Menjadi suami yang hebat adalah apabila dapat memberikan kegembiraan buat isteri. Bukan sahaja wang ringgit tetap layanan yang baik kepada isteri tentu sudah memadai. Dengan hubungan yang baik ini, sekali gus akan mencetuskan rumahtangga bahagia.
Perkongsian lelaki ini, Akhtar Syamir begitu sweet untuk membuatkan para isteri bahagia. Boleh cuba ni!
Tip kebahagiaan paling simple dalam dunia. Buatlah apa yang isteri suka selagi ianya tidak memudharatkan atau membebankan. Itu sahaja.
1. Isteri suka bila kita buat dia tergelak ketawa dan menggembirakan dia.
➡️ Buatlah lawak sekali-sekala, biar hambar pun takpe, asalkan mencuba. Kalau susah sangat, geletek je.
2. Senyum kat isteri. Paling mudah nak buat.
➡️ Bila-bila pun boleh buat. Lepas balik kerja, sebelum pergi kerja, lepas dia mandi, lepas dia bersiap untuk ke mana-mana. Senyum tu bagi banyak makna yang baik. Senyumlah semanis yang boleh kat isteri kita.
3. Ciumlah isteri semasa keluar dari rumah.
➡️Sebelum keluar kerja atau sebelum keluar rumah nak pergi mana pun, ciumlah isteri dahulu. Isi bateri kecintaan dalam hati dia sebelum meninggalkan dia.
4. Perkara paling dilupakan. Pegang tangan isteri.
➡️ Seringkali anak-anak dijadikan alasan. Tak perlu lama pun, bila jalan kat luar tu, curi-curi kejap pegang tangan dia. Pasti senyum meleret dia sorang diri lepas tu.
5. Pujilah isteri.
➡️ Lepas dia masak, “sedap”. Lepas dia bersiap, “cantik”. Masa pillow talk, “puji kebaikan dia”. Rumah baru dikemas, “pandai sayang kemas”. Tak susah pun.
6. Ucaplah terima kasih.
➡️ Waktu berbuka tiba, lauk pauk penuh atas meja. Ucaplah terima kasih. Baju seluar dah siap dibasuh dan digosok untuk dipakai, ucaplah terima kasih. Anak-anak lengkap berpakaian berpakaian bersih dan cukup makan di rumah, ucaplah terima kasih. Isteri keluar bekerja untuk bantu suami? Ucaplah terima kasih.
7. Peluk isteri.
➡️ Isteri sendiri, dah sah, dah halal. Kenapa kita jarang peluk? Isteri sangat suka kalau kita peluk dia dari depan atau belakang. Yang secara tiba-tiba tu lagi best. Tambah pulak dengan bisikan manja kat telinga dia. Mesti dia seronok. Tapi kena hati-hati. Jangan masa dia pegang pisau kat dapur. Kalau dia terkejut, bahaya…
8. Ucap sayang kepadanya.
➡️ I Love You. 3 je perkataan ini. Sebutlah. Isteri suka. Bukan dia tak tahu anda sayang dia. Tapi dia suka bila diingatkan selalu yang ada insan yang menyayanginya.
9. Ambil tahu.
➡️ Jika isteri bekerja atau di rumah, cuba call atau whatsapp tanya dia dah makan ke atau tanya dia ok ke tak? Kita tak tahu mungkin masa tu dia stress sangat dan perlukan sesuatu untuk menenangkan dia. Tak mustahil 1 mesej dari suaminya bakal membuatkan dia tersenyum.
10. Bantu isteri buat kerja rumah.
➡️ Tak suruh ambil alih semuanya. Cukup sekadar mudahkan urusan dia. Tolong basuh pinggan ke, sidaikan kain ke, buangkan sampah ke, tolong masak ke. Cuba amalkan. Pasti anda dapat sepuluh bintang !
Kenapa pentingnya buat semua ni? Supaya isteri kita gembira. Isteri yang gembira bakal membuatkan satu keluarga itu gembira. Bagus kan?
Terutamanya pada hari ini. Hari Ibu. Hargailah isteri dan ibu kita. Tunjukkan kasih sayang pada mereka.
Selamat Hari Ibu buat semua. Terima kasih atas segalanya.
i.