Buat Tarawih Di Masjid Memang Best. Tapi Ingat, Orang Perempuan Jangan Langgar Syarat Ni Sebelum Keluar Ke Masjid!

Share

Menyentuh tentang solat Tarawih, tidak dinafikan akan timbul bermacam-macam soalan. Apatah lagi bila menyentuh tentang kewajaran wanita pergi ke masjid untuk solat tarawih secara berjemaah.

Oleh itu, untuk lebih jelas apa kata kita dengar penjelasan daripada seorang ustaz ini. Harap penjelasan secara santai yang diberikan ini dapat memberi info bermanfaat dan sekali gus mengelakkan  kaum hawa daripada berterusan melanggar syarat-sayar yang telah ditetapkan.

Jom semak apakah syaratnya itu.


Sehari dua ini, berlegar beberapa status tentang hukum wanita bersolat tarawih di Masjid.Kebetulan ada seseorang menghantar mesej bertanyakan soalan. Bunyinya begini.

“Assalamualaikum ustaz, nak tanya kaum hawa kalau pergi tarawih dekat surau tak elok ke? Saya pergi solat dekat surau sebab nak berjemaah. Kalau buat kat rumah sorang-sorang feeling solat tak terasa sangat. Salah ke apa yang saya buat ustaz?”

Setelah free sikit masa, saya cubalah berikan jawapannya berdasarkan apa yang hadis Rasulullah SAW sebutkan dan dinaqalkan dari pandangan ulama’.

Apa Kata Rasulullah SAW dan Para Ulama’?

Lebih afdhal wanita bersolat di rumah. Namun jika aman, bebas dari fitnah. Tak salah. Tak mengapa boleh ke masjid. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Dari Ummu Humaid, isteri Abu Humaid As-Saa’idiy. Ummu Humaid pernah mendatangi Nabi SAW dan berkata bahwa dia sangat senang sekali bila dapat solat bersama beliau. Kemudian Nabi SAW bersabda:

قَدْ عَلِمْتُ أَنَّكِ تُحِبِّينَ الصَّلاَةَ … وَصَلاَتُكِ فِى دَارِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِى مَسْجِدِ قَوْمِكِ وَصَلاَتُكِ فِى مَسْجِدِ قَوْمِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِى مَسْجِدِى

”Aku telah mengetahui bahawa engkau senang sekali jika dapat solat bersamaku. Solatmu di rumahmu lebih baik dari solatmu di masjid kaummu. Dan solatmu di masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di masjidku.”

[Hadis Riwayat Ahmad, no. 27135]

Andai wanita tadi rasa macam malas bila solat dekat rumah sendirian, nak ada rasa semangat berkobar-kobar, maka bolehlah dia bersolat di masjid atau surau. Dengan beberapa syarat:

1. Bebas dari fitnah. Contoh macam anak dara comel pergi bertarawih, tiba-tiba jadi bualan jejaka-jejaka masjid. Asal tak pernah jejak pun ke masjid, tapi bila si gadis tadi ada terus bertukar rajin lain macam. Siap tolong bersihkan jamban lagi. Punyalah rajin.

Tak pun si janda Milah bersolat tarawih di surau. Abang Aji asal buat lapan je, tapi sebab ada janda Milah full 20 siap witir. 30 hari Ramadan tau.

Haa, inilah namanya fitnah. Bahaya bahaya.

2. Elakkanlah bertabarruj, berwangian dan tutuplah aurat sempurna. Ini selalu sangat saya tulis pada tulisan lepas. Tak faham juga tak tahulah nak tulis bahasa apa lagi.

Pergi surau dan masjid pakai cantik-cantik wangi-wangi, nak solat ke nak goda lelaki? Betulkan niat ya.

3. Tak berlaku iktilat atau percampuran lelaki perempuan. Hah, ada pula yang ambil kesempatan nak mengoratlah, nak ambil peluang berborak, nak bermesra kenyit matalah. Tak pun nak bergosip. Ini tak boleh ya.

4. Mendapat keizinan suami bagi yang dah berkahwin. Bagi yang belum kahwin, mesti mendapat keizinan ibu bapa.

Jangan main redah je tau. Betul nak beribadah, tapi kena alert juga hal begini.

عنِ ابنِ عُمرَ رَضِيَ اللهُ عنهما، أنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم قال: ((إذا استأذَنتْ أحدَكم امرأتُه إلى المسجدِ، فلا يَمنعْها))

“Jika isteri kalian meminta izin pada kalian untuk ke masjid, maka izinkanlah mereka.”

[Hadis Riwayat Muslim, no. 442. Riwayat Bukhari, no. 5238]

Imam An-Nawawi membawakan hadis ini dalam Bab “Keluarnya wanita ke masjid, jika tidak menimbulkan fitnah dan selama tidak menggunakan harum-haruman.”

Jika syaratnya dah cukup, bolehlah dipersilakan ke surau atau masjid. Semoga ibadah kalian lebih khusyuk, semangat, feeling lebih, bertambah kenalan wanita solehah, bertambah ilmu setelah mendengar nasihat dan taujihat.

Jangan bertambah kasih pada bang Aji sudah ya. Alah, guraulah. Gurau pun tak boleh.

Ok ok, jemputlah share pesanan dan nasihat ini ya. Biar ramai yang faham dan dapat elakkan dari tersalah ‘niat’.

sumber : Farid Rashidi