Buat Tauhu Berlauk Pun Dah Kenyang, Resipi Yang Amat Mudah Dan Lazat!

Share

Asyik makan nasi je tentu boring kan. Bagi yang ingin cuba hidangan simple dan mudah penyediaannya, boleh cuba buat masak tauhu berlaku,siap cicah dengan sambal kicap, memang terangkat!

Makan ni, dah tak perlu makan nasi dah memang kenyang! Menerusi perkongsian puan Zarena Heeney 

ikuti cara penyediaan menu ini. Jom cuba buat!

Resepi tauhu berlauk

Bahan A

  1. 2 ketui dada ayam (blh tukar dgn daging ker, udang ker, sotong ker)
  2. 3ketui tauhu putih
  3. 3ketui tauhu lembut
  4. 3bjk telor

Blend semua bahan atas nie…letak sedikit air utk mudahkan nk blend. Dah blend masukkan dalam bekas.

Bahan B

  1. 2 batang carrot – potong dadu
  2. 1bjk bawang holland – potong dadu
  3. sedikit daun sup – potong halus

semua bahan B masukkan ke dalam bahan A. Masukkan sedikit bahan perasa, lada sulah dan lada hitam. Gaul sebati semuanya. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan kuih lompang.

KUKUS

Kukus 10 mnt dan keluarkan. Celup adunan ke dalam telor. Goreng sekejap. Goreng sehingga kekuningan. Boleh makan dengan mencicah sambal kicap. Rasanya memang power!

Sumber: Zarena Heeney