Munguruskan kerja kahwin untuk anak yang bakal mendirikan rumah tangga, memang bukan kerja mudah. Apatah lagi andai ini majlis  kahwin pertama kalinya diadakan dalam keluarga kita.

Tentu banyak benda perlu diurus, dan itu bermakna banyak juga kos yang perlu ditanggung oleh keluarga pengantin.

Dari sebesar-besar perancangan seperti menentukan jumlah tetamu, pilihan menu dan hinggalah dalam hal dulang hantaran sekali pun perlu difikirkan dan dipastikan berapa bajetnya.

Menyedari hal itu, apa kata bakal mak pengantin menyediakan sendiri gubahan dulang hantaran untuk anak tercinta.

Menurut perkongsian daripada Nauf Safuan, setiap dulang hanya bermodalkan RM 19 sahaja, namun nampak begitu mewah dan bergaya.

GUBAHAN HANTARAN BAJET RM19 SEDULANG

IKLAN

Buatkan Je Hantaran Perkahwinan Anak Begini. Cantik & Murah Je Kosnya!

Untuk gubahan kali ni sangat sangat mudah dan murah. Sebab pengantin yang request nak bunga macam ni. Aku gubahkan jer.

Buatkan Je Hantaran Perkahwinan Anak Begini. Cantik & Murah Je Kosnya!

IKLAN

1st aku guna bunga baby breath. 1 Jambak bunga ni RM30 boleh gubah 2 dulang hantaran kalau gubahan jenis bunga penuh. Kalau buh sikit sikit boleh buat 3-4 dulang.
Aku beli bunga ni kat Petal Floral Puchong. Korang boleh google Petal Floral ni ada beberapa cawangan. Jadi boleh beli kat sana.

Buatkan Je Hantaran Perkahwinan Anak Begini. Cantik & Murah Je Kosnya!

2nd aku guna bunga kekwa atau spesis chrysanthemum. 1 batang RM1.50 jer. Untuk 7 dulang aku pakai 6 batang bunga.

IKLAN

Buatkan Je Hantaran Perkahwinan Anak Begini. Cantik & Murah Je Kosnya!

Untuk gubah bunga hidup ni.Aku guna span basah. Span basah berbeza dengan span kering. Span kering tak menyerap air. Span basah menyerap air. Kenapa kena guna span basah? Supaya bunga tu boleh hidup. Kalau tak layu bunga tu nanti.

Untuk 7 dulang hantaran pakai 4 span basah. 1 span RM2 jer.

Sebelum gubah. Rendam span basah tu dalam 30minit. Lepas tu sebelum gubah. untuk elak dulang basah. Atau barang hantaran basah. Elok balut atau lapik span tu dengan plastik atau aluminium foil. Lepas tu baru start gubah.

Sumber : Nauf Safuan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI