Lingkaran gelap bawah mata adalah sesuatu yang biasa terjadi bila seseorang kurang tidur dan ia menampakkan wajah kelihatan lesu dan tidak bermaya. Selain menggunakan alatan kosmetik untuk menutupi atau memudarkan kesan gelap bawah mata, anda juga boleh amalkan petua ini dengan menggunakan bahan yang lebih alami.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Faarihah Kadir berkongsi rahsia untuk mendapatkan kulit lebih sihat dan dapat membantu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Nak tahu lanjut, jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan ini.
KULIT SIHAT CANTIK DAN GLOWING DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN DARI DAPUR
Hai uolls, hari ni ai nak share satu tips untuk dapatkan kulit glowing hanya menggunakan bahan dari dapur sahaja.
Bahan bahan yang digunakan
1 . Timun
2. Madu
3. Air bersih
Cara cara untuk buat ice cube ni ada pada setiap gambar. Tips ini penting untuk menghilangkan lebam bawah mata dan kulit muka yang bersih glowing dan sihat .
Step 1 : Kisar timun
Step 2 : Masukkan madu dan air ke dalam pengisar
Step 3 : Kisar dengan lumat
Step 4 : Kisarkan bahan bahan tersebut sehingga lumut dan masukkan ke dalam peti ais dan bekukan .
Siap. Selepas dibekukan ready untuk kulit glowing, sihat dan bersih.
Gosokkan selama 10minit dan bilas dengan menggunakan air bersih. Amalkan setiap malam.
Sumber : Faarihah Kadir
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club