Menu berpantang sebenarnya tidak perlukan yang terlalu sarat dan berat. Cukup hanya sup sayur, ikan dan menu sampingan untuk membuang angin.
Salah satu menu wajib ketika berpantang pastinya bawang putih dan ikan bilis rangup yang dimasak dan dibuat stok selama berpantang 44 hari. Wajib cuba!
Ada yang tengah berpantang tak? Sama la kita. Hehe. Saya nak share resepi paling senang. Makan dengan nasi panas, ikan bakar, lauk ni, dengan sayur sawi + lobak putih je dah cukup. Orang yang tak berpantang pun laju makan.
BAWANG PUTIH & IKAN BILIS GORENG RANGUP
Bahan-bahan digoreng:
Bawang kecil hiris nipis.
Bawang putih hiris nipis.
Ikan bilis.
Halia hiris nipis. (kalau suka, saya tak letak sebab kacau rasa)
Bahan Perasa:
Lada hitam disangai & ditumbuk halus. (secukup rasa)
Garam halus. (secukup rasa)
Gorengkan kesemua bahan goreng secara berasingan. Ketepikan.
Kemudian gaulkan kesemua bahan dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata.
* Kalau baru sangat lepas bersalin, elakkan dulu lada hitam. Takut anak panas atau kuning (katanya). Tapi kalau nak jugak, letak sikit je dulu. Lepas semua dah ok, boleh la makan lada hitam macam biasa. Halia pun sama*
Lauk ni jadi lauk fav satu family walaupun takde orang dalam pantang. Bagus untuk buang angin & panaskan badan. Memang membuka selera.
Selamat mencuba!
Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersihkan Karpet Vakum Je Tak Cukup, Tapi Kena Mop Baru Puas Hati!
Pada waktu-waktu begini biasanya kita kaum ibu sudah mula sibuk mengemas rumah untuk persiapan menerima tetamu.
Kalau boleh semuanya ingin terlihat rapi dan bersih, habis semua habuk Kita akan lap bersih sama ada di lantai, di bahagian kipas angin, tingkap malah hingga ke bahagian siling rumah.
Tapi bagaimana pula dengan karpet? Sudah memadai sekadar di vakum sahajakah untuk pastikan bebas habuk dan bersih?
Sebenar ada cara lebih efektif yang boleh kita lakukan dan ianya mudah sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Air panas, 2 sudu makan geram dan 1 penutup cecair Dettol.
Manakala untuk mengetahui cara penyediaannya dengan lebih detail, jom semak apa yang dikongsikan oleh Puan Syarifah Farhana Syed Fadzil. Menurutnya, ilmu ini diperolehi daripada seorang bibik.
TIP MOP KARPET (bukan lantai taw)
Siapa yang pernah mop karpet? Kelako kan mop karpet? Fana tau karpet bole mop dari sorang maid nie, bila dia mop karpet, Fana tanye dia(karpet boleh mop ya?) Iya boleh la puan kasi habuknya nyah, biasa lepas vakum pasti ada habuk dan kuman)
So dari situ Fana belajar setiap seminggu sekali fana mop semua karpet yang ada dalam rumah, semput jugak dik oiiii macam nak tercabut jantung kak pana.tapi lepas mop tu korang akan rasa macam karpet baru yang bersih gilerrzzz bebas kuman parasit bagai.
Korang cuma masak air tak kisah la dalam cerek ke, dalam kawah ke, dalam periuk ke what eber la, fana masak dalam periuk beso pasal tak ada cerek, almaklom la kitewww pakai coway. Korang masak agak agak banyak nye tu tenggelam mop cukup la, lagi banyak lagi bagus.
Pastu dah didih korang curah ke baldi mop, bebaik dik eah air mendidih tu kang tak pasal korang saman Fana yang ajar main air panas. Pastu letak garam dalam 2 sudu makan dan 1 tutup pure detol, jangan korang pakai sabun mandi jel detol pulak eah.
Pastu korang perah mop tu kekuat jangan sampai ada air menitik, eah jap jap jangan perah pakai tangan tau.pastu korang menari menari zumba la atas karpet tu dengan mop korang hokey ada paham???
P/s: Time mop sambil berzumba tu korang kena tenyeh tenyeh sikit kat karpet tu, nanti dalam air mop korang nampak la betapa cafe latte nye air mop korang.
*KALAU dapat beli la mop baru yang putih gebu gebazzz khas untuk karpet sahaja, Fana beli kat Eco jek rm4. Kalau dapat la kan jangan campo mop yang kita dok mop lantai eah.
Sumber : Syarifah Farhana Syed Fadzil
Tiada Lagi Vaksin Percuma Dos 1 COVID-19 Kanak-Kanak Melalui PICKids Selepas 15 Mei
Mesyuarat COVID-19 Immunisation Task Force (CITF-C) memutuskan 15 Mei 2022 sebagai tarikh akhir pemberian dos 1 Vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids), ujar Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Sehubungan itu bermula 16 Mei ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lagi menawarkan dos 1 vaksin COVID-19 jenis Comirnaty dan CoronaVac kepada kanak-kanak yang telah berusia 5 hingga bawah 12 tahun.
Jelasnya, berikutan trend permintaan vaksinasi ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak yang semakin menurun, KKM telah mengkaji semula tempoh pelaksanaan PICKids.
