Menarik juga untuk kita buat sendiri seluar kecik, seluar dalam atau boxer untuk anak perempuan kita. Pilihan corak dan material lebih pelbagai untuk kita hasilkan. Sekali gus menjadikan ianya cukup istimewa.
Jadi buat anda yang ada mesin jahit di rumah, jom kita mulakan projek jahitan kali ini untuk menghasilkan seluar boxer untuk anak perempuan kita.
Di sini dikongsikan pola dan langkah demi langkah untuk anda fahami cara membuatnya yang dikongsikan oleh Asfaniza Nieza.
Suka dak tengok comel2 ni. Ok pada yang bertanya macam mana nak sambung boxer (girls).. bole tengok di dalam ni ada cara macam mana sis jahit. Mudah sangat.
Bole try buat untuk anak sendiri. Guna kain knit cotton, cotton lycra, knit jersey dan seangkatan dengan kain tshirt.
Cara buat :
1. Potong 2 keping ikut pola dan 2 kepingan kecil.
2. Dah siap potong, tandakan seperti di dalam gambar.
3. Yang bertanda pensil mesti di tengah ye.
4. Mula jahit sekeping dahulu.
Ads
5. Bila jahitan sampai di bahagian bertanda, pusingkan ke bawah dan jahit habis.
6. Siap sebelah dah jahit sebelah lagi.
7. Jadi begini dan ingat jangan ketap dengan gunting yang bertanda tadi, nanti mudah pecah…biar saja.
8. Kemudian jahit lagi sekali kepingan kecil yang lagi satu. Jahit seperti dalam gambar.
9. Ok sambung lagi sebelah.
Ads
10. Tolak masuk kain tu biar duduk di tengah.
11. Macam ni dan jahit sebelah lagi.
12. Dah siap jahit boleh tarik keluar.
13. Ta da ..jadilah macam ini. Ini sebelah dalam.
Ads
14. Ini sebelah luar.
15. Ok dah siap sambung boleh jahit tepi dulu ye.
16. Kemudian jahit yang tepi ..jahit sebelah sahaja dulu.
17. Ambil getah, kalau guna getah macam ini kurangkan ukuran getah 2 inci dari ukuran pinggang. Tanda tengah-tengah getah.
Baru tiga hari umat Islam menyambut ramadan, keluarga ini menerima khabar duka bila mana anak yang hilang sejak 42 hari yang lalu ditemui meninggal dunia.
Tanda tanya kehilangan Ahmad Farid Ahmad Alaudin, 19 akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui orang awam di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, jam 12 tengahari semalam.
Menurut kakak arwah, Nur Syafiqa Alaudin, kali terakhir dia melihat arwah adalah pada 13 Mac yang lalu.
“Tiada kelakuan ganjil dari arwah tetapi kebelakangan ini, dia solat agak lama berbeza seperti lazimnya. Arwah juga ada meminta dibelikan baju Melayu berwarna putih dan hajatnya itu sudah disempurnakan serta arwah sempat menggunakan sekali baju berkenaan.
Sementara itu, seorang lagi kakak arwah, Ain Alaudin turut memuat naik menerusi facebook mengenai kisah kehilangan adiknya yang akhirnya ditemui dalam keadaan yang sayu.
Kami lima beradik, dia paling bongsu. Dia tak ramai kawan. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai belajar pun tetap tak ramai kawan. Dia bukan seorang yang kaki lepak kaki rempit atau sosial. Bukan dia orangnya.
Kali terakhir melihat kelibatnya pada 13 Mac 2020 lebih kurang jam 8.30 malam. Arwah minta izin kat ayah ibu nak ke kampung kawan sekerja di Tangkak. Ayah dan ibu dengan izin melepaskan arwah pergi. Dua hari kemudian ibu telefon tapi tak di jawabnya. Ibu bersangka dia baik-baik saja.
Pada Isnin 16 Mac 2020. Pagi, ibu telefon Ijam (sepupu) yang sama tempat kerja, sebab nak tau keadaan arwah..pastinya arwah tak datang kerja. Kebiasaannya walau macam mana lambat dia tetap balik rumah. Bila dah telefon kawan sekerja yang berasal dari Tangkak tu rupanya mereka tak jadi ke Tangkak malam tu. Selidik punya selidik rupanya arwah ke Ampang seorang diri. Kawan dia di Ampang adalah orang terakhir yang jumpa dengan arwah. Lebih kurang jam tiga lebih pagi arwah gerak dari Ampang untuk balik ke Melaka mengikut kata kawan arwah di Ampang.
Aduan polis telah di buat sehari sebelum PKP. Usaha kami untuk mencari arwah pada mulanya di Hospital Ampang kerana waktu berita kehilangan arwah ditular, ramai yang wasap..telefon untuk bagitahu penemuan yang arwah kemalangan. Aida (kakak arwah) keluar masuk turun naik Hospital Ampang dan Hospital Seremban untuk buat pengecaman mangsa kemalangan tanpa indentiti tapi tetap tak jumpa. Aida dalam perjalanan balik sepanjang perjalanan memang memandu kereta dengan sangat perlahan sambil memerhatikan di bahu jalan kalau-kalau terjumpa bangkai motor, yang pastinya memang tak jumpa apa-apa.
.
Hari berganti minggu Minggu berganti bulan Selepas empat puluh dua hari Dua ramadhan Akhirnya terjawab kehilangannya..
