Sebut sahaja wasiat, boleh kata ramai antara kira faham mengenainya. Pun begitu memberi gambaran atau senario jelas bagaimana keadaannya bila wasiat dibacakan dan manfaatnya, ayuh kita baca perkongsian daripada saudara Najmi Nawawi ini.


Macam ini, cuba bayangkan. Ahli keluarga dikumpulkan. Maka dia (peguam) datang dan bacakan wasiat. Bayangkan apabila wasiat dibaca. Pada permulaannya.

“Wahai anak-anakku, adik-beradikku dan dan saudaraku yang lain. Jika kalian mendengar ini, pastinya aku sudah tiada lagi bersama kalian….”

IKLAN

(tangisan kedengaran)

“Aku sangat mencintai kalian semua, adik jangan gaduh dengan kakak. Tolong bantu ibu dan jaga ibu. Abang belajar rajin-rajin…”

(tangisan makin sayu)

“Aku harapkan dengan bacaan wasiat ini, kalian menerima dan bersetuju seadanya. Janganlah kalian bergaduh dan berebut harta peninggalan ini. Ingatkah kalian pada zaman kita masih kecil dulu…”

(semua ahli keluarga menangis rindu)

“Ingin juga aku ingatkan kalian pada hadis baginda….”

Pada akhir bacaan wasiat, barulah peguam akan minta kata persetujuan. Lalu dipandang ahli keluarga satu per satu, dan mereka angguk tanda bersetuju. Selesai.

Kan lebih mudah.

IKLAN

Semua ahli keluarga dapat dengar hajat dan permintaan terakhir arwah. Dalam suasana yang baik, semua keluarga berhimpun, mendengar kata-kata arwah dibaca oleh peguam sendiri.

Ianya ialah satu suasana yang sangat berbeza. Percayalah.

Pastinya tiada yang sampai hati tidak bersetuju dengan harapan dan hajat arwah yang terakhir. Jika adapun yang mahu melawan.

Sanggupkah mereka melawan hajat terakhir arwah dan seolah-olah melupakan sahaja tangisan isteri dan anak tadi.

Begitulah, indahnya Islam, membenarkan wasiat kan.

Sekarang untuk diri kita sendiri yang masih bernafas. Masih hidup, masih pergi kerja dan balik kerja. Kerja kuat untuk mencari rezeki. Kita perlu ingat. Kita perlu bersedia, kerana kematian itu tidak mengira usia.

Zaman sudah berubah. Sekarang kita hidup dalam zaman ekonomi yang tersangat menekan. Sudah-sudahlah dengan ayat.

“Ini semua dunia, tak bawa mati pun.”
“Tak payah wasiat sangat, harta bukan banyak pun.”
“Kita hidup lagi kan, kenapa la nak fikir jauh sangat.”
“Buat apa buat wasiat, kena bayar membazir duit je.”

Kerana kita perlu sedar realiti. Orang sanggup buat apa sahaja pada zaman sekarang untuk harta dan duit. Ya, sanggup buat apa sahaja.

Kita buat wasiat bukan kerana risau ahli keluarga kita jahat. Tetapi kita lakukan kerana kita sayang mereka. Kita lakukan kerana kita cintakan mereka.

Kita mahu mereka semua dapat teruskan kelangsungan hidup dengan bahagia. Ikatan yang terus terjalin dengan cinta dan sayang.

Kerana hakikatnya, kita semua manusia yang fitrahnya suka pada kedamaian dan ketenangan.

Aku pun, pada mulanya memang tidak faham bagaimana wasiat berfungsi. Tetapi lepas aku dengar sendiri penerangan dari sepupu aku ini. Membuatkan aku faham kenapa pentingnya wasiat.

Sepupu aku ini, Irfan Ronie seorang peguam syarie yang telah membaca dan membentangkan wasiat kepada begitu banyak keluarga.

Katanya juga, ada 3 bahagian yang paling penting perlu masuk dalam wasiat.

1. Kita beritahu ahli keluarga siapa yang akan dilantik untuk uruskan harta kita, pembahagian dan sebagainya. Boleh lantik isteri seperti contoh.

2. Kita beritahu ahli keluarga juga siapa yang akan jadi pemegang amanah harta yang turun kepada yang masih dibawah umur.

3. Kita beritahu ahli keluarga dimana semua hutang kita. Bukan semua hutang kita ada dalam rekod bank. Begitu juga dengan hutang akhirat.

Lepas selesai tiga perkara ini barulah boleh dibaca pecahan harta mengikut wasiat yang kita mahu buat. Begitulah.

p/s: Berwasiatlah. Ia sebagai panduan dari kita untuk memudahkan urusan ahli keluarga setelah perginya kita nanti. Kita sayang keluarga kan.

Tag pasangan anda. Baca dengan hati. Sama-sama fikir dan rancang yang terbaik untuk masa depan keluarga ya.

sumber :  Najmi Nawawi