Bukankah memasak lagi mudah bila ramuan dan bahan-bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, cili dan sebagainya telah sedia ada? Tidak dinafikan juga, bila semua bahan-bahan ini ada stoknya, secara tidak langsung masa memasak juga dapat dipendikkan.

Pun begitu, perlu ambil tahu juga petua dan tip untuk pastikan stok yang kita hasilkan itu mampu bertahan lama dan kekal elok untuk digunakan di masa akan datang. Bimbang juga, jika silap gayanya, membazir pula dek kerana bahan-bahan etrsebut menjadi rosak dan busuk sebelum sempat digunakan.

Untuk itu, jom pelajari cara-caranya seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Norazlina.

PETUA MUDAHKAN KERJA MEMASAK

 

Buat Stok Bahan Masakan Perlu Tahu Petuanya. Salah Cara, Cepat Rosak Pula Jadinya!

Ads

Stok bawang kisar
Kisar bawang merah & bawang putih yang dah dikupas bersama minyak…bahagi 2 bekas, 1 bekas letak kat peti bawah untuk kegunaan harian & satu lagi letak kat peti beku (gunakan bila stok peti bawah habis)

Stok bawang besar & putih
Ini untuk stok bawang hiris, kupas bawang besar & bawang putih, letak dalam bekas berasingan bertutup ya, dialas dengan tisu dapur.

Stok cili api
Buang tangkai dan basuh bersih cili api. Letak dalam bekas bertutup yang dialas dengan tisu dapur. Letak bersama beberapa ulas bawang putih untuk tahan lama.

Ads

Cili api kisar
Cili api yang dah dibersihkan, kisar bersama garam sikit menggunakan pengisar kering. Letakkan 1 ulas bawang putih dalam bekas cili kisar untuk tahan lama. Nak buat sambal kicap, sambal cencaluk atau tempoyak dah mudah.

Kunyit, halia & lengkuas
Bersihkan kunyit, halia & lengkuas. Letak dalam bekas bertutup yang diisi dengan air. Stok saya ni dah berusia 1bulan…masih lagi segar. Tukar air setiap 2 minggu.

Buat Stok Bahan Masakan Perlu Tahu Petuanya. Salah Cara, Cepat Rosak Pula Jadinya!

Ads

Bunga kantan & serai
Bunga kantan & serai yang telah dibersihkan letak bahagian peti beku…nak masak defrost cara semulajadi dengan biarkan diluar.

Stok cili kering
Potong cili kering dan basuh bersih…rebus bersama beberapa ulas bawang putih. Rebus cili kering bersama bawang putih hingga lembut. Tak perlu basuh ye, terus kisar cili bersama bawang putih dan minyak masak.

Penggunaan minyak menggantikan air untuk bawang kisar & cili kisar selain dari beri ketahanan lama, juga petua masakan tak terpercik terutama bila buat sambal tumis.

sumber : Norazlina Abd Aziz Via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI