Buat Siap-siap Macam Ni Kalau Ada Lebihan Daun Kari. Taklah Membazir & Jimat Duit!

Share

Daun kari adalah herba yang sangat penting digunakan di dalam masakan terutamanya bila mana ingin menyediakan hidangan kari ayam, kari daging dan sebagainya. Seakan jika tanpa adanya bau haruman daun kari ini,  masakan kari yang disediakan tidak sempurna.

Menyedari keistimewaan daun kari, mungkin ada yang terdetik di hati untuk menanam pokok kari di halaman rumah untuk memudahkan dipetik daunnya bila dirasakan perlu. Namun bagi yang tiada masa untuk melakukan itu semua, mungkinkah terpaksa membeli setiap kali ingin menyediakan hidangan kari?

Pun begitu cara ini tentunya membazir, tambahan pula daun kari tidak boleh disimpan lama dan biasanya dalam sehari dua akan layu dan kering.

Tapi hakikatnya, mungkin ramai tidak tahu ada cara yang boleh dilakukan untuk pastikan lebihan daun kari yang dibeli boleh disimpan berbulan-bulan lamanya dengan syarat lakukan seperti mana yang dilakukan oleh  Roslan Mamak Haji ini.

Cara-caranya

  1. Leraikan daun dari tangkai.
  2. Basuh bersih dengan air paip mengalir.
  3. Keringkan dijemur matahari, kalau nak cepat masukkan dalam oven di lapik di atas kotak, guna suhu 75C tetapi perlu awas, JANGAN SAMPAI DAUN JADI GARING. Cuba ramas daun ini agak-agak lembut dan kering sudah cukup.

4.  Masukkan dalam sebuah bekas dan titiskan beberapa titisan minyak masak dan ramas-ramas daun-daun ini supaya minyak bersalut serata.

5.  Masukkan dalam bekas atau botol yang kedap udara. Bila nak guna ambil yang perlu dan tutup kembali penutup. Daun Kari anda ini boleh tahan 2-3 bulan. Selamat mencuba ya!

Pun begitu lain pula cara yang dipraktikan oleh wanita ini yang dikongsikan dipage Masak Apa Hari Ni. Menurutnya, dengan cara tersebut daun kari ni di dalam keadaan elok walaupun sudah 2 bulan disimpan di dalam peti sejuk.

Ini perkongsiannya.

“2 bulan lebih nak masuk 3 bulan dah tapi still segar..”

Tip simpan daun kari:
Lurutkan daun kari dari tangkainya (jangan basuh)
Masukkan dalam tipuware@ tupperware yang di alas tisu kering masukkan daun kari dan letak tisu kering di atasnya dan tutup..
Simpan dalam peti ais bawah je..
I’Allah berbulan-bulan tahan..

sumber : Chicknah Waitt