Apa pun menu yang dihidangkan untuk keluarga tercinta sepanjang bulan Ramadan ini tentunya adalah merupakan seleksi juadah yang menjadi kegemaran keluarga.
Oleh itu, tidak dinafikan bila menyebut menu bebola daging, tentu bukan sahaja anak-anak sukakannya malah kita orang dewasa juga tidak terkecuali. Ianya menu simple dan menyelerakan.
Ingin tahu resipi penyediaannya?
Ini perkongsiannya.
Buat sekilo daging kisar dapatlah dalam 35 -45 bijik…..bergantung pd size ye semua. Niqmat rezeki.. ada kenalan Taukeh Lembu… nk mkn daging segar, tggu dia open order. Nk bebola daging berjusi manis sedap, sampai2 teruslah buat. Dptlah buat frozen mkn 2 Kali…. alhamdulillah wa Syukurillah.
Resepi Bebola Daging PKP Mamamia
Bahan-bahan :
Sekilo Daging Kisar
Daun Ketumbar 7 helai
Daun Bawang 3 helai
Daun Sup 3 helai
Telur 3 bijik
Bawang Goreng buat sendiri 3 Camca
Secamca teh Lada Sulah @ serbuk Lada hitam (nk hau2 pds blh ja lebihkan. Saya Ada ank kecik)
Secamca Jintan Manis Kisar sendiri
Secamca Teh serbuk Kurma Adabi
Secamca serbuk Mee Sup Adabi
Garam Secukup rasa saya buh secamca teh setgh
Tepung Ubi @ Tepung Jagung 5 Camca
(Klu nk kenyal pakai Tepung Ubi. Klu nk lembut sampai trpejam mata gigit🤭 pakai Tepung Jagung. Terpulang ikut citarasa….)
*Nota….sukatan Camca tidaklah membukit. Sekadar rata biasa saja.
Cara2
———
1. Gaulkan semua sehingga sebati adunan. Stanby tepung utk sikit tepung di tapak tgn….x nk bg melekat..
2. Dah gaul mesra sebati….Bismillah teruskan perjuang utk buat Bebola…..ikut besar mana kita suka sizenya….
Memang akn melekat sikit d tgn….tp blh jer sapu tepung utk keselesaan.
3. Dh siap semua bebola, susun masuk dlm pengukus dan kukus 10 – 15minit….sementara buat adunan dlm 3/4 tu, Kita dh blh terus didihkn air kukusan ya…. Nk terus goreng pun blh jer sebenarnya….tp mesti pandai kontrol api dikhuatiri garing diluar x brp masak di dlm pula.
4. Dh siap kukus sejukkn dlm 45 min….blh terus frozenkn utk masakan lain bila perlu.
Bebola ni sedap digoreng cicah sos cili, homemade blackppr sauce, buat sweet sour buat sup n mcm2lah olahan masakan citarasa sendiri…..
Ekstra Tip
Saya turunkan tips ya nk masak bg sedap, mnjadi kejadiannya, jgn lupa Asmaul Husna
Ya Bari’ ALLAH yg Merancang, Menguruskan dan Merencanakan
Ya Khaliq ALLAH yg Maha Mencipta
Ya Mussowir ALLAH yg Menjadikan Rupabentuk dan memperelokkan.
Blh juga dipraktikkan Asmaul Husna utk ank2 masuk ujibakat apa2 yg melibatkn kreativiti.
Tgh mengandung nk ank2 comel2 pun Asmaul Husna yg sama. In Sha ALLAH…. Biizdnillah.
sumber : Zuraini Abdul Rahman