
Walau dijelmakan dengan bajet yang ekonomi, diakui rekaan rak yang diilhamkan oleh Nurfarhana ini cukup istimewa. Malah apa yang lebih menarik, untuk menghasilkannya Nurfarhana tidak menggunakan drill dan dengan ini sesiapa pun boleh membuatnya.
Untuk mengetahui lanjut jom ikuti perkongsian langkah demi langkah dan bolehlah dijadikan inspirasi untuk anda memberi gaya baharu pada rak yang sedia ada di rumah. Selamat mencuba.
Deko Bajet Cara Saya
Hi, harini saya nak share sikit hasil deko rak saya yang diberi nafas baru tanpa menggunakan drill. Saya just guna super glue gel dengan glue gun saja sebab itu je pun yang ada kat rumah.
Idea saya cedok sikit-sikit daripada pinterest. Alhamdulillah rasa puas dapat deko macam yang kita impikan tapi dengan bajet yang minimum. In shaa Allah next nak letak kaki pula untuk rak ni (perlu ada drill).
Semoga dapat memberi manfaat kepada kawan-kawan.
Barang-barang dari:
Shopee
Ikea
Kaison
Mr Diy
Before deko…
Saya beli 8 keping design panel macam dalam gambar ni, 8 keping lagi plain board saja.
Guna super glue untuk lekatkan.
Storage box ukuran 33x38x33cm. Perlukan 8 juga.
Nanti kena lekatkan panel dekat storage box tu.
After lekatkan guna glue gun.
Shelving unit ni from shopee. Rak ni macam ala-ala ikea and rasa ukuran pun sama. Tapi harga jauh lebih murah.
Panel board from shopee. Untuk panel ni, saya mintak seller custom size ikut ukuran rak (33.5cmx33.5cm). Design ada macam-macam boleh pilih je. Actually, panel ni ialah hanging room divider. Tapi saya taknak hanging so saya jadikan panel ni untuk cantikkan rak saya.
Furniture handle & knob from shopee. Search je ada macam-macam jenis ikut suka design yang macam mana.
Storage box from ikea. Drona nama dia. Ada macam-macam design and corak. Storage box ni memang size dia dah fit dengan rak tu.
Cedok sikit idea from pinterest. Search je “Kallax Hack”.
Sumber : Nur Farhana
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Saya Mahu Teman Hidup, Ada Isteri Urus Makan Pakai.” Hanya Sekali Lafaz, Fendy Bakry Selamat Diijabkabul!

Dalam diam-diam pelakon berkulit hitam manis ini selamat diijabkabulkan bersama pasangannya semalam. Fendy Bakry kini bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Ayu.
Pernikahan Fendy yang berlangsung pada malam tadi (Ahad) mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai kekasih atau kisah cintanya.
Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri bernikah selepas waktu Isyak di sebuah dewan di Setia Alam, Shah Alam yang hanya dihadiri kira kira 30 orang keluarga terdekat masing masing.
Dalam majlis pernikahan tersebut, Fendy menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3008 beserta lima dulang hantaran manakala pengantin perempuan membalas tujuh. Bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Fendy sebelum ini melangsungkan pertunangan secara ringkas pada bulan Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana pandemik Covid 19.
Dalam satu kenyataan, pelakon ini berkata, bukan tidak mahu mengundang ramai jemputan termasuk pihak media, tetapi terbatas dengan prosedur operasi standard (SOP).
“Keluarga masing masing pun sepakat teruskan yang wajib dulu. Nak jemput ramai pun takut ada yang terlepas pandang dan terasa hati. Jadi kita dahulukan yang mana perlu dan penting.
“Ikutkan rancangnya nak nikah Januari depan. Tapi kita percepatkan benda baik. Nak tangguh lagi pun buat apa sebenarnya kerana kita tak tahu ke depan nanti bagaimana pula jadinya.
“InsyaAllah selepas ini, majlis resepsi juga akan dibuat cuma belum ada tarikh tepat. Mungkin juga tahun depan kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan pun diteruskan sampai hujung tahun ini,” katanya.
Pasangan ini dikatakan saling mengenali kira-kira tiga tahun lalu di Festival Teater Kebangsaan di Kedah. kepribadian Ayu yang mengambil berat dan mendahulukan keluarga dikatakan faktor yang memikat hati Fendy untuk lebih mengenali dan akhirnya memilih wanita ini sebagai suri hatinya.
