Buat Susu Badam Ni, Ibu Jadi Awet Muda & Anak Lebih Pintar. Senang Cakap Satu Famili Boleh Serap Khasiatnya!

Share

Susu badam bukan sahaja sedap dinikmati malah lebih penting jika diamalkan seisi keluarga semua akan dapat kebaikkannya. Umum mengetahui begitu banyak khasiat susu badam ini dan antara yang membuatkan ibu patut mencuba amalkannya adalah ia mampu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit untuk tampil cantik dan sihat. Ini kerana badam kaya dengan vitamin E dan bersifat antioksidan dan sekali gus mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan menjadikan pengamalnya nampak awet muda.

Jika dilihat kepentingan untuk anak-anak untuk amalkan susu badam ini pula adalah ianya baik untuk kesihatan otak kerana badam mengandungi dua nutrien utama iaitu Riboflavin dan L Carnisebab yang mampu mempengaruhi aktiviti saraf. Oleh sebab itu juga, ramai ibu-ibu di negara India sangat mengalakkan anak-anak mereka mengamalkan pemakanan badam.

Jadi apa kata hari ini kita cuba buatkan susu badam ini untuk kita anak beranak amalkan dan sekali gus menikmati khasiat susu badam yang cukup istimewa ini. Ikuti perkongsian Adah Abdullah II untuk menghasilkan susu ajaib yang dihasilkan daripada badan, mempunyai rasa yang enak dan lazat.

Boleh lah terai buat Susu Ajaib nie untuk minuman anak anak sebelum pegi sekolah. Bukan susah pun, malas dengan rajin je. Apa salahnya untuk anak anak jugak kan. KakCoco buat 1 cawan badam dapat 1.5 liter Susu Ajaib nie. Cukuplah untuk 5 hari minum untuk dak Kakak dengan dak Baby –Adah Abdullah

Bahan-bahan:
1 cawan badam mentah
4 cawan air masak
1 sudu esen vanila
Sedikit garam
Kurma *tambahan

Cara penyediaan : 

  1. Basuh badam bersih-bersih selepas itu rendam semalaman.

 

2. Esoknya buangkan air rendaman, basuh bersih-bersih dan masukkan ke dalam blender dengan air secukupnya. Nak masuk kurma pun boleh, time nie lah kurma takde dekat rumah. Kalau tak, mesti lagi best.

*Kalau tak boleh pusing, masukkan air lagi. Tapi jangan cair sangat.

 

3. Dah siap blend terus masuk dalam penapis dan perah. Hidupkan api dan masak sampai mendidih. Jangan lupa letakkan 1 sudu esen vanilla dan garam.

Kakcoco suka pakai penapis nie. Senang nak perah sampai ke titisan terakhir.

 

CARA MENIKMATI SUSU BADAM 

  1. Dimakan bersama madu.

Dah mendidih tu kira dah siap. Senang kan? Dah suam tu dah boleh minum. Sebelum minum letakkan madu 1 sudu. Rasa sedap je, takdelah rasa pelik. Kalau ada masukkan kurma, tak payah letak madu. Cukuplah manis dari kurma tu. 

2. Smoothies

Nie kakcoco buat smooties letak buah buahan. Kalau takde buah ok je minum macam tu je, letak chia seeds sikit.

Ekstra Tip :
Hampas badam tadi jangan dibuang pulak. Rugi diknonn. Badam mahal oooii. Kita guna sampai habis. Boleh buat lempeng. Letak tepung sikit, garam sikit, gorenglah. Jimat breakfast pagi Isnin nanti.

Sumber : Adah Abdullah II