Buat Stok Perencah Sup Homemade, Bila Nak Guna Keluarkan Je! Jimat Masa & Tahan Lama

Share

Mak-mak ni selagi boleh memudahkan kerja mereka di dapur, itu yang mereka suka. Mana tidaknya, nak sediakan makanan part paling susahnya nak sediakan bahan. Kalau boleh, nak masuk dapur terus masak je, tapi apakan daya takkan mampulah begitu. hehe.

Yang mana di rumah anak-anak suka menu yang bersup, boleh lah sediakan stok rempah sup siap-siap di rumah macam ni. Bila nak masak, campak je stok rempah dan segala binatang di dalamnya sampai masak, siap! Nak tahu buat macam mana, jom tengok di bawah!

DIY Stok Rempah Sup

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
2 inci halia – dipotong kecil
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh bunga cengkih
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih

Cara-cara penyediaannya:
1. Mula-mula masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis pula perlu diketuk terlebuh dahulu untuk memudahkan korang mengisar.

2. Kemudian, masukkan semua bahan dalam blender, tambahkan air dan kisar sehingga halus. Jika suka, boleh letakkan sedikit minyak.

3. Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam bekas bertutup dan simpan ke dalam peti sejuk. Boleh juga masukkan ke dalam bekas kiub ais untuk dijadikan pes berbentuk kiub.

4. Untuk menggunakan masukkan rempah sup yang telah DIY tadi dalam anggap 1 atau 2 sudu besar ke dalam sup secukup rasa.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Kredit resipi: Mas Lieyana