat yang tak tahu perkara ni kan? Pernah doakan tak anggota tubuh pasangan kita?
5. Dan yang terakhir ustaz Sadini kongsikan, ketika suami bawa balik sekampit beras. Waktu di tuang ke dalam tong beras, pegang butiran beras tu sambil bacakan juga, Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a’zabannar.
Doa agar setiap butiran beras tu diberkati oleh ALLAH SWT.
Saya izinkan kalian SHARE, agar lebih ramai mendapat ilmu kecil, yang merupakan salah 1 RAHSIA BESAR mendapatkan hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga.
Kredit: NadiaNozula HIJAB