“Salah satu perkara yang mencuri perhatian saya terhadap isteri adalah sifat keperibadiannya. Dia tak kisah bersusah payah untuk saya selain keluarga. Ketika saya berdepan dengan masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu, dia antara yang tak berkira mahu membantu. Susah nak jumpa orang sepertinya,” katanya.
Memilih persalinan berwarna kuning pada hari bahagia, Fendy berkata, dia berasakan usia sekarang sudah dilihat cukup matang untuk hidup berumah tangga.
“Saya mahukan teman hidup, lagipun pembantu peribadi sudah tidak bersama saya lagi. Sampai masa ada isteri menguruskan makan pakai.
“Jika terjadi apa-apa, ada isteri boleh uruskan,” kata pelakon Mr Grey ini lagi.
Dia dalam pada itu turut berkongsi berita gembira tersebut di ruangan instagramnya.
Bismillah..
Alhamdulillah dengan sekali lafaz abam score weh!!!
Terima kasih buat adik beradik semua yang datang ke majlis kecil kami.. InshaAllah majlis resepsi akan menyusul kelak.. Untuk masa sekarang abam mewajibkan yang mana perlu di dahulukan..
Jangan risau.. akan abg jemput semua media dan kawan2 yang selalu support abg.. takkan ada rsvp ok.. heeee
.
Gambar lain, nanti la abam update.. Malam nie kena rest awal… tak elok kena embun.” tulisnya di kapsyen.
View this post on InstagramA post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on
Peminat Teruja Tengok Neelofa Guna ‘Baby Carrier’, Rupanya Begini Posisi Gendongan Bayi Yang Betul, Jurujual Ini Kongsikan Caranya.

Setelah pengacara dan usahawan Neelofa memuat sekeping gambar sedang menggendong bayinya, ramai peminat teruja.
Melihat Bilal kelihatan selesa berada di sampingnya ibunya membuatkan ada peminat bercadang untuk menggunakan gendongan sebegitu.
Sebenarnya fungsi ‘baby carrier’ atau kain gendongan bayi adalah untuk memastikan bayi baru lahir berasa selamat berada dekat dengan ibunya. Ia bagaikan seakan berada di dalam rahim ibu.
Oleh kerana bayi masih kecil pemilihan pemakaian gendongan ini selamat perlu dititikberatkan kerana ketika ini tulang bayi baru lahir masih lembut.
Sebagaimana perkongsian seorang jurujual ini, berkongsi teknik yang betul penggunaan baby carrier untuk memastikan bayi selamat dan selesa.
Alert teknik yang betul gendongan bayi
Setiap kali ada artis terkenal bawa baby pakai baby carrier, maka berduyunlah orang nak tiru juga.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
“Penat Memang Penat, Puas Menangis.” Ibu Ni Kongsi Tip Ajar Anak Perempuan Autisme Solat, Haid & Tutup Aurat. Inspirasi!

Membaca kisah pengalaman ibu mahupun bapa yang memiliki anak autisme sedikit sebanyak memberi ‘keinsafan’ buat diri kita. Bagaimana tabah dan kuatnya mendepani cabaran dalam menguruskan dan mendidik cahaya mata mereka.Mereka adalah satu anugerah buat suami isteri, bukan calang-calang orang yang dipilih oleh Sang Pencipta dalam menelusuri ujian tersebut. Pastinya hanya mereka yang benar-benar terpilih dan sesuai dengan kemampuan mereka.
Puan Syahirah Omar antara wanita bertuah tersebut dan dia sering berkongsi kisah cahaya mata kesayangannya ini sejak dahulu lagi menerusi laman facebooknya.
Bahkan, ibu kepada 3 cahaya mata ini mengakui sedari awal sudah membiasakan diri anak-anak untuk berdikari. Termasuklah anak perempuannya yang disahkan autisme. Terbaru, ibu ini berkongsi pengalaman dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar buat anak perempuannya itu terutama dalam hal menutup aurat, penjagaan semasa datang bulan dan sebagainya.
Saya nak kongsi dengan semua pengalaman saya membesarkan anak autisme perempuan. Anak saya sudah remaja sekarang dan masih jauh perjalanan hidup dia.
Saya ingat lagi,
Waktu dia kecil ramai yang cakap saya degil, kepala batu. Tapi saya fikir panjang untuk anak saya. Jadi saya persiapkan diri dia. Selain usahakan bantu dia dari segi speech dan terapi cara kerja, ini antara yang saya usahakan untuk dia. Kecil saja usaha saya. Bukan kerana usaha saya pun dia lebih baik sekarang. Semua Allah yang izinkan.
