
Bagi ibu-ibu yang bekerja, balik ke rumah menjelang waktu mahgrib adalah waktu yang cukup getir untuk memasak. Balik sahaja ke rumah terus ke dapur dan memasak untuk anak-anak yang menunggu kelaparan.
Ada waktunya kerja-kerja memasak tersasar lambatnya dek kepenatan dan tugasan ibu yang tak pernah henti. Sebenarnya ada cara lebih baik untuk memastikan jadual seminggu anda terjaga dengan baik.
Menyediakan stok sambal yang boleh digunakan dalam sebarang jenis masakan ini antara yang wajib ibu-ibu bekerja lakukan. Stok untuk seminggu. Confirm kerja memasak setiap hari jadi lagi mudah.
Ikuti cara yang dikongsikan oleh Naeamah Balqis ini. Superb!
Alasan tak sempat nak masak bagi ibu-ibu bekerja…lambat nak goreng bawang, cili dan sebagainya. Krik krik. Apa kata cuba buat pes sambal ni. 10 minit dah siap masak.
Pes sambal ni serbaguna, nak masak apa pun boleh. Sambalnya dah siap masak, cuma tambahkan saja sos dan bahan-bahan lain bila nak masak. Simpan dalam peti sejuk beku ya.
Masukkan minyak.. Letak air sikit nak bagi senang kisar.
Masukkan dalam kuali, sebab bercampur dengan air. Biar air kering sikit.
Masukkan cili kisar.
Dah hampir masak, masukkan garam dan gula. Gula akan membuatkan sambal kita masak cantik berkilat.
Kacau dengan kasih sayang sampai la masak. Cantik kan.
Masukkan dalam bekas, tutup dan simpan dalam freezer.
Sumber: Naeamah Balqis
“Sabar Tunggu 1 Jam, Allah Ganti Dengan Ukhwah & RM5K.” Viral Kisah Rider Pekak & Bisu Lambat Angkat Call Buat Ramai Sebak!

Kisah rider Grab Food ini tular baru-baru ini apabila makanan yang dipesan pelanggannya sampai lambat. Malah berkali-kali pelanggan menghubungi tetapi tiada respond.
Rupa-rupanya rider Grab Food tersebut pekak dan bisu. Lebih menyedihkan dia tidak jumpa rumah pelanggan yang menempah makanan tersebut membuatkan dia terlewat sampai di rumah pelanggannya.
Itulah situasi yang dialami sendiri oleh pendakwah dan penulis, Bonda Nor ini benar-benar menyentuh hati . beliau memuat naik kisah berkenaan dilaman facebooknya sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
Ingat kisah rider Grab Food yang viral tu? Ya, kisah saya order Yong Tau Fu untuk berbuka puasa. Hampir maghrib tak sampai-sampai.
Saya penat tunggu dia, dia pula penat tunggu saya. Saya sentiasa bersedia dengan phone di tangan. Dia juga sedia dengan phone juga.
Dia call, saya jawab. Tapi dia senyap. Dia call lagi, saya jawab lagi. Dan dia senyap lagi. Begitulah sampai 7 kali, sampai saya dah mula geram, dah kenapa dengan rider sorang ni! Dah hampir sejam dok main misscall je ni! Main-main ke apa?
.
.
Kemudian Allah gerakkan hati saya pada sesuatu. Saya buka apps Grab semula. Rupa-rupanya sarat chat box di apps Grab dengan mesej dia.
Dia bagitau tak jumpa rumah. Dia bagitau, dia pekak dan bisu. Allahu Rabbi. Patutlah dia call saya, tapi senyap saja. Rupa-rupanya dia call banyak kali sebab terharap-harap saya alert dengan chat box.
Saya pula memang tak biasa guna chat box tu sebab biasanya rider kalau tak jumpa rumah akan terus call saja. Jadi, saya tak boleh expect sebab inilah kali pertama saya guna khidmat rider OKU. Saya tak tahu! Subhanallah. 😭
Bila saya dah balas mesej, Alhamdulillah dia berjaya cari rumah. Tapi dia sampai hantar makanan untuk saya berbuka puasa tu masa dah Maghrib. Saya pula dah sedia atas sejadah, nak solat Maghrib dulu sebelum makan. Jadi, tak sempat jumpa dia sebab anak saya yang buka pintu dan ambil makanan tu.
Usai solat, hati saya masih resah.
