Memiliki kediaman impian bukan sahaja kita mahukan nampak sempurna pada bahagian dekorasi dalaman, malah kalau boleh biarlah nampak sempurna dan indah dari luaran juga. Lantaran itu tidak hairanlah, ada yang teruja membina tembok rumah dengan ciri-ciri yang dingini seperti penggunaan batu bata merah dan sebagainya.
Tidak dinafikan, dengan menggunakan batu bata merah yang tidak disimen dikatakan mampu mencipta identiti dan gaya yang cukup memukau.
Pun begitu andai anda memasang niat untuk membuatnya sendiri, apa kata baca terlebih dahulu perkongsian yang ditulis oleh Mohd Helmy Ismail ini di dalan group Tukang Apa Hari Ini.
Tip Ikat Batu Merah Sendiri Agar Kemas & Cantik
Just share satu lagi kerja tembok bata merah yang berjaya disiapkan. Tembok ni saya hanya gunakan bata merah biasa sahaja, bukan jenis bata merah cantik@facing brick. Cumanya nak ikat tu kena slow and steady dan juga cermat.
Sedikit perkongsian tips untuk ikat bata merah
-Untuk dapatkan bata merah biasa yang cun, sebaiknya round dan survey dulu di beberapa hardware..hardware yang jauh sikit pun takpe..sebab selalunya hardware ni dapat stock bata merah dari kilang yang berbeza.Jadi kena rajin jalan2 cari bata yang sesuai.
Ads
-Bila dah jumpa bata yang sesuai, dah masuk order, pastikan masa delivery bata tu, request hardware untuk turunkan bata tu guna kren. Tujuannya nak pastikan surface tepi-tepi bata tu tak pecah dan sumbing masa delivery. Kalau turun pakai “bucket jack” biasanya hampir 50% keadaan bata tu rosak dan pecah. Kalau nk ikat bata then finishing plaster,takpa la..Tapi kalau nak dapatkan finishing tanpa plaster, kena jaga-jaga masa delivery lagi.
-Untuk ikat bata ni, sekali lagi kena pilih dan check keadaan bata. Try pilih dan asingkan bata yang comel dan tak comel. Dapat bata yang comel, baru kita mula ikat bata.Masa ikat, pastikan lap dan cuci terus lebihan simen atau lebihan air simen tu.
Tujuannya nak pastikan keadaan surface bata sentiasa bersih. Jangan tunggu sampai lebihan simen tu dah kering baru nak cuci…memang menangis nanti…..Sebab tu nak ikat bata macam ni dan dapatkan finishing ni kena slow and steady.
Ads
Memang akan ambil masa. Pastikan tukang ikat bata tu adalah seorang yang penyabar..Pastikan juga masa ikat tu, jarak antara bata tu konsisten.Baru nampak comel dan kemas.
-Bila dah siap ikat, cek balik ruang gap antara bata untuk pastikan simen cukup dan konsisten. Mana yang tak cukup simen, just tambah je. Cuma masa tambah, pastikan cuci terus surface bata tu bila terkena simen.Bila dah siap, dan simen cukup keras,cuci lagi sekali permukaan bata tu dan biarkan kering secukupnya.Last sekali, bila dah cukup bata dah cukup kering dan bersih, kita boleh sapu clear varnish untuk naikkan kaler bata merah tu dan juga sebagai protection untuk surface bata tu.Saya biasa guna clear varnish brand DOLPHIN. So far brand ni ok. Untuk design macam ni,ianya perlukan sedikit maintenance.Sebaiknya dalam tempoh setahun atau setahun setengah, sapu balik clear varnish pada surface bata merah tu
Kesimpulannya untuk buat tembok macam ni,kena banyak bersabar. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba.
Diakui memasak lemang buluh bukanlah kerja sejam dua boleh siap, mahu seharian masadiperlukan bermula dari merendam pulut hinggalah membakar lemang. Memang cukup lama dan hanya yang mahir dan berpengalaman serta sabar sahaja dapat membuatnya.
Pun begitu, dalam kita beraya di musim PKP ini andai terasa teringin juga untuk menikmati lemang di pagi raya bersama keluarga, apa kata anda sediakan sahaja menu Lemang Cawan Kukus yang dikongsikan oleh Nur Masri.
Lemang ini dimasak secara kukus dan uniknya untuk mendapatkan bentuk lemang buluh, pulut dimasukkan di dalam cawan kertas yang telah diisi dengan daun pisang. Ini bagi memberi rasa sama macam lemang yang dimasak secara tradisi. Cukup kreatif dan nampak mudah untuk kita sediakan.
Untuk itu, jom kita masak Lemang Cawan Kukus ini di pagi raya untuk memberi kemeriahan kepada anak-anak menikmati hari raya dengan juadah istimewa. Selamat mencuba.
Buluh lemang tak ada, buat lemang cawan je….Rasa ok je lemang ni, macam ketupat palas pon ada sebab kukus, guna pulut susu memang lembut …sedap.
RESEPI LEMANG CAWAN KUKUS
Bahan- bahan
2 kg pulut susu rendam 4 jam
3 biji kelapa ambil santan dan campur dgn garam spy lemak
Daun pisang
Cawan kertas
Cara-caranya :
1. Letak daun Pisang keliling cawan kertas
Dapat 20 cawan
2. Isi 5 Sudu besar beras pulut
3. Isi santan lebih sikit dari paras beras pulut
4. Susun dalam periuk kukus
5. Kukus selama1 jam setengah
6. Siap, daun Pisang yg lbh bagn ats Tu blh lipat ke bwh tekan2 cikit bghn ats pulut bg rata.
Sesak nafas mempunyai pelbagai punca. Mereka yang mengalami sesak nafas selalunya akan mempunyai pengalaman yang berbeza.
Akan ada yang mengatakan susah untuk menarik nafas, ada pula yang mengatakan dadanya ditekan kuat hingga menyusahkan ia untuk menarik nafas dan ada juga yang mengatakan dadanya sakit.
.
Berikut adalah antara punca-punca yang menyebabkan sesak nafas :
1. Penyakit jantung koronari
Penyakit jantung koronari atau “acute coronary syndrome” merupakan spektrum termasuk serangan jantung. Ini adalah keadaan di mana saluran darah arteri yang membawa oksigen ke organ jantung sudah terlalu sempit. Apabila saluran ini sempit dan jantung akan rasa sakit. Tahap pertama dalam spektrum ini adalah “angina” di mana sekatan di arteri tersebut masih membenarkan darah berlalu maka anda hanya akan sakit dada tetapi jantung tidak mengalami kerosakan. Serangan atau sakit jantung merupakan tahap terakhir dalam spektrum ini di mana organ jantung akan mengalami kerosakan.
2. “Heart failure”
Fungsi paling penting jantung adalah untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan bahan lain bagi organ-organ di seluruh badan. Ini adalah situasi di mana jantung tidak berada di prestasi yang optimum. Antara tanda yang anda akan alami ialah sesak nafas, batuk, kaki bengkak dan rasa lesu.
.
3. Penyakit asma
Seperti yang dinyatakan, asma boleh terjadi kepada kanak-kanak dan dewasa. Antara gejala asma adalah sesak nafas, batuk, dada rasa ketat. Antara perkara yang boleh menyebabkan asma adalah alahan. Antara perkara biasa yang mungkin punca alahan adalah habuk, bulu binatang seperi kuncing atau anjing, cuaca sejuk, pencemaran udara, senaman, stres.
.
4. COPD
“Chronic obstructive pulmonary disease” atau penyakit sekatan pernafasan kronik merupakan penyakit jangka panjang yang terjadi oleh kerana radang dalam tisu paru-paru yang membawa kerosakan. Ini menyebabkan sekatan dalam pernafasan dan membawa kepada simptom seperti sesak dan batuk. Penyebab utama ini adalah tabiat merokok tetapi pencemaran udara juga memainkan peranan.
.
