Mencuba untuk hasilkan sendiri syampu untuk merawat rambut dengan bahan semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan yang ditanam di laman rumah mungkin tidak ramai tahu caranya.
Pun begitu, perkongsian daripada Kebun Lokal bagaimana cara mudah menghasilkan syampu menggunakan aloe vera ini boleh dijadikan panduan.
Ini perkongsiannya.
Mudah sahaja jika buat shampoo sendiri di rumah.
Bercucuk tanam bukan hanya untuk kita makan, malah kita boleh pelbagaikan kepada penggunaan tanaman kita.
Aloe Vera atau Lidah Buaya adalah tanaman yang lazimnya di tanam di hampir setiap rumah di Malaysia.
Mudah membesar dan tidak memerlukan penjagaan yang kerap.
Untuk kali ini, Kebun LOKAL menggunakan Aloe Vera + Madu sebagai base untuk shampoo kegunaan harian. Tiada bahan kimia dan tiada bahan pengawet.
Anda juga boleh menambah perahan limau kasturi, lemon atau limau purut sebagai penaik aroma shampoo nanti.
Oh ya, Boleh juga ditambahkan dengan sesudu Yoghurt Natural ke dalam Base Shampoo ini.
Cara-cara penyediaan Base Shampoo Aloe Vera :
1) Dapatkan Aloe Vera yang baik, buang kulit dan durinya.
2) Pisahkan kulit dan isinya, dan asingkan isinya di dalam satu bekas yang lain. Kulitnya, anda boleh masukkan ke dalam tong kompos. Jangan buang ke dalam tong sampah ya, rugi.
3) Masukkan ke dalam pengisar dan campurkan dengan sesudu Madu tambahkan sedikit air (Sukatan bergantung)
4) Setelah bahan di kisar, masukkan dalam satu bekas kaca & sudah sedia boleh digunakan sebagai shampoo.
5) Tambahan, tapis dahulu sebelum memasukkan base shampoo ke dalam bekas kaca ya. Baru smooth sahaja nanti.
Selamat mencuba ya.
sumber : Kebun Lokal
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club