Buat Stok Air Barli. Begini Wanita Ni Kongsikan Untuk Mudah Buat!

Share

Sedapnya kalau dapat minum barli hari-hari untuk menyejukkan badan. Namun bila memikirkan untuk menyediakannya, bukanlah mudah kerana perlu direbus dalam tempoh masa yang lama untuk memastikan barli lembut digigit.​​​​​Tentunya begitu
leceh penyediannya untuk dinikmati seisi keluarga.

Namun, berbeza dengan keluarga ini bila setiap hari ada sahaja stok air barli untuk keluarga niokati di rumah. Bagaimanan ia melakukannya, jom semak perkongsian wanita ini.

Ini perkongsiannya.

Stok barli sentiasa ada dekat rumah ni.Cara saya nak elak hari-hari rebus barli rebus 1 cawan barli bersama 3 cawan air,apabila barli dah masak lembut air rebusan dah pekat tutup api(guna api perlahan je).
​​​​​​

.

Sejukkan dulu sebelum isi dalam bekas simpan dalam peti.Setiap kali nak minum ambil 2 sudu besar dan tuang air panas mendidih 1 gelas biar 30 minit baru minum.


.

Sehari 2 kali minum. Antara khasiatnya
-mampu kurangkan kolestrol dalam badan.
-mampu kurangkan berat badan,saya memang minum sekali makan biji barli dan saya skip sarapan boleh kenyang sampai tengah hari.
-mampu turunkan suhu badan ketika demam.
-sesuai untuk ibu mengadung mampu elak sembelit dan kawal gula dalam badan.
-sesuai untuk ibu menyusu(milk boster)
-kaya vitamin b dan kalsium.

Banyak lagi sebenarya boleh selidik dengan pakcik google.

Ekstra Tips


.
:
Tak perlu letak gula lagi bagus untuk kesihatan. Barli basuh sekejap sebelum rebus. Saya buat sampai 4 hari je dah habis guna so saya tak tahu lebih dari tu tahan tak.

sumber : Eja Razak Via MAHN