4. Jangkitan paru-paru (Pneumonia)
Dalam jangkitan paru-paru, kuman akan menyebabkan keradangan dalam kawasan alveolar. Keradangan ini akan menyebabkan cecair terkumpul di dalam kawasan tersebut. Alveolar merupakan kawasan pertukaran gas. Apabila ia dipenuhi air, gas oksigen akan lebih susah untuk diserap masuk ke dalam salur darah.
Perkara ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam badan berkurangan dan pesakit akan bernafas dengan lebih laju.
.
5. Pneumothorax
Paru-paru manusia ditutup oleh dua lapisan dan terdapat ruang di antara dua lapisan ini. Pneumothorax adalah penyakit di mana terdapat kebocoran pada lapisan luar paru paru dan menyebabkan udara masuk dan menghimpit paru-paru. Masalah ini boleh menyebabkan sesak nafas dan sakit apabila bernafas. Pneumothorax boleh disebabkan oleh kecederaan seperti tikaman atau patah tulang rusuk, penyakit seperti COPD atau terjadi tanpa sebab.
.
6. Tuberculosis (TB)
Ini adalah jangkitan kuman mycobacterium tuberculosis secara amnya. Kebanyakan jangkitan terjadi di paru-paru tetapi boleh juga membabitkan tempat lain seperti nodus limfa, lapisan otak, tulang, sendi dan bahagian abdomen. Antara gejala individu yang menghidap penyakit TB adalah batuk jangka panjang, batuk berdarah, sesak nafas, sakit dada, hilang berat badan, demam, berpeluh pada waktu malam, hilang selera dan lesu.
.
7. Kanser paru-paru
Kanser paru-paru mempunyai banyak gejala yang sama dengan penyakit TB dan imbasan x-ray boleh membezakan antara kedua-dua penyakit ini dan jika tidak, terdapat pemeriksaan lain yang boleh dibuat. Antara faktor yang memberi risiko tinggi mendapat kanser paru-paru adalah merokok, pendedahan kepada asbestos dan pencemaran udara.
.
8. Pulmonary embolism
Ini adalah keadaan di mana terdapat darah beku di saluran darah pulmonari arteri. Antara faktor yang menaikkan risiko penyakit ini adalah kanser dan tidak bergerak dalam jangka masa yang lama seperti mana berlaku apabila seseorang patah kaki.
.
9. Alahan
Alahan boleh menjadi penyebab penyakit asma tetapi terdapat juga alahan yang membawa kepada situasi berbahaya iaitu “anaphylaxis”. “Anaphylaxis” amat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Simptom termasuk sekatan nafas, bengak bibir dan tekak, tekanan darah rendah dan ruam yang gatal.
.
10. Sakit tulang rusuk
Jika terdapat kecederaan ke tulang rusuk, rasa sakit akan akan menyebabkan anda tidak menarik nafas sepenuhnya. Perkara ini boleh membawa kepada “lung collapse” di mana paru-paru tidak kembung seperti yang sepatutnya.
.
11. Anemia
Anemia adalah keadaan di mana darah anda tidak mempunyai haemoglobin yang mencukupi. Haemoglobin adalah komponen darah yang membawa oksigen. Jika haemoglobin terlalu rendah, anda akan rasa sesak nafas kerana tidak cukup oksigen. Anemia mempunyai banyak penyebab termasuk pendarahan yang berlebihan(contoh adalah haid bagi wanita) dan pemakanan yang tidak mengandungi cukup zat yang diperlukan.
.
12. Penyakit gastrik
Penyakit gastrik iaitu penyakit yang melibatkan penghasilan jus gastrik yang bersifat asid lebih daripada biasa akan menyebabkan keradangan dibahagian perut.
Ini juga akan menjadi salah satu penyebab pesakit merasa sakit dada dan juga sesak nafas kerana saraf yang bersambung kepada kawasan dada dan perut ini adalah berasal daripada saraf yang sama
.
13. Penyakit Gastroesophageal Reflux disease
Dalam penyakit ini, asid dalam perut boleh ditolak balik naik ke saluran esofagus. Perkara ini akan menyebabkan sakit di bahagian dada dan jugak sesak nafas terutamanya apabila pesakit berada dalam keadaan baring.
.
