Dek kerana ramai yang menggemari masakan Thai, tentunya menu Tom Yam yang mempunyai rasa masam-masam pedas menjadi pilihan dijadikan sebagai menu untuk berbuka puasa di bulan Ramadan ini.
Rasanya yang tersendiri dengan aroma daun limau purut, serai dan beberapa ramuan herba terpilih, membuatkan kuah tom yam tidak jemu dimakan. Selain tom yam biasa di masak dengan campuran ayam, daging, seafood atau sayur, tom yam ikan siakap juga tidak kurang hebat rasanya.
Jadi apa kata anda mencuba resipi ikan siakap tomyam yang dikongsikan oleh Noor Hafiza Mohamad.
Menurutnya, menu yang disediakan mendapat pujian suaminya dan disamakan seperti macam makan di kedai makanan Thai. Jadi usah tunggu lagi, apa kata anda sediakan menu ini dan dapatlah seisi keluarga menikmati keenakan rasa hidangan yang anda sajikan.
Kalau korang nak try tom yam ikan, ini resipinya:
Ads
Bahan utama: serai 4 batang hiris, separuh sumbat dalam ikan, lengkuas 1/2 inci hiris, bawang putih 4 ulas hiris, 1 akar ketumbar ketuk. Masukkan air dan didihkan.
Cara memasaknya :
Masukkan 2 sudu besar pes tomyam, kacau-kacau. Tutup periuk dalam 5 minit.
Ads
Gunakan pes jenama ni. Paduuu. Masukkan sos ikan sedikit. Kalau takda pon ok jer. Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. Sis guna gula perang / nisan. Barulah ori Thai
Ads
Dah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili)
Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.
Siap dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak payah sayur dah. Dalam tomyam dan banyak sayurnya.
Tak sangka, rupanya boleh tanam cili dengan menggunakan biji benih dari cili kering. Sue Haiza berkongsi idea tersebut menerusi grup Berkebun Untuk Beginner.
Tanam cili daripada biji benih dari cili kering? 🤔🧐 boleh ke?? jawapannya..boleh dan inshaAllah..hidup subur dan berbuah elok seperti pokok cili dri biji benih yg lain 😌
Saya dh cuba. skg ni dh 5-6 pokok yang berbuah lebat. saya rasa ramai dh yg cuba dan berhasil👍😘mgkin ada yg berpendapat cili hasil biji benih ni xberapa pedas. ya betul. saya pun rsa mcm tu . tp xpe.
Asal namanya cili dan subur serta berbuah,dh cukup membuatkn hati saya hepi dan ingin berkongsi dgn semua 🥰🥰
so, ini khas utk yg belum tahu&ingin mencuba untuk bercucuk tanam,tp masih ragu2🥰 cuba lah..xperlu beli biji benih tpi msih boleh bercucuk tanam. inshaAllah, kita akn dpt kutip hasil tgn kita sndiri nanti 🥰
Langkah untuk tanam cili :
1. sediakan pasu&tanah.
2. siram sedikit air pada keseluruhan permukaan tanah.
3. masukkn biji benih (tabur).
4. kemudian,ambil sedikit tanah,tabur pada permukaan biji benih td untuk menutup biji benih. tutup dgn tanah sedikit shj. jgn byk ya.
5. siram sekali lgi.
6. siap.
jgn lupa siram setiap hari dan baja kn
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam usaha untuk memberi penghargaan kepada pembaca Keluarga dan Pa&Ma, satu pertandingan Himpunan Cita-Cita dan Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma anjuran Majalah Keluarga telah berjaya diadakan secara virtual.
Ini sejajar dengan norma baharu selepas negara dilanda dengan wabak Covid-19 hingga memberi sedikit kekangan untuk mengadakan program seperti tahun-tahun sebelumnya.
Pertandingan Himpunan Cita-Cita anjuran Majalah Keluarga bermula 1 hingga 27 November. Manakala Bakat Cilik Tik Tok anjuran Pa&Ma ini telah berlangsung pada 1 hingga 30 November lalu.
Walaupun pertandingan secara virtual ini julung kali diadakan, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan sokongan ibu bapa juga cukup bagus.Bagi kedua-dua pertandingan ini, pemenang dipilih oleh juri jemputan yang menilai dari pelbagai aspek termasuklah kreativiti masing-masing, costume yang digaya, editing video dan sebagainya.
Jadi pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik dan bertuah kerana berjaya menambat hati semua juri.
Bagi pertandingan Himpunan Cita-Cita, hadiah tempat pertama dimenangi oleh Nurlisha Humaira Bt Shahrom, tempat kedua, Wan Mu’az Zhafran bin Wan Saiful Anuar dan tempat ketiga, Ameera Sausan Lazaar binti Abdessamad Lazaar.
hadiah tempat pertama dimenangi oleh Nurlisha Humaira Bt Shahrom,Pemenang tempat kedua, Wan Mu’az Zhafran bin Wan Saiful AnuarPemenang tempat ketiga, Ameera Sausan Lazaar binti Abdessamad Lazaar.
Untuk like tertinggi yang dipilih oleh followers Majalah Keluarga, Nurlisha Humaira Bt Shahrom menjadi pilihan ramai.
Sementara itu, bagi pertandingan Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma, sebanyak tiga hadiah utama diberikan iaitu Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga serta lima hadiah saguhati termasuk satu hadiah khas iaitu Peserta Favourite.
Pemenang Peserta Favourite.
Bagi tempat pertama dimenangi oleh Lee Xue Ying, tempat kedua, Muhammad Danish dan tempat ketiga, Farish Nurhan.
Juara Lee Xue Ying,tempat kedua, Muhammad Danish yang diwakili ayahnya.tempat ketiga, Farish Nurhan.
Manakala lima hadiah saguhati pula dimenangi oleh Lyn Qaisara, Wan Khayrah Farzana, Nur Qaseh Qhairiena, Wan Nur Hannah dan Hiteshrao Subramaniam. Bagi peserta favourite yang dipilih berdasarkan Like tertinggi pula dimenangi oleh Lyn Qaisara.
Dengan penganjuran pertandingan seperti ini, Pa&Ma dan Keluarga berharap akan terus dekat di hati rakyat Malaysia walaupun tidak dapat turun padang bermesra dengan pengikut setia buat masa sekarang.
Kemenangan ini juga dianggap platform untuk peserta menyerlahkan bakat masing-masing ke peringkat seterusnya dan berjaya mencapai impian.
Bercucuk tanam pun perlu ada ilmunya, barulah tamaman yang di tanam walau sekdar suka-suka dapat hidup dengan sihat, merimbun dan berbuah lebat.
Contohnya dalam menanam pokok limau purut ini. Ada banyak ilmu yang boleh ‘digali’ melalui pembacaan dari perkongsian Pyan Sempoy dan Mohd Amri. Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
Tips untuk menumbuhkan banyak tunas & cabang baru pokok limau..apa2 jenis limau dan pokok yang lain pon boleh ikut cara ni..
Potong ranting separuh atau ikut suka nak potong panjang mana..pastu buang daun kat hujung-hujung bekas potong tu..
Banyak mana nak buang ikut suka jugak ya..lagi banyak daun yang dibuang lepas pangkas, lagi banyak tunas baru akan keluar nanti..
Kalau cuma pangkas tapi tak buang daun, yang tumbuh mungkin 1-2 tunas sahaja..
Tak percaya?? boleh try sendiri..3 gambar ni sebagai bukti.
Manakala meninjau perkongsian Mohd Amri turut dijelaskan keistimewaan pokok limau purut yang nyata banyak manfaatnya dan turut berkongsi cara menanamnya.
Limau Purut atau nama saintifiknya “C. Paeda Miq”.
Sedikit perkongsian berkaitan dengan limau purut. Setiap kejadian ada kebaikan alami yang Allah jadikan, patut kita bersyukur dan kagumi.
1. Daun Limau Purut:
Boleh merawat badan letih atau lemah, serta badan berbau.
Bagi badan yang lemah atau letih, ambil dua genggam daun limau purut dan direbus di dalam tiga liter air. Biarkan mendidih selama sepuluh minit. Selepas itu, ambil dan masukkan ke dalam air mandian untuk digunakan semasa mandi.
Bagi badan yang berbau pula, boleh ambil tujuh helai daun dan ditumbuk lumat, gaulkan dengan sedikit madu lebah, jadikan bulat-bulat kecil satu biji waktu pagi, dan satu biji waktu malam sehingga bau badan hilang.
2. Buah Limau Purut:
Boleh merawat selsema, amandel, demam campak, ruam, batuk, kelemumur dan rambut berbau.
Bagi mengurangkan selsema atau demam, boleh ambil sebiji limau purut lalu dipotong dan diperah airnya, masukkan ke dalam air sederhana panas atau suam dan terus minum.
Bagi amandel (tongsil bengkak), boleh ambil buah limau dan diperah airnya dan dicampur dengan air perahan kunyit (kunyit dari rizom). Kunyit kena tumbuk lumat untuk dapatkan airnya. Kemudian, campur air perahan limau, air kunyit dengan sesudu madu. Amalkan sekali sehari.
Bagi demam campak, boleh ambil sebiji buah limau dan dipotong dua, dibakar hingga kulitnya berwarna hitam. Setelah buah sejuk, gosok pada bahagian yang sakit dengan buah tadi.
Bagi yang kerap batuk, boleh perah air limau purut dan campur dengan sedikit madu dan terus diminum.
Dan bagi yang bermasalah rambut berbau, boleh ambil kulit buah limau dan parut, perahkan airnya lalu disapu pada kulit kepala. Biarkan lima belas minit, dan bilas dengan air biasa. Jika kelemumur pula, ambil sedikit air perahan buah nenas, sedikit perahan air buah limau purut dan sedikit santan segar, campurkan. Jadikan sebagai syampu dua hingga tiga kali seminggu.
Kaedah Penanaman:
Bagi saya yang tiada ruang yang besar atau lebih tepatnya rumah taman, saya hanya menggunakan pasu yang dibeli dari Mr. DIY. Penggunaan tanah hitam sawit dicampur dengan cocopeat serta sekam padi bakar sebagai medium.
Pembajaan saya menggunakan baja TPF. Seminggu sekali akan disembur dengan BIO BOOSTER untuk menggalakkan pertumbuhan pokok. Lihat sahaja pada setiap hujung tangkai pokok saya akan dipenuhi dengan buah limau purut walau ditanam di dalam pasu.
Kawalan serangga pula, saya menggunakan cuka kayu dan strex secara berselang seli dan berkala. Ingat, daun limau purut sangat digemari oleh ulat.
Jom, tanam pokok limau purut di tepi rumah. Walaupun ianya mengambil masa untuk membesar, tapi memudahkan kita bila perlukannnya.
“Ada manfaat, ada kebaikan, kita sebarkan”.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.