Buat Stok Bawang Putih & Ikan Bilis Rangup Untuk Pantang, Sedap Makan Dengan Nasi Panas-Panas!

Share

Menu berpantang sebenarnya tidak perlukan yang terlalu sarat dan berat. Cukup hanya sup sayur, ikan dan menu sampingan untuk membuang angin.

Salah satu menu wajib ketika berpantang pastinya bawang putih dan ikan bilis rangup yang dimasak dan dibuat stok selama berpantang 44 hari. Wajib cuba!

Ada yang tengah berpantang tak? Sama la kita. Hehe. Saya nak share resepi paling senang. Makan dengan nasi panas, ikan bakar, lauk ni, dengan sayur sawi + lobak putih je dah cukup. Orang yang tak berpantang pun laju makan.

BAWANG PUTIH & IKAN BILIS GORENG RANGUP

Bahan-bahan digoreng:
Bawang kecil hiris nipis.
Bawang putih hiris nipis.
Ikan bilis.
Halia hiris nipis. (kalau suka, saya tak letak sebab kacau rasa)

Bahan Perasa:
Lada hitam disangai & ditumbuk halus. (secukup rasa)
Garam halus. (secukup rasa)

Gorengkan kesemua bahan goreng secara berasingan. Ketepikan.

Kemudian gaulkan kesemua bahan dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata.

* Kalau baru sangat lepas bersalin, elakkan dulu lada hitam. Takut anak panas atau kuning (katanya). Tapi kalau nak jugak, letak sikit je dulu. Lepas semua dah ok, boleh la makan lada hitam macam biasa. Halia pun sama*

Lauk ni jadi lauk fav satu family walaupun takde orang dalam pantang. Bagus untuk buang angin & panaskan badan. Memang membuka selera.

Selamat mencuba!

Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club