Pesona bibir seorang wanita akan nampak lebih berseri bila mana dioleskan dengan lipstik, lip gloss, lipsmatte atau pun memilih menggayakan liptint. Andai dibiarkan polos, bimbang juga wajah akan terlihat tidak bermaya.
Menyentuh tentang lip tint, sebenarnya lip tint ini mempunyai tekstur berbentuk cecair atau gel dan mousse. Lebih ramai gemar menggunakan lip tint ini kerana ciri-ciri istimewa yang ada padanya.
Pun begitu andai ada ingin mencuba menghasilkan sendiri liptint ini, bolehlah sediakan sediri dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di dapur. Bukan sahaja mudah dan jimat kos, menariknya juga bolehlah kita hadiahkan kepada anak-anak perempuan kita yang suka sangat main ‘makeup-makeup’.
Nak tahu apakah bahan dan bagaimana cara penyediaannya, jom semak perkongsian daripada Fatin Lee ini.
“Nak keluar, tapi liptint dah habis. Nak tak nak terpaksa DIY sendiri. Guna bahan yang ada kat dapur je.”- Fatin Lee
Ads
BAHAN-BAHAN:
✔ Pewarna makanan (mek ten guna sirap) ✔ Madu (melembabkan bibir) ✔ Botol liptint
Ads
Nak keluar liptint dah habiss.Terpaksa DIY sendiri. ?Cun jugak kaler nya. Bibir pun rasa lembab sebab ada madu.
Pasti ada antara kita yang menghadapi masalah baju berbintik-bintik hitam kan? Ketahuilah itu sebenarnya kulat yang tumbuh pada baju akibat baju tersebut tidak kering atau lembap.
Dah basuh banyak kali pun masih tidak hilang? Jangan risau , kami ada petua untuk korang hilangkan bintik hitam tersebut. Ikut cara ini :
1. Campur cuka dalam setengah liter air
2. Rendam pakaian yang berbintik hitam ke dalam air campuran cuka semalaman.
3. Keesokannya, cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa.
4. Sediakan air panas yang dah dicampur dengan limau nipis.
5. Bilas pakaian dengan air suam hangat campuran limau nipis tadi.
6. Biar pakaian anda seketika dalam air suam campuran limau nipis.
7. Kemudian, cuci kembali guna sabun atau detergen
8. Bilas guna air bersih
9. Kemudian, jemur sampai kering
Info
Asid pada cuka dan limau nipis dipercayai boleh menghilangkan bintik hitam atau jeragat hitam pada pakaian.
Tip elak bintik hitam pada pakaian
Kalau anda seorang yang kuat berpeluh, pastikan baju tersebut terus dicuci. Jangan biarkan terperuk dalam bakul.
Selepas cuci baju, jangan biarkan hingga dua atau tiga hari baru dijemur. Siap cuci terus jemur tau!
Pastikan baju yang dijemur kering dengan betul, jangan angkat selagi baju tidak kering.
Sumber mynewsvibes
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ikan sememangnya cukup sensitif apabila disimpan lama di dalam peti sejuk. Sifatnya yang berbau hanyir dan mudah kecut membuatkan isinya tidak lagi sedap dimakan jika disimpan terlalu lama.
Namun ada caranya yang ibu patut tahu untuk mengekalkan ikan ini disimpan lebih lama daripada tempoh biasa anda menyimpannya. Jangan terus dibuang ikan ini sebaliknya cuba langkah ini. Caranya mudah sahaja. Cuba tip yang diberikan ini.
Rendam Cuka
Rendaman cuka antara cara yang boleh memulihkan ikan untuk kembali segar. Caranya mudah sahaja, keluarkan ikan daripada peti sejuk dan rendamkan dengan air seketika. Kemudian tuangkan sedikit cuka ke dalam air rendaman ikan dan biarkan seketika.
Rendam Susu
Ini pula cara buat ikan hilang hanyirnya malah kembali segar. Sebaik dikeluarkan daripada peti sejuk, rendamkan dengan air dan letakkan sedikit susu. Biarkan seketika dan lihat hasilnya.
Garam & Kunyit
Tip ini juga boleh dicuba. Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit kemudian gaulkan rata.Simpanlah di dalam bekas bertutup. Cubalah sekarang.
Jangan Siang Ikan
Ada yang berpendapat ikan tidak seharusnya disiang terlebih dahulu agar ia kekal segar. Simpan ia ke dalam bekas dan biarkan di dalam peti sejuk.
Bekukan Seperti Ais Batu
Ini menarik. Sebaik ikan disiang dan dibersihkan, letakkan ikan di dalam bekas dan penuhkan ia dengan air sehingga menutup semua ikan. Biarkan beku.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada ramai wanita yang takut-takut untuk mencuba beberapa makanan yang selalu dianggap jahat. Bimbang badan naik gara-gara kolesterol dan kalori makanan itu yang tinggi. Sebenarnya setiap makanan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Jadi rugilah kalau mengelak daripada mengambil satu-satu jenis makanan itu.
Empat jenis makanan ini antara makanan yang sering menjadi pilihan kita dalam menu harian namun seringkali menjadi satu ketakutan untuk memilihnya. Usah takut kerana banyak khasiat tersembunyi di dalamnya. Namun berpada-padalah.
1.Daging
Ada dikalangan kita yang tidak makan sumber protein lain selain daging, tiba-tiba anda diminta berdiet tanpa daging, tentulah seksa jadinya. Ubahlah pemikiran anda. Daging walaupun tinggi kolesterolnya tetapi mengandungi protein yang tinggi serta nutrisi lain yang sangat diperlukan wanita seperti zat besi, zink dan juga vitamin B12.
Jika anda penggemar steak, potongan “lean cuts” paling disarankan kerana dalam daging steak ini mengandungi kurang dari 4.5 gram lemak. Pilihlah steak ‘sirloin’, ‘tenderloin’ dan ‘top round’. Hindarilah steak T-Bone, dan ‘prime rib’ yang mengandung lemak dan kalori 2 kali lebih banyak. Pilihan daging bakar atau direbus yang kemudiannya dicicah bersama air asam menjadi variasi sihat untuk anda mengambil daging ini dengan selamat. Pastikan anda mengambilnya dalam kuantitinya yang sedikit.
2. Susu
Ramai wanita hari ini tidak mahu makan susu dan deretan produk tenusu lain, kalau adapun jumlahnya boleh dibilang dengan jari. Mengapa? Susu bukan makanan menggemukkan jika tahu cara pengambilannya. Malah susu juga kaya kalsium yang bertindak menguatkan gigi dan tulang terutama bagi wanita yang sudah berusia .
Lebih hebat lagi, susu mencegah terjadinya osteoporosis atau kereputan tulang, mencegah darah tinggi dan juga melawan obesiti. Jika anda tidak mahu menerima susu sepenuhnya sebaiknya jamahlah makanan berasaskan susu seperti aiskrim dengan susu dan krim karemel lain yang rasanya lebih menyelerakan. Elakkan susu pekat manis dan pilihlah yang rendah lemak dengan kalori hanya 80 kalori sahaja. Sebagai santapan bijirin pula, coklat panas dan susu rendah lemak antara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anda.
3. Kekacang
Kacang paling ditakuti wanita dengan alasan berlemak dan juga penyebab masalah jerawat. Soalnya benarkah kenyataan ini? Memang benar kacang mengandungi lemak yang tinggi namun lemak tidak tepu ini sebenarnya bertindak mengurangi risiko terkena penyakit jantung. Malah kacang juga dapat menurunkan berat badan anda kerana kandungan lemaknya mampu membuat anda berasa kenyang dari terus mengambil makanan ringan lain yang berisiko menambahkan berat. Malah kacang juga mengandungi magnesium dan dapat mengurangkan masalah senggugut wanita setiap bulan.
Kacang jenis apa yang paling disarankan? Makanlah jenis kacang apa sekalipun kecuali makanan yang sudah diproses daripada kacang seperti kacang tumbuk dan sebagainya. Pengolahan rasa kacang ini akan membuat tubuh mengumpul lebih banyak lemak, malah magnesium yang terkandung di dalamnya juga akan terhapus.
4. Telur
Ramai wanita menghindari diri dari makan telur kerana berpendapat telur memiliki kandungan kolesterol yang tinggi. Kajian membuktikan kandungan lemak tepu yang terdapat dalam telur sebenarnya diperlukan untuk perkembangan jantung. Sebiji telur mengandungi 5 gm lemak dengan kandungan lutein yang baik untuk penjagaan mata. Telur yang direbus pastinya lebih baik dari yang digoreng kerana kandungan minyaknya yang tinggi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di