Kadang-kadang ada juga terjadi kita tersalah ambil bahan masakan dek kerana bentuknya yang hampir sama. Tidak dinafikan agak sukar juga untuk kita membezakan antara garam dan gula, jintan manis dan jintan putih, susu tepung coklat anak dengan serbuk coklat dan beberapa bahan lain yang ada di dapur jika tanpa kita merasanya terlebih dahulu.
Memang sekali pandang, kita rasa sudah yakin tapi jika tersalah lain pula jadinya. Untuk itu, daripada mengelakkan terus terjadi. Ada baiknya bekas bahan makanan tersebut dilebalkan dengan stiker. Selain memudahkan anda, dapat juga memberi gaya perletakkan bahan masakan di ruangan dapur lebih bergaya dan menarik.
Oleh itu, ketahui cara untuk melakukannya sebagai mana yang dikongsikan oleh Nadiah ini. Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat dan apa yang menariknya dapat juga membantu anda selamat daripada mengeluarkan kos RM 35 untuk membeli label-label tersebut dipasaran. Jom semak!
Haritu saya ada survey nak print sticker dapur untuk label barang-barang kat dapur tu pun harga RM35. Jadi, kalau boleh berjimat kenapa tidak kan?
TAPI perlu sedikit kerajinan la nak buat benda ni.
Cara nak buat ni saya tengok dekat video orang putih haritu. Saja lah try. Bila menjadi kita pun excited nak share. Mungkin ramai pun dah tengok video tu. Ok takpa, untuk yang belum tengok boleh tengok kat post saya ni ya.
Ok cara boleh tengok kat video kat bawah ni ya:
Posted by Nadiah Azaman Ppk on 25hb Januari 2018
Cara step by step :
1. Bukak microsoft WORD taip semua benda yang kita nak tulis label tu. Cari font cun-cun sikit. Saya guna font ‘Born Ready’.
2. Pastu print atas kertas biasa (bukan kertas licin).
3. Pastu potong ikut saiz yang anda nak, dan lekat dengan salotape.
4. Tekan sikit bagi rata salotape dengan kertas tadi.
5. Rendam label tadi dalam air paip. Tunggu sampai jadi bergulung label tu.
6. Then, ambik label tu, gosok bagi buang kertas dia dan tinggal tulisan saja dekat salotape tu.
7. Pastu, SIAP! Boleh dah lekat kat mana anda mahu
*update: Saya buat guna laser jet printer.
Kalau yang tak ada laser jet. Pakai sahaja printer biasa TETAPI selepas itu singgah kedai fotostat dan minta copy. Ini tricknya pada yang tak ada laserjet ye.
Ha pastu kita pun boleh berangan semua barang berlabel cantik kemas gitu.
sumber : Nadiah Azaman