Anggota dari Balai Polis Durian Tunggal datang ke rumah jam 4 petang tadi untuk maklumkan berita penemuan mayat di kilometer 281-282 (anggaran) Highway Nilai – Seremban lebih kurang jam 12 tengahari oleh Peronda Plus. Arwah dibawa ke Hospital Seremban untuk proses bedah siasat. Dijangka Isnin kami akan ke Hospital Seremban untuk menjemput arwah pulang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan terdekat.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. .
Kaum hawa memang terkenal dengan sifat multitasking berbanding lelaki. Otak mereka itu sentiasa ligat berfikir serentak dengan pergerakan. Ye la, waktu masak la nak jaga anak, fikir baju dalam mesin basuh tak sidai lagi, kiranya memang kena lah orang panggil super mom!
Tapi, sedar tak mak mak semua, bukan takat waktu sibuk je otak ligat fikir untuk buat itu ini, rupanya waktu berehat pun otak kita ni aktif juga tau!
Pernah hadapi situasi bila suami isteri duduk berehat tengok tv, si suami diam je menonton, tapi si isteri time tu la scroll cari barang online, tengok resipi itu ini, siap sempat panggil anak nak tanya itu ini. Sampai suami buka mulut, ‘nak tengok tv ke nak sembang?’ Opps!
Nak tahu apa perbezaan otak lelaki dan wanita ketika berehat? Jom ikuti perkongsian dari Dr Taufiq Razif di laman Facebook miliknya ini.
Cuba tengok perbezaan gambar otak lelaki dan otak wanita semasa mereka sedang BEREHAT.
Otak laki ni kalau tengah rehat, memang dia rehat habis. Kalau otak perempuan, kalau tengah rehat pun dia akan aktif.
Sebab tu wanita ni kalau tengah stress atau tengah penat, mulut akan makin laju bercakap. Kadang makin dia penat makin dia banyak menyembang.
Laki pulak annoying. “Eh awak bukan kata nak rehat ke? ” terpinga pinga si isteri sebab memang itulah cara KEBANYAKAN WANITA berehat. Kebanyakan tau, bukan semua.
So jangan marah isteri kita kalau lepas dia dah urus anak anak atau baru habis mengemas dapur tu dia duduk sebelah kita, dia bukak handphone sambil scroll Shopee tapi mulutnya terkumat kamit cerita bab zaman silam, zaman lampau, isu semasa, cerita muda mudi, cerita jiran sebelah dan bermacam lagi cerita.
Sebagai lelaki dan suami mithali, buat buatlah dengar sekalipun tak masuk otak pun apa yang dia sembangkan. Bagilah walau anggukan kecil sekalipuan tanda kita menghargai luahan hati si dia. Sesungguhnya ianya akan sangat membantu si dia untuk berehat dan ‘release tension’ dia kerana mendengarkan perbualan dan luahan hati pasangan adalah sejenis Listening Therapy.
Taufiq Razif
Suami bertelinga besi dan waja
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila ada ulser di dalam mulut akan menyebabkan rasa tidak selesa, sakit, pedih serta sukar untuk makan, minum malah bercakap pun payah.
Memahami dan mengenal pasti punca penyebab lepuh atau ulser mulut ini juga terasakan penting agar ianya dapat dielakkan.
Nak tahu detail, ikuti perkongsian daripada Dr Ahmad Samhan ini. Semoga bermanfaat.
9 FAKTA TENTANG ULSER MULUT
1. Ulser mulut juga dikenali sebagai serawan, guam, atau “mata ikan” ini adalah luka pada mukosa mulut. Biasanya terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan juga di permukaan lidah.
2. Ulser boleh timbul kerana stress,kekurangan zat makanan, kurang rehat atau tidur, keadaan mulut yang kotor,perubahan hormon,jangkitan virus dan kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah.
3. Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Sivakama Sunthari, berkata ulser atau pecahan pada rongga mulut tidak sembuh lebih dua minggu perlu dirawat bagi mengesan jika keadaan itu adalah simptom awal kanser mulut.
4. Kanser ‘squamous cell carcinoma’ (SCC) adalah barah paling kerap berlaku di dalam rongga mulut, iaitu 90 peratus daripada kes semua kanser dalam mulut.
5. Tips mengelakkan dari terkena ulser mulut adalah minum air 2 liter sehari,urus stress dengan baik,tidur secukupnya,berus gigi selepas makan,pastikan gigi palsu bersih,hindari fake braces,makan sayuran/buah(tinggi vitamin) dan berhenti merokok.
6. Kanak-kanak kurang dari 16 tahun ditegah dari menggunakan bonjela. Bonjela mengandungi Salicylic Acid. Salicylic Acid adalah kandungan dalam ubat yang dinamakan Aspirin(ubat cair darah).
7. Medicines and Healthcare products Regulatory Agency (MHRA) telah mengeluarkan amaran ini sejak 2006, Aspirin boleh menyebabkan risiko Reye Syndrome. Satu komplikasi yang boleh menyebabkan kegagalan hati, kerosakan otak dan kematian.
8. Untuk kanak-kanak kurang 16 tahun, disarankan menggunakan ubat-ubatan yang mengandungi Hyaluronic Acid seperti Aftamed Gel, Aloclair Gel, Aloclair Spray dan Oral 7 gel.
9. Selain itu, rawatan seperti berkumur dengan air garam, berkumur dengan antiseptik dan guna gel aloe vera juga digalakkan.
Sumber : Dr. Ahmad Samhan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...