Buat ‘Wet Food’ Kucing Sendiri, Lagi Puas Hati Dan Jimat! Guna 4 Bahan Sahaja, Kos Tak Sampai RM20

Share

Bagi yang ada memelihara haiwan, pasti anda tahu kos yang diperuntukan setiap bulan untuk si bulus ini. Kos seperti makanan, pasir, vet dan lain-lain boleh mencecah ribuan ringgit jika si bulus sensitif dengan persekitaran kediaman kita.

Namun itu semua bukanlah ukuran kerana menjaga si bulus ini seumpama menjaga keluarga sendiri. Kemanjaan mereka sangat menarik hati lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih bujang, memelihara si bulus ini umpama menjaga anak.

Merekalah teman apabila anda pulang ke rumah dan merekalah penghibur anda dikala kesunyian.

Bagi anda yang cerewet soal pemakanan kucing anda, pasti anda inginkan yang tebraik buat mereka. Isu makanan bukanlah baru kerana apabila makanan yang diberikan tidak sesuai, habislah keguguran bulu di manja itu.

Seorang pengguna Facebook bernama Lina Ramlan, dia memilih untuk menghasilkan sendiri makanan untuk si bulus, sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaannya.

Menurut wanita itu, wet food yang dihasilkannya hanya memakan belanja kurang RM20 dan hanya menggunakan beberapa bahan mudah sahaja.

Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan:
1. Ikan tongkol, tuna atau ayam
2. Lobak merah
3. Agar-agar (jenis serbuk atau bertali

)
4. Vitamin Kucing

Cara-cara:
1. Bersihkan ikan/ayam, kemudian rebus dalam periuk sehingga masak.


2. Asingkan isi ikan/ayam daripada tulang. Jika menggunakan ikan yang lebih kecil, boleh sahaja kisarkan ia bersama tulang, kemudian tapis.


3. Kemudian, kisarkan juga isi ikan/ayam tadi bersama lobak merah menggunakan air rebusan. Guna jenama ini paling mudah nak kisar.


4. Tuangkan adunan yang hancur ke dalam periuk yang berisi lebihan air rebusan. Hidupkan api dan masak seketika.


5. Kemudian, masukkan pula separuh paket agar-agar, separuh lagi boleh disimpan untuk minggu seterusnya. (1/2 agar-agar

untuk 1 kilogram ikan/ayam)


6. Masak adunan ikan/ayam tadi bersama agar-agar dan air rebusan.


7. Tuang kesemua adunan itu ke dalam bekas. Tunggu sehingga ia suam.
8. Sekadar opsyen, anda juga boleh letakkan sedikit vitamin kucing. Sebaiknya sukat 0.5 mililiter (ml).

Tak susah kan? Jadi apa tunggu lagi, jom cuba buat makanan kucing sendiri di rumah!

 

Selamat Mencuba!!!!