Daun kari adalah herba yang sangat penting digunakan di dalam masakan terutamanya bila mana ingin menyediakan hidangan kari ayam, kari daging dan sebagainya. Seakan jika tanpa adanya bau haruman daun kari ini, masakan kari yang disediakan tidak sempurna.
Menyedari keistimewaan daun kari, mungkin ada yang terdetik di hati untuk menanam pokok kari di halaman rumah untuk memudahkan dipetik daunnya bila dirasakan perlu. Namun bagi yang tiada masa untuk melakukan itu semua, mungkinkah terpaksa membeli setiap kali ingin menyediakan hidangan kari?
Pun begitu cara ini tentunya membazir, tambahan pula daun kari tidak boleh disimpan lama dan biasanya dalam sehari dua akan layu dan kering.
Tapi hakikatnya, mungkin ramai tidak tahu ada cara yang boleh dilakukan untuk pastikan lebihan daun kari yang dibeli boleh disimpan berbulan-bulan lamanya dengan syarat lakukan seperti mana yang dilakukan oleh Roslan Mamak Haji ini.
Ads
Cara-caranya
Leraikan daun dari tangkai.
Basuh bersih dengan air paip mengalir.
Keringkan dijemur matahari, kalau nak cepat masukkan dalam oven di lapik di atas kotak, guna suhu 75C tetapi perlu awas, JANGAN SAMPAI DAUN JADI GARING. Cuba ramas daun ini agak-agak lembut dan kering sudah cukup.
4. Masukkan dalam sebuah bekas dan titiskan beberapa titisan minyak masak dan ramas-ramas daun-daun ini supaya minyak bersalut serata.
Ads
5. Masukkan dalam bekas atau botol yang kedap udara. Bila nak guna ambil yang perlu dan tutup kembali penutup. Daun Kari anda ini boleh tahan 2-3 bulan. Selamat mencuba ya!
Pun begitu lain pula cara yang dipraktikan oleh wanita ini yang dikongsikan dipage Masak Apa Hari Ni. Menurutnya, dengan cara tersebut daun kari ni di dalam keadaan elok walaupun sudah 2 bulan disimpan di dalam peti sejuk.
Ini perkongsiannya.
Ads
“2 bulan lebih nak masuk 3 bulan dah tapi still segar..”
Tip simpan daun kari:
Lurutkan daun kari dari tangkainya (jangan basuh)
Masukkan dalam tipuware@ tupperware yang di alas tisu kering masukkan daun kari dan letak tisu kering di atasnya dan tutup..
Simpan dalam peti ais bawah je..
I’Allah berbulan-bulan tahan..
Memilih menu untuk memikat selera anak bukan mudah. Nak nak lagi waktu bulan puasa ni. Kalau boleh tak nak lah asyik membeli di bazar sahaja kan. Nak juga rasa air tangan ibu. Lebih sedap dan terjamin kebersihannya.
Resipi Tauhu Berlauk perkongsian saudari Zie Aries ni antara yang boleh dicuba. Cara membuatnya pun sangat mudah.
Patutlah resipi ini mendapat lebih dari 16 ribu perkongsian di laman sosial. Ia sesuai dijadikan hidangan untuk anak-anak bagi menggantikan nuget. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TAUHU BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
5 paket tofu telur – dipotong
2 keping tauhu lembut jepun – dipotong
5 biji telur
2 biji bawang besar – cincang halus
2-3 biji cili merah – hiris halus
1-2 pokok daun bawang – hiris halus
1 -2 pokok daun sup – hiris halus
Lada sulah secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
1 paket daging kisar
CARA MEMASAK:
Goreng daging kisar dalam kuali tanpa menggunakan minyak. Masak hingga kering. Ketepikan.
Satukan tofu telur, tauhu jepun dan telur hingga halus. Tuang ke dalam bekas besar.
Masukkan daging, hirisan cili, bawang besar, daun sup, daun bawang, lada sulah, serbuk lada hitam, garam dan perasa dengan secukupnya.
Gaul bahan kisar dan bahan-bahan yang lain hingga sebati dan sekata.
Tuang adunan ke dalam acuan lompang atau apa-apa acuan yang sesuai. Tidak perlu oles minyak.
Kukus Tauhu Berlauk selama 20 minit atau sehingga masak. Sejukkan tauhu.
Setelah tauhu sejuk, celupkan Tauhu Berlauk tadi dalam telur yang telah dipukul.
Goreng Tauhu Berlauk hingga garing dan berwarna keemasan.
Sekarang ini musim cempedak, ramai peniaga menjual buah ini ditepi jalan. Selain enak dimakan mentah begitu sahaja, cempedak juga enak apabila dibuat goreng.
Biasanya jika beli cempedak goreng harganya agak mahal. Apa kata kita beli buahnya dan buat sendiri.
Saudara Yayar B. Awang Noh sedia kongsi resipi bagaimana membuat bancuhan cempedak goreng jadi lebih rangup dan sedap.
Meneliti cara bancuhannya rupanya ada sukatan tertentu dengan menggunakan tepung beras dan kapor makan selain tepung gandum untuk menjadikan bancuhan lebih rangup. Katanya nak lebih sedap tambah kelapa parut dan bijan.
Apa lagi ikuti perkongsian ilmu masakan ini.
Jom makan petang… Berteman cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kasi pekat sedikit dari pisang.
1.Tepung beras 2 cawan(apa2 cap)
2.Tepung gandum suku cawan
3.Serbuk kunyit stgh sudu
4.Kapur makan secoit
5.Gula sesudu besar
6.Gram sesudu
7.Telor ayam atau itik sebijik Tip nak lebih sedap: Kalau nk sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.
Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh dan adakala rasa seperti ‘mahu pengsan’.
Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simptom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormon dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini. Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya.
Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar, hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening. Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang.
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
2. Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa. Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut. Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
4. Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut (secara meniup bibir).
5. Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
6. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
7. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetes. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetis, rasa terlalu lapar juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetis) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
8. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air teh panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
9. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolisma dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
10. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
.
11. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia dapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
12. Makan makanan yang sihat. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekurangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber dapat membantu merawat rasa pening itu. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili bengala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Kredit: Dr Zubaidi Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...