SIMPTOM SESAK NAFAS
• Bernafas laju
• Pernafasan yang berbunyi (wheezing)
• Kuku dan bibir menjadi biru
• Muka menjadi pucat
• Berpeluh dengan banyak
.
UJIAN PENGESANAN
.
Untuk mengenal pasti punca sesak nafas, beberapa pemeriksaan akan dijalankan oleh petugas perubatan. Antaranya ialah :
1. Pengambilan darah: Untuk mengetahui bilangan sel darah, kandungan oksigen dalam darah berserta bacaan protein yang terhasil ketika serangan sakit jantung berlaku
2. X-ray dada: X-ray ini boleh melihat keadaan paru-paru dan juga jantung
3. Elektrokardiogram: Mesin ini dapat mengesan gelombang jantung yang tidak normal
4. Echocardiogram: Pemeriksaan yang menggunakan teknik “ultrasound” untuk melihat degupan jantung dan tisu paru-paru.
.
RAWATAN
.
Selalunya pesakit akan dirawat seperti biasa bagi mereka yang sesak nafas. Iaitu pesakit akan diberikan gas oksigen melalui tiub. Jika keadaan terlampau teruk berserta bacaan oksigen yang rendah, pesakit akan ditidurkan dan tiub akan dimasukkan ke dalam saluran pernafasan untuk membantu pesakit.
Rawatan spesifik sesak nafas bergantung kepada punca masalah tersebut.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendidik anak lelaki zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman dahulu. Tidak terkecuali dalam hal melakukan kerja-kerja pengurusan rumah. Mungkin selama ini kita sebagai ibu dan ayah terbiasa dengan didikan orang-orang tua terdahulu, mengatakan hanya anak perempuan perlu membantu ibu melakukan kerja-kerja rumah.
Sedangkan situasi hari ini, kita sebagai ibu bapa seharusnya melengkapkan anak-anak lelaki juga perlu pandai dan ringan tulang untuk membantu melakukan kerja-kerja di rumah. Sebabnya apa dan kenapa? Ayuh baca perkongsian ini.
TUGAS ANAK LELAKI DI RUMAH
Kita pastinya mahu anak lelaki kita membesar dalam didikan yang baik. Kerana kita tahu, satu hari nanti dia akan berkahwin dan berkeluarga, mempunyai isteri dan anak-anak mereka sendiri.
Zaman sekarang dah tak sama dengan zaman dulu. Dulu orang lelaki hanya pergi kerja, selebihnya orang perempuan uruskan segalanya di rumah. Sekarang zaman berbeza, kebanyakan pasangan suami isteri, dua-dua kena bekerja atau mahu bekerja.
Kalau kita masih nak ikut cara dulu, pengurusan rumah tangga memang tak akan baik. Masa yang suntuk di rumah ditambah lagi dengan kepenatan yang amat sangat kedua-dua pasangan.
Jika masih dengan norma lama, kesian kepada isteri yang pastinya sangat kepenatan untuk uruskan segalanya. Emosi yang tak baik akan cenderung kepada pergaduhan yang kemudiannya menyumbang kepada asbab keruntuhan rumah tangga.
Jika anak-anak lelaki kita tidak diajar dan dibiasakan dari kecil dengan kerja-kerja rumah. Bagaimana mungkin kita nak harapkan keajaiban berlaku. Kerana dalam kepalanya sudah tertanam bahawa ini kerja perempuan.
Silapnya kita, jika kita lebih suka untuk minta anak perempuan kita bantu buat kerja rumah.
Sikit-sikit panggil kakak atau adik perempuan untuk uruskan dapur, tolong basuh baju dan sebagainya. Kerana kita masih berpendapat ini semua kerja perempuan. Sementara anak lelaki tidak dipanggil untuk membantu.
+ minta anak lelaki cuci pinggan
+ suruh anak lelaki buang sampah
+ ajar anak lelaki sidai kain
+ tegas dan pastikan mereka mengemas
+ biasakan anak lelaki memasak
Beritahu dan ajar anak lelaki kita yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan, tapi ia sebenarnya tanggungjawab bersama.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.