Bukankah memasak lagi mudah bila ramuan dan bahan-bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, cili dan sebagainya telah sedia ada? Tidak dinafikan juga, bila semua bahan-bahan ini ada stoknya, secara tidak langsung masa memasak juga dapat dipendikkan.
Pun begitu, perlu ambil tahu juga petua dan tip untuk pastikan stok yang kita hasilkan itu mampu bertahan lama dan kekal elok untuk digunakan di masa akan datang. Bimbang juga, jika silap gayanya, membazir pula dek kerana bahan-bahan etrsebut menjadi rosak dan busuk sebelum sempat digunakan.
Untuk itu, jom pelajari cara-caranya seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Norazlina.
PETUA MUDAHKAN KERJA MEMASAK
Ads
Stok bawang kisar
Kisar bawang merah & bawang putih yang dah dikupas bersama minyak…bahagi 2 bekas, 1 bekas letak kat peti bawah untuk kegunaan harian & satu lagi letak kat peti beku (gunakan bila stok peti bawah habis)
Stok bawang besar & putih
Ini untuk stok bawang hiris, kupas bawang besar & bawang putih, letak dalam bekas berasingan bertutup ya, dialas dengan tisu dapur.
Stok cili api
Buang tangkai dan basuh bersih cili api. Letak dalam bekas bertutup yang dialas dengan tisu dapur. Letak bersama beberapa ulas bawang putih untuk tahan lama.
Ads
Cili api kisar
Cili api yang dah dibersihkan, kisar bersama garam sikit menggunakan pengisar kering. Letakkan 1 ulas bawang putih dalam bekas cili kisar untuk tahan lama. Nak buat sambal kicap, sambal cencaluk atau tempoyak dah mudah.
Kunyit, halia & lengkuas
Bersihkan kunyit, halia & lengkuas. Letak dalam bekas bertutup yang diisi dengan air. Stok saya ni dah berusia 1bulan…masih lagi segar. Tukar air setiap 2 minggu.
Ads
Bunga kantan & serai
Bunga kantan & serai yang telah dibersihkan letak bahagian peti beku…nak masak defrost cara semulajadi dengan biarkan diluar.
Stok cili kering
Potong cili kering dan basuh bersih…rebus bersama beberapa ulas bawang putih. Rebus cili kering bersama bawang putih hingga lembut. Tak perlu basuh ye, terus kisar cili bersama bawang putih dan minyak masak.
Penggunaan minyak menggantikan air untuk bawang kisar & cili kisar selain dari beri ketahanan lama, juga petua masakan tak terpercik terutama bila buat sambal tumis.
sumber : Norazlina Abd Aziz Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian info daripada saintis Dr. Suri Roowi ini menarik juga untuk kita ketahui. Siapa sangka, daun pisang boleh bertindak sebagai agen anti kedut.
Sebagaimana sebelum ini, kulit pisang sering dijadikan antara petua untuk hilangkan parut wajah dengan caranya yang begitu mudah.
Hanya menggosokkan kulit pisang secara rutin akan menampakan hasilnya pada wajah.
Pun begitu, selepas pendedahan akan mafaat daun pisang ini, pasti suatu hari nanti kita boleh amalkannya pula.
Kajian telah dilakukan oleh saintis Korea dalam jurnal Korean Society for Biotechnology and Bioengineering 31(2): 126-134 (2016) ke atas ekstrak daun pisang.
Hasil kajian mendapati ekstrak daun pisang boleh bertindak sebagai antikedut.
Ekstrak daun pisang bertindak dengan meningkatkan pro-collagen dengan menurunkan enzim MMP-1 dan MMP-2 (enzim yg terlibat dgn pembentukan kedut).
Bahan aktif ekstrak daun pisang adalah asid corosolic.Walau bagaimanapun belum ada maklumat rasmi tentang cara penggunaannya yang betul.
Bila nak raya ni, baru teringat nasi impit tak beli lagi! Dari pergi keluar mencari berebut dengan orang lain, baik buat sendiri je guna cara yang dikongsikan di bawah ini. Ye lah, nak buat sendiri main buat je nanti terlebih air, jadi bubur pula kan? Jadi, kenalah tahu sukatan yang betul..
Resepi ini dibuat menggunakan pressure cooker, tetapi bagi yang tiada pressure cooker, selepas nasi masak boleh terus mampatkan ke dalam bekas makanan, tunggu sejuk barulah dipotong.
Cara Masak Nasi Impit Guna Pressure Cooker/Rice Cooker
Saya buat nasi impit ni guna pressure cooker. So, saya mohon maaf kpd yg tak ada pressure cooker rasanya blh cuba masak dlm rice cooker biasa je.
Sukatan :-
Beras 1 cawan
air 3 cawan (beras biasa bukan basmathi)
Cara-caranya:
1. Basuh beras bersih-bersih dan masukkan air (saya masak 3 cawan beras + 9 cawan air)
2. Masukkan ke dalam pressure cooker. (saya guna jenama Primada)
3. Tekan butang congee/soup. Kemudian dah boleh tinggalkan. Boleh buat kerja lain.
Jangan guna periuk steel, masak nasi dalam periuk non stick supaya senang nak terbalikkan nasi impit nanti. Barulah nasi impit keluar cantik tak melekat.
4. Bila dah masak, satu tip untuk keselamatan, jangan lepaskan wap tapi biarkan wap keluar sendiri.
5. Selepas beberapa minit, dah nampak macam ok baru buka penutup pressure cooker.
Angkat periuk kemudian tekan nasi sehingga padat. Guna senduk kayu saja, tekan biar padat dan nampak kemas.
6. Kemudian biarkan nasi impit sejuk, tak perlu salin ke bekas lain. Bila dah betul-betul sejuk, baru terbalikkan. Kemudian bolehlah potong. Kalau masih panas/suam, jangan keluarkan lagi dan jangan potong. Biar dulu beberapa jam.
7. Siap! Boleh makan dengan kuah kacang atau sambal ikan.
Dapat membantu suami menambahkan pendapatan keluarga antara faktor kenapa wanita masa kini ramai yang memilih untuk bekerja.
Tidak kiralah apa jua pekerjaan, baik yang di pejabat mahupun bekerja sendiri. Janji dapat rezeki halal dan dapat meringankan beban suami.
Bagi pelawak dari Kumpulan Zero iaitu Atu, dia bangga dengan hasrat isterinya menjual kek lapis demi menambahkan pendapatan mereka sekeluarga.
Biarpun dia merupakan orang yang dikenali ramai, namun Atu sama sekali tidak malu dengan usaha isterinya itu. Bahkan sebagai suami dia bangga dan terharu kerana isterinya sanggup berpenat demi membantunya.
“Untuk pengetahuan mereka-mereka yang suka ‘membawang’ tu, isteri saya buat kek lapis sebab dia berbakat dan rajin.
“Sudah minat dia ke arah itu, saya tidak akan menghalang. Lagipun dia bukan buat perkara tidak berfaedah, selain mengisi masa lapang dapat juga tambah duit poket sendiri,” katanya lagi.
Tambah Atu, selain Kek Lapis Ozon, isterinya turut mempunya label pakaian kanak-kanak sendiri, iaitu Kids by Akueatu.
“Isteri saya ada kelulusan dalam bidang rekaan fesyen dan idea untuk mengeluarkan pakaian untuk bayi dan kanak-kanak mula timbul selepas melahirkan puteri sulung kami, Dayang Sumayyah.
“Baju-baju Kids by Akueatu, isteri ‘design’ dan jahit sendiri.
“Cuma sekarang ini isteri sedang hamil anak kedua, saya nampak dia lebih fokus kepada perniagaan Kek Lapis Ozon, mungkin kerana tidak larat,” katanya.
Sumber: Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.