Buat Telur Masin Tak Payah Golek Dengan Sekam Padi. Ni Simple Je Caranya!

Share

Kebiasaannya, jika kita membeli telur masin di pasaran mesti disalut dengan lapisan tanah dan sekam padi.

Melihat keadaan itu, mungkin ada beranggapan  renyahnya untuk menghasilkan telur masin.

Tapi apabila melihat perkongsian Nora Lamina tentang cara membuat telur masin ini, nyata mudah sahaja. Hanya menggunakan 2 bahan, telur masin dapat disediakan.

Untuk lebih jelas, ini perkongsiannya. Jom semak.

Terlebih dahulu ingin saya beritahu bahawa resepi ini bukan dari saya. Saya hanya berkongsi dari yang empunya resepi tersebut. Jika empunya resepi ada dalam group ini, saya mohon maaf. Niat saya untuk berkongsi. Apapun saya dahulu kan dengan ucapan terima kasih kerana telur masin saya menjadi.

Bahan-bahan:

Telur itik, cuma dan garam

STEP 1

Telur itik dicuci bersih dan kemudian lap dengan kain untuk dikeringkan.

STEP 2

Rendam telur itik dengan cuka selama 2 hingga 3 minit.

STEP 3

Kemudian terus salutkan telur itik dengan garam.

Ekstra info : Fungsi cuka adalah untuk melekatkan garam pada kulit telur.

STEP 4

Setelah itu, masukkan ke dalam bekas dan span selama lebih kurang 2 minggu.

Ekstra info :

Selepas 2 minggu saya cuci telur-telur tersebut dengan air untuk elakkan dari bertambah masin. Simpan dalam peti sejuk.

Sumber : Nora Lamina via MAHN