Rutin urus diri sendiri
1. Rutinkan dia untuk urus diri. Bangun pagi, sebelum ke tandas, ajar dia kemas katil dan siapkan baju untuk dipakai sebelum keluar mandi. Dari dia kecil walaupun tak faham, tapi saya memang ajar dia setiap hari. Gunakan social story, explain secara bergambar dan verbal. Tunjuk cara yang betul.
Jadi bila dah dirutinkan, dia bangun sendiri awal pagi, uruskan diri sendiri, kemas bilik sendiri, baju kotor pun masukkan dalam mesin basuh sendiri.
Ajar tutup aurat sejak kecil
2. Ajar dia menutup aurat sejak kecil. Memang struggle sangat dia nak pakai baju waktu kecil dan dia akan menangis teruk bila pakaikan tudung. Tapi bila saya buat brushing dan saya rutinkan dia pakai menutup aurat Alhamdulillah bila dah besar sangat mudah untuk dia jaga aurat dia. Dengan cousin pun dia pakai tudung.
Salam dengan orang yang perlu sahaja
3. Ajar dia salam orang yang perlu saja. Saya dari kecil dah ajar dia untuk tidak bersalam selain daddy, adik lelaki dia, atuk dia. Lain dari tu saya terus ajar tak perlu salam. Hanya lelaki dalam keluarga dia ni saja dibenarkan.
Bila dirutinkan begitu mudah bila dia dah besar.
Ajar solat
4. Saya ajar dia solat walaupun waktu tu dia masih nonverbal. Banyak method saya cuba. Akhirnya saya ajar dia solat guna cermin besar. Slowly saya ubah cermin tu bila dia dah tahu solat. (Membantu untuk dia lihat sendiri pergerakkan diri setiap rakaat ). Tak sempurna tak apa. Perlahan-lahan dia belajar.
Bila besar dia memang orang pertama yang akan ambil wudhu dan kelam kabut nak solat berbanding saya yang normal ni.
Period Kit persediaan sebelum haid
5. Untuk persediaan sebelum datang haid, saya social story sejak dia berumur 8 tahun. Saya siapkan period kit, dan ajar dia apa yang perlu dia buat kali pertama nampak red spot. Social story bergambar ( saya lukis) sangat membantu, dan saya prompt dia cara cuci pad, semuanya saya buat sejak dia 8 tahun. Dia dah period tahun lepas, Alhamdulillah. Tenang sangat dia handle sendiri.
Setiap dari kita ujian berbeza
Apa saja yang baik untuk anak, terus rutinkan. Berdoa minta Allah permudahkan urusan dan jangan pernah putus asa.Setiap dari kita ujian berbeza. Tekanan, support system, financial, semua berbeza.
Penat tapi ingat Allah sentiasa ada
Penat memang penat. Nangis memang puas menangis. Tapi ingat Allah sentiasa ada. InsyaAllah bila mereka besar, semuanya lebih mudah.
Saya ada ramai kawan anak autistik mereka semuanya dah besar panjang. Saya tahu bila anak dah besar ni, ujian kami berbeza. Tetapi boleh dikawal dan sudah dalam fasa bertenang. Ada situasi boleh dikawal, ada situasi kami redha.
Terima keunikan anak
Saya bangga betul lihat pencapaian anak mereka. Sebab saya sendiri lihat mereka sangat berusaha gigih waktu anak masih kecil.
Sementara saya masih ada, saya cuba bantu anak supaya boleh urus diri sendiri dan cuba sesuaikan diri dalam dunia realiti. Saya terima keunikkan dia, mana yang dia boleh tolerate dia buat. Yang tak boleh dia beritahu dia tak mampu. Anak saya sampai sekarang struggle juga dengan bau, bunyi kuat walaupun dah besar ni. Tapi dia dah pandai kawal dan tenangkan diri sendiri.
Terima kasih untuk semua yang sentiasa membantu saya sepanjang perjalanan saya membesarkan Lana. Allah datangkan ramai orang baik-baik dalam hidup saya, Alhamdulillah.
Saya harap perkongsian saya ni sedikit sebanyak membantu mak ayah pendidik anak autisme. Mana yang sesuai boleh cuba untuk anak InsyaAllah.
Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan kalian ❤️
Salam Sayang,
Mama Lana.
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club