Walaupun dah bagi tips pada dia melalui sistem Grab Pay, hati saya tetap rasa tak best. Saya rasa bersalah sebab salah sangka pada dia. Dan saya rasa perlu bagitau masyarakat supaya tak buat salah macam saya. Kena lebih peka pada kemungkinan macam ni.
Jadi saya tuliskan kisah tersebut di FB untuk peringatan bersama. Bahkan saya juga call pihak Grab untuk mengesan siapa rider OKU yang hantar makanan tu.
“Saya nak ucap terima kasih, rider you sangat bagus. Boleh bagi no telefon dia?”
Telefonis itu turut gembira saya memuji rider syarikat mereka.
“Puan order dari Has Yong Tau Fu kan? Nama rider tu Rizuam. Tapi kalau nak nombor telefonnya, saya kena tanya dia dulu ya.”
Saya akur.
Menunggu dari sehari ke sehari. Kecewa sebab tak dapat feedback seterusnya. Namun, Allah Maha Baik. Dia tahu keinginan saya mahu menebus rasa bersalah itu.
Apa berlaku?
Tiba-tiba, seorang lelaki bernama Asyraf inbox saya di Facebook.
“Saya kawan Rizuam, rider OKU Kuala Terengganu. Ini nombor telefon dia.”
Ya Allah, berderau darah! Walaupun tulisan tersebut viral, tapi saya tak pernah bagitau nama rider Grab itu.
Jadi bila dia sebut nama Rizuam, maknanya dia memang tahu kisah ini dan dia bercakap benar!
Saya guna nombor yang Asyraf bagi untuk hubungi Rizuam, perkenalkan diri dan meminta maaf berkenaan peristiwa tersebut.
“Saya dan suami nak jumpa Wan boleh ke? Nak sampaikan sikit sumbangan.”
Alhamdulillah, saya sempat umum di grup Akademi Bonda Nor dan team speaker Ekspres-i yang saya nak jumpa rider OKU ini dan ternyata ramai nak selit sumbangan.
“Saya nak ajak kawan saya, boleh? Nak minta dia tolong translate. Dia pun runner Grab Food juga. OKU pendengaran saja, tapi boleh bercakap,” ujar Rizuam.
Rupa-rupanya, Asyraf! Ya, Asyraf yang bagi nombor telefon Rizuam itu pun akan hadir sebagai translator. Masya-Allah, hati saya berbunga-bunga. Rasa lengkap pertemuan kami!
Tuan puan,
Hari ini Rizuam datang jumpa saya dan suami dengan kaki terhincut-hincut. Rupa-rupanya dia baru kemalangan balik kerja waktu malam. Terlanggar kerbau, katanya.
Sejenis gigih! Masuk kerja pukul 10 pagi hingga 10 malam!
“Team runner OKU memang jenis rajin, bonda. Kami sentiasa kejar job,” kata Asyraf.
Dan paling saya sebak bila Asyraf tunjukkan senarai carta top ten runner Grab Food Kuala Terengganu. Dimonopoli oleh runner OKU! Masya-Allah. Allahu Akbar!

Bahkan apabila Rizuam tunjukkan pencapaiannya di sistem pesanan Grab Food, saya teruja melihat lencana pujian. Apa feedback customer? Antara nombor 1 hingga 5, semuanya memilih 5! Wah!
Terus teringat salah satu komen netizen yang saya baca di posting tulisan viral saya itu, “Dah tahu pekak bisu, nak kerja runner buat apa! Menyusahkan orang!”
Ya Tuhan, sedap saja dia mengecam! Kalaulah dia tahu hakikat top 10 runner ini, tentu dia malu sendiri! Ternyata pencapaian team OKU sangat luar biasa, mengatasi runner yang sempurna segala sifatnya!
“Asyraf baca kat mana tulisan yang viral tu? Macam mana Asyraf tau rider tu ialah Rizuam?” soal saya, cuba meleraikan tanda tanya.
“Kami ada grup, bonda. Masa Rizuam nak hantar makanan bonda tu, dia sebenarnya ada order lain juga nak hantar. Jadi dia kalut sikit sebab tak jumpa rumah bonda, sedangkan dia nak hantar juga makanan customer lain. Jadi, dia tanya dalam grup, ada tak sesiapa boleh tolong. Tapi kami semua jauh. Jadi Rizuam pergi hantar order satu lagi tu dulu, lepas tu patah balik ke rumah bonda.”
Allahu Akbar. Rupa-rupanya kekalutan Rizuam lebih daripada yang saya bayangkan! Dahlah kaki sakit dan hari pula makin nak malam. Rumah saya tak dapat dikesan, kalut fikir nak hantar pada customer lain pula. Kesiannya dia! 😭

Sebelum berpisah, saya sampaikan pada mereka, kata-kata Ustazah Asma Harun yang dituliskannya pada tulisan viral saya itu. Tentang OKU pekak dan bisu.
“Mereka sangat mulia, bonda. Mulut mereka tidak pernah menyakiti orang lain. Telinga mereka tidak pernah bermaksiat.”
Saya lihat wajah Asyraf teruja dan berseri-seri mendengar penghormatan itu. Dan sewaktu melihat dia bersungguh menyampaikan pada Rizuam dan Muhsin kata-kata inspirasi itu dengan menggunakan bahasa isyarat, saya sebak!
Sebak melihat mereka mengangguk faham dan tampak ceria memahaminya! Ia memancarkan satu kepuasan luar biasa. Allahu Akbar.
Benar kata ustazah, mereka ini kelompok terpelihara. Tak banyak dosa.
Sembang-sembang dengan mereka, ternyata memang mereka kuat bekerja. Sebab mereka tak layan games, tak tengok movie.
“Kalau layan games, tak jadi kerja pula nanti, bonda! Terlepas job,” kata Asyraf.
“Habis tu, apa aktiviti masa lapang?”
“Kami suka jalan-jalan, bonda. Suka tengok tempat orang. 2 tahun lepas, ramai-ramai OKU pergi Korea.”
Masya-Allah. Kami yang sempurna ini pun tak sebijak itu mengatur kewangan dan perancangan.
Syurgalah buatmu, anak-anak! Allah uji kamu semua dengan sedikit kekurangan, tapi ternyata kamu tidak pula berputus asa, tidak hidup meminta-minta. Bahkan usaha kamu sangat luar biasa mengalahkan kami yang sempurna sifatnya!
Alhamdulillah, hari ini dapat sampaikan rezeki Rizuam sebanyak RM5000 sumbangan team Akademi Bonda Nor dan team speaker Ekspres-i. Juga saya bagi planner Semangat! dan buku Bahagia Tanpa Syarat.
Begitulah. Rezeki orang gigih dan amanah pada tugas. Sebab sabar satu jam, Allah kirimkan rezeki sampai RM5000. Barakallahu fikum. Semoga terus sukses Rizuam, Asyraf dan Muhsin!
Oh ya, Asyraf ialah Penolong Setiausaha Sukan Persatuan OKU Pekak negeri Terengganu. Ya, dia tak bisu tapi OKU pendengaran. Dia dengar tapi tak jelas. Dia perlu lihat mulut orang yang bercakap, baru dia boleh teka apa yang diperkatakan.
Seronok saya dan suami belajar bahasa isyarat hari ini. Masa Rizuam buat tanduk kat kepala, kami ingatkan dia buat isyarat marah atau syaitan. Rupa-rupanya bila Asyraf translate, baru kami tahu Rizuam cerita dia langgar kerbau. Hihi.
Hari yang indah buat kami atas jalinan takdir Allah dan ukhuwah ini. Alhamdulillah. 🥰
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Tak Boleh Cuti Ikut Dan. Kena Hormat Sekolah Anak.” Rancang Percutian, Ini Pesanan Ustaz Don Buat Mak Ayah

Baru beberapa hari memasuki tahun baru, pasti ada antara ibu bapa yang tengah rancang percutian bersama keluarga kan. Mungkin plan yang dibuat sebelum ini tak menjadi, memandangkan pelbagai perkara melanda negara.
Sekarang boleh menarik nafas tenang dan teringin juga nak merehatkan diri sambil membawa anak-anak bercuti kan. Tetapi, jangan abaikan sesi persekolahan terutama yang mempunyai anak yang sudah bersekolah.
Titipan pesanan daripada penceramah, Ustaz Don daniyal Don Biyajid ini patut dijadikan panduan bersama.
Menerusi Instagramya, Ustaz Don memuatnaik gambar kalender percutian tahunan yang dirancang isterinya, Dr Husna Zahry untuk mereka sekeluarga mereka tanpa mengabaikan sesi persekolahan anak.
Isteri saya hantaq msg. Bagi gambaq ni (Gambaq1). Untuk kami plan cuti sebab sekarang dh ada anak sekolah rendah.
Bukan macam dulu. Cuti ikut dan saja. Rasa nk cunggit, cunggit teruih. La ni x boleh la. Kena hormat sekolah anak.
Walupun la ni sejak-sejak ligat internet ni orang mula rasa sekolah tak penting sebab dok dengaq macam-macam pihak dok motivate, tapi pendirian saya, sekolah tetap penting. Banyak saya belajaq di sekolah. Terutamanya berkawan dan bergaul serta hormat orang.
Dalam pada itu, Ustaz Don mengingatkan dalam bergembira untuk bercuti jangan dilupa tarikh yang cukup penting iaitu hari kelahiran nabi Muhammad Saw
Jadi, saya pun, tengok la satu per satu sekali lalu. Bila mai tang bawah, saya terberenti dan renung lama. Sampai menangih sebab terharu (Gambaq 2)
.
Rakyat Malaysia, walauapa pun orang nak kata lepaih baca post saya ni, saya tetap yakin macam mana saya yakin sekolah bagi manfaat, saya sangat yakin, BIRTHDAY RASULULLAH ﷺ sangat dekat di hari kita.
And i tell you, إنْ شَآء الله selama mana kita sentiasa mengutamakan menyambut, meraikan, memeriahkan, bagi cuti, bercuti, buat majlis ilmu, menghidupkan dan merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad ﷺ , saya yakin dan pasti, إنْ شَآء الله Malaysia dan rakyatnya sentiasa dalam pemeliharaan Allah Azza Wa Jalla.
.
Ya Allah, tolong pelihara Malaysia dan rakyatnya dan semua ummat Nabi Muhammad ﷺ dari segala bala dan fitnah akhir zaman dengan berkat nama Mim Ha Mim Dal Nabi Muhammad ﷺ .
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .
.
Sollu ‘Alan Nabi.
Sumber: ddaniyaldbiyajid
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak Beraya Dengan Kulit Cerah, Putih Dan Mulus, Jangan Ragu-Ragu Cuba 5 Bahan Ni!

Kalau cakap mengenai wajah yang cerah, putih dan gebu, rasanya semua wanita inginkan wajah putih mulus. Apa lagi menjelang raya, semua ibu-ibu mahu tampil cantik dan cerah.
Sambil sibuk melayan kemahuan anak menjelang raya, ibu-ibu kena cuba petua ini yang dikatakan membantu buat kulit lebih cerah dan licin. Tak perlukan kos yang mahal, semua bahan dirumah boleh anda aplikasikan di kulit wajah.
SCRUB KUNYIT
Skrub kunyit boleh anda aplikasikan di wajah untuk mendapatkan hasil kulit yang lebih cerah dan mulus. Ambil kunyit hidup bersama garam serta sedikit beras dan kisah hingga lumat. Kemudian sapukan ke seluruh wajah seperti memakai masker. Biarkan kering seketika dan selepas itu sentallah wajah dengan gosokan perlahan bagi menanggalkan segala bintik hitam. Wajah juga tampil lebih cerah.
PUTIH TELUR
Telur bermanfaat untuk melembapkan kulit. Selain itu, putih telur berfungsi untuk menganjalkan kulit. Cara yang sangat mudah iaitu dengan menyapu putih telur di wajah umpama memakai masker. Biarkan seketika dan basuh bersih. Tidak hanya menganjal dan mencerah, putih telur juga sangat berkesan untuk mengeluarkan bintik-bintik hitam di atas hidung.
LEMON
Lemon memang sangat banyak manfaatnya pada tubuh dan wajah. Lemon dikatakan sangat baik untuk mengeluarkan sel kulit yang mati dan menjadikan kulit putih secara semula jadi. Gunakan air perahan lemon untuk membersihkan wajah setiap pagi dan malam untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Jadi, lemon kena sentiasa ada di rumah.
AVOKADO
Avokado kaya dengan vitamin E dan berfungsi untuk membantu mencerahkan kulit wajah. Ambil isi avokado dan sapu di bahagian wajah seperti masker seminggu sekali. Selain itu, avokado juga boleh menghilangkan kulit berminyak dan menghilangkan jerawat.
TOMATO
Tomato juga digunakan untuk mencerahkan kulit. Tomato boleh mengeluarkan sel kulit yang mati pada wajah. Gunakan masker tomato di malam hari dan bilas dengan air suam di pagi hari. Setiap hari melakukannya boleh mencerahkan kulit secara semula jadi dari dalam.