“Permintaan vaksinasi yang rendah boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi. Bagi mengelakkan pembaziran vaksin Comirnaty kanak-kanak yang tidak digunakan dalam tempoh 6 bulan selepas dikeluarkan oleh pengilang, penetapan tarikh akhir dos 1 perlu dibuat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sehingga 12 April 2022, seramai 1,371,120 atau 38.6 peratus kanak-kanak telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin COVID-19 dan 195,865 telah menerima 2 dos vaksin COVID-19 dengan purata pemberian vaksin Dos 1 sekitar 4,500 dos sehari semenjak 7 hari yang lalu.
Justeru, katanya, ibu bapa kepada kanak-kanak yang belum menerima Vaksin COVID 19, perlu membuat keputusan mengenai vaksinasi COVID-19 sebelum 15 Mei 2022.
“Selepas tarikh ini, vaksin COVID-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia. Manakala vaksin Coronavac pula hanya boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta,” tambahnya.
Walau bagaimanapun, keputusan ini tidak melibatkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 dan belum mencapai usia 5 tahun pada 15 Mei 2022.
“Kanak-kanak dalam kategori ini boleh mendapatkan vaksinasi COVID-19 dengan mendaftar dalam Aplikasi MySejahtera. Perincian mengenai vaksinasi kumpulan ini akan diperjelaskan dalam masa terdekat,” ujar beliau lagi.
Dalam pada itu, Mesyuarat CITF-C turut bersetuju membuat pindaan pada Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 untuk Kanak-kanak bawah 18 tahun.
Borang baharu ini tidak lagi mempunyai klausa; “Saya bertanggungjawab ke atas risiko yang mungkin berlaku kepada kanak-kanak akibat keputusan/tindakan saya ini kerana manfaat vaksin adalah jauh lebih baik daripada kesan sampingannya”.
Pengguguran klausa ini bertujuan mengelakkan kekeliruan dan menzahirkan amalan sedia ada yang mana KKM tidak pernah mengabaikan dan sentiasa bersedia menyediakan bantuan kesihatan yang sewajarnya apabila berlaku kesan sampingan yang berkaitan akibat penerimaan vaksin.
Sumber : Astro Awani
Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.
Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!
Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
7 Manfaat Air Rebusan Jintan Manis. Antaranya Bantu Cuci Usus Dan Juga Masalah Angin. Jom Cuba, Gerenti Puas Hati!
Biasanya, rempah ini digunakan di dalam masakan. Jangan tak tahu, jintan manis bukan sekadar penambah rasa keenakan makanan, malah ia memiliki khasiat tersendiri.
Berikut beberapa khasiat yang ada di dalam rempah jintan manis yang anda tidak ketahui sebelum ini. Antaranya:
1. Cuci usus
Jintan manis sejenis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana. Herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan dan mencuci dinding usus dari toksin, kotoran dan mendapan degil. Yang bagusnya, ia tidak mengakibatkan cirit-birit.. proses pembuangan lebih bersahaja dan tidak terasa senak perut! Sistem metabolisma menjadi lebih teratur dan semestinya ia membantu melangsingkan badan!
2. Mengatasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid
Jintan manis dapat merawat masalah ketidakhadaman, radang perut dan usus dengan cara mengeluarkan gas, angin dan asid yang berlebihan dalam perut. Secara tak langsung ia membuatkan perut menjadi leper dan kemas!
3. Kawal tahap kolesterol
Jintan manis kaya dgn vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan penyakit di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol berbahaya dalam badan. Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus.
4. Rawat bengkak sendi, sakit badan dan lenguh2 otot
Jintan manis mengandungi ‘anethole’, sangat perlu untuk merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang dan otot! ‘Anethole’ juga diyakini dapat mengurangkan risiko keberulangan (recurrennce) penyakit kanser. Kajian menunjukkan penggunaan ‘anethole’ dapat menyekat kemaraan ‘tumor necrosis factor’ dalam tubuh manusia.
5. Diuretik
Jintan manis bersifat diuretik, bermakna ia dapat mengeluarkan bendungan air di dalam badan.. justeru merawat sembab muka, perut kembung, buncit dan senak perut!
6. Menambah kuantiti dan kualiti susu ibu
Jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) dan memberi kesan yang sama pada tubuh sepertimana tugas estorgen. Ia juga boleh merawat masalah kesakitan pra-haid & menopos, masalah rendah-libido dan ketegangan saraf. Dengan meminum secawan teh jntan manis waktu malam, ia dapat menenangkan saraf dan membuatkan anda lebih mudah tidur malam.
7. Merawat gejala pra-haid, pra-menopos dan rendah libido
Jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan dan kekejangan saraf pra-haid, mengurangkan simptom-simptom pra-menopos dan menggalakkan daya keinginan seksual secara semulajadi (dan berkesan!)
8. Pelbagai manfaat lain
Jintan manis dapat mengekang selera makan, menyegarkan nafas, menurunkan panas badan, merawat jangkitan mata, meredakan sakit tekak, memulih batuk dan membuang kahak.
Resepi air jintan manis ini dikongsikan oleh Lin Na Pesona menerusi sebuah page Masak Apa Hari Ini. Jom tonton dan boleh cuba sendiri nanti.
1 sudu makn jintan manis
1cawan air panas( betul-betul panas ye )
Rendam 30 minit bertutup…minum suam sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur..
P/s kesan yang saya rasa dh cuba seminggu…lawas buang angin. Lawas buang air besar kecil..berpeluh..dan selera mkn macam kurang sikit.
Kredit : lin na